Wednesday, 23 December 2009

Counting days

Nampaknya masa yang ditunggu oleh para wanita akan tiba dalam masa 2 hari saja lagi. Kami di UK ni walaupun sentiasa menunggu2 ketibaan Hari Kristmas tetapi bukan berniat nak merayakannya. 25hb Dec kami tak beraya pun tapi hari yang kami tunggu adalah hari raya ke 2 iaitu.....BOXING DAY...huhu..
Kedatangan tahun baru juga tidak la terasa sangat sementelah baru sahaja menyambut Maal Hijrah yang lebih bermakna. Tahun baru juga dinanti2kan kerana sinambungan dari JUALAN HARGA RUNTUH pada boxing nanti akan melarat2 ke tahun baru....YESS!!!.. diharapnyer inilah tahun terakhir aku menabur sterling ditanah dingin ini.

Akhir kata...

kaum ibu mari sopping
tapi jangan sampai papa
tak cukup duit mintak laling
takkan nak cuci mata aje

Friday, 18 December 2009

Ais kepal dari langit...

Semalam 17hb dec 2009
Hari yang riuh di serata UK...esp orang melayu ler...nak tau kenapa?..mmm...semenjak merasai nikmat kedinginan di winter 2009 ini, inilah hari pertama snow mencucuri bumi Allah menyambut kedatangan Maal Hijrah 1431H. Saja aku nak abadaikan disini untuk menjadi kenang2an bila aku sudah tidak dpt merasainya kelak. Hidup ini sementera dan nikmat merasai 4 musim ini juga sementara. Apatah lagi umur ini...bila2 masa sahaja Izrail akan datang memanggil.
Kesempatan merasai hembusan dingin angin barat ini tidak wajar disia-siakan. hanya insan2 terpilih sahaja yang Allah berikan kesempatan untuk merasai nikmat perbezaannya. Bila saja kesejukan yang mengiggit ini membasahi rongga hidung setiap kali keluar rumah, detik itu juga teringat tehangatan mentari di tahanair...alangkah bahagianya...kalau..Tapi nanti bila pulang ke tanahair sudah tentu dialognya bertukar...aircond pleaseee.....kalaulah kat UK ni kan best..bla...bla...bla...

Ini lah manusia yang tidak pernah bersyukur...bibir saja meluahkan rasa kesyukuran..tetapi hati belum tentu seikhlas mana..runtunan jiwa menuntut kepuasan diri. Nikmatilah hidup ini sesederhana dan sesyukur mungkin kerana hidup kita diSANA belum tentu dihidangi bahagia...BERSEDIALAH KITA DARI SEKARANG...

AZAM TAHUN BARU..

~ KURANGKAN MENONTON PERKARA2 LAGHO
~ BANYAKKAN BERIBADAT
~ PERBAIKI SAHSIAH DIRI
~ BERBAKTI KEPADA SUAMI DAN ANAK (sesungguhnya mudah bagi seorang wanita memasuki syurga)
~ MEMPERBAIKI CARA BERPAKAIAN
~ BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YG DIBERI

Tuesday, 15 December 2009

Hari hari yang dingin

Angin kemalasan sungguh sangat seronok dilayan musim sejuk2 begini. Malas nak masak, malas nak kemas, malas nak mandi, pendek kata malas segalanya. Yang best hanyalah berduvet dan labtop disisi. Pinggan mangkuk berlonggok menanti dibungkus..mmmm bila la aku nak gerak ni. Boleh dikatakan setengah hari mmg dah burn dengan bersenggang2.

Kebetulan pulak hari ni aku migrain...menjadik2 lah angin kemalasanku..kekanda order menu simple aje pulak tu...dia nak makan yg kering2 aje arini. Urap pegaga, ikan kering dengan ayam goreng...senang keje aku. Jawabnyer mmg tak bersentuh ler brg2 yg aku nak packing nih.

Weather prediction hari ni kata kul 10 pg snow...hmmm tp tak de pon...kuasa Allah megatasi ilmu manusia..boleh berharap tapi tidak bole yakin. Ikut forecast...hari ni sampai Khamis akan turun snow..tp on n off ler...khamis snow setebal 1-3 inci..betul ke?...wahh sronok2...tp sabtu panas...mmmkalo ada rezeki best gak tu...Harap2 snow taun ni lebat dan sampai parents in law aku dtg nnt masih ada snow lagi la. Dah alang2 erang dtg masa winter ni...harapnyer dpt ler derang merasa snow.

Mmmm saje je aku merapu ni...sbb malas nak wat sume keje...menaip meraban2 camni best jugak sambil melayan sakit pala. Tp dah kurang dah ni...dah makan TF smlm..dah kurang sangat dah ni...tadi dah makan lagi 2 bijik...aku semenjak ada TF ni dah tak layan dadah2 yg lain..panaadol ke ibuprofin ke tak beli lagi dah sbb makan TF ni pon dah baik..cam makan panadol..yg peliknyer kalo aku makan dadah tak lut tp kalo makan TF ni berkesan plak...Apa pun alhamdulillah dengan asbab TF ni menyembuhkan penyakit..dengan izinNya..

Tuesday, 8 December 2009

From Sonia

I've got letter ibu...Anak comel itu menyatakan kegirangan hatinya. OOwwhhh ...really?..Is that christmas card?..Aku melayan anak kecil itu.

Sesampai saja dirumah segera anak kecil itu mengambil sampul putih itu lalu diusul kepadaku. "Can you open this for me ibu..". "Come here, let me do it for you". Saja aku melayan keseronokan anak kecil itu mendapat warkah pertamanya barangkali. Seusai aku membuka sampul, segera anak itu mengambil. Lalu anak itu aku tinggalkan mengulit kad itu.

Dari dapur ku dengar rengekan. Langkah diatur ke dapur sambil linangan air mata, Why?..aku menyapa. Luluh hati ini meihat wajah yang tadinya teruja, kini mencuka.
"This is not my name"...keluhnya menahan airmata sambil jari telunjuk menuding kearah nama yang tertera diatas kad itu. Aku menoleh kearah jari itu dipacu...Memang betul nama itu kepunyaan gadis comel itu, tetapi ejaannya bukanlah miliknya. Tersentuh aku melihat anak itu yang belum pandai membaca tetapi tahu ejaan namanya salah dieja oleh rakannya.
Aku lantas bersimpati dan memujuknya. Dapat aku bayangkan betapa terujanya dia mendapat kad itu tetapi sejurus dibuka dia melihat kad itu bukan kepunyaannya. Walaupun pada hakikatnya kad itu memang ditujukan kepadanya tetapi hanya salah pada ejaan.

Copy paste dari kad itu

To Diya


From Sonia


Anakku itu sangat cerewet tentang kesalahan2 yang dianggap besar baginya...namanya harus dieja Dhia dan bukan Diya...itulah yang menjadi punca kemarahan yang teramat sangat.

Friday, 4 December 2009

Allah Selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu.....
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kekandaku...
Allah selamatkan kamu...

Selamat Ulang tahun ke 41 abang pada 2 Dec yang lepas....semakin bertambah usia kita semakin pendek umur kita...tingkatkan amalan....
Sayang abang always..

Monday, 30 November 2009

Kolam hati

Dalam air...tenang
ada kocakan yang mejentik lamunan
ada percikan yang mewarna pentas ini

Sesekali kiambang segar disiram embun dingin
walau terusik dek berudu tumpang bermain
namun masih tenang tanpa gelora

Dalam air ada tenang...
siapa yang tahu apa ada didasarnya

Mungkin tasik adalah lebih baik kerana lebih mendamaikan
mungkin ombak lebih gemersik kerana sering merubah pantai
mungkin juga jeram lebih mengamit kerana desiran menghempas batu

Apa ada pada kolam yang penuh lumut
Lumpur kelam terpalit dibaju
tidak bersisa dikemarau panjang
Walau sesekali langit kasihan melihatnya
lalu menumpahkan airmata angkasa

Nukil bicara
Cahayahidupku

Saturday, 21 November 2009

Jangan fikir cetek

Hidup ini kadang2 sangat pelik...hakikatnya kita sendiri melayari hala tujunya...tetapi mengapa susah untuk kita menghala kemana2 saja yang kita suka?...Mengapa kita perlu memikirkan orang lain natijah dari sesuatu keputusan yang bakal kita ambil...sehinggakan menjadi lemas dengan kemelut kebuntuan.

Kita bole hidup bersahabat...tetapi ada kalanya kita juga boleh hidup sendirian. Adakalanya sendirian itu bosan tetapi adakalanya sendirian itu lebih mendamaikan. Semasa tamat skolah, aku seakan2 terumbang ambing tanpa seseorang yang boleh aku gelar sahabat. Sehingga satu detik aku dikurniakan Allah dengan seseorng yang bernama sahabat...tempat mencurah rasa dan derita. Namun tak kekaal lama...ikatan ini dirampas oleh orang lain....aku tak kisah kalau nak menambah sahabat...tetapi aku dibuang terus. Telah pelbagai cara aku usahakan untuk menyelamatkannya...tetapi dia memilih orang baru...aku tak berhak memaksa..hanya air mata penawar duka...

Persoalannya perlukan membuang sahabat yang ada hanya kerana ingin menjalinkan ikatan bersahabatan dengan yang baru?...

Sehingga suatu ketika...aku dikurniakan Allah sabahat sejati yang menjadi teman seumur hidupku InsyAllah...dialah kekasih, sahabat yang sangat setia susah dah senang. Semoga Allah tidak menarik nikmat ini dariku...

Biarlah sejarah silam bersahabat menjadi panduanku menempuh hari2 mendatang...sesungguhnya sangat pedih tetapi harus kutelan dengan kemas supaya tidak menjadi barah dalam diri ini

Thursday, 19 November 2009

Apalah aku...

Mengapa mesti rasa hidup ini selalu kosong?...ada yang kata bosan...boring...
Aku tak pandang kiri atau kanan....aku pandang jauh ke dalam diri ni...Alhamdulillah selesa dengan kehidupanku yang sederhana..tidak mengeluh bosan...sebaliknya bersyukur kerana Allah kurniakan dan izinkan aku utk punya masa senggang yang mungkin org lain tak punya. Tandanya Allah beri alamat untuk aku isi sebaik mungkin.

Entah la aku tak tau nak tulis apa sekarang ni...sebab byk sangat yang terlintas di kepala waktu ini...marah kah?...merajuk??..kecil hati?...bawa diri?...
Walaubgaimana pun aku tetap ceria seperti biasa ...tapi dalam hati ini siapa yang tahu...setiap orang ada sensitiviti masing2...adakalanya sedih, gembira...terasa, tersinggung..

Tapi adakah orang seperti aku tidak perlu dijaga perasaannya...kerana semua orang anggap aku tak kisah...

Kekanda menjadi teman dan kekasih paling setia dan sangat memahami...sentiasa bersifat penyejuk. MMMmmmm...tak apalah orang nak buat kita...jangan kita buat orang...seraya memujuk hati sendiri.
Aku tak boleh kata aku tak perlukan sesiapa selain keluargaku...hidup dilingkungi masyarakat dan mahu tidak mahu...terpaksa keluar dan bertegur sapa...

Allahuakbar...semoga Allah sentiasa pelihara aku dari sifat buruk sangka dan sentiasa bekalkan aku dengan sifat kesyukuran...

Wednesday, 11 November 2009

I luv U

Membaca tajuk email membuat hati bergetar2...apakah isi kandungannya??.. Rupa2nya santapan jiwa dari sang suami terchinta di hari lahirku.

Happy birthday sayang. Kanda doakan panjang umur dan sentiasa taat kpd Allah. Tahniah kepada isteri abang yang cermelang dan muslimah. Tiada hadiah yg lebih class kecuali kasih cinta sayang berkekalan. Luv U very much.

Kanda


Aku abadikan di sini untuk catatan diary hati ini...bersama ros merah muda dan kad ucapan hasil kerjatangan anak2ku yang kusayangi...

Terima kasih juga kepada sahabat handai yang mengucapkan ulang tahun kepadaku...ingatan kalian tiada tolok bandingannya.

Monday, 2 November 2009

Mmmm....hari2 yang meletihkan

Malas nak taip sebenonya..tp teringin jugak nak diabadikan...sangat2 letih...walaupun dah siap basuh piuk belanga semua...tp ingat nak sambung kemas sikit2...tapi tak larat jugak. Bangun je buat keje sikit...mengah2...heart beat laju...dari byk lagi piuk belanga aku pecahkan haruslah aku berehat sahaja...tapi kejap lagi anak2 balik skolah...aku tak masak lagi ni....
Apa pun keseronokan berniaga dan pengalaman yang Allah izinkan untuk aku kecapi di bumi asing ini...akan menjadi kenang2an sepanjang hayat...setiap tahun ada pengalaman yang berbeza2...
nampaknya tak larat nak menaip lagi...jemari semakin menggigil...rehat dulu naaa...

Tuesday, 27 October 2009

Untuk kekasihku

Dititip untuk kekasih
Kala senang
kala susah
Kala jaga
Kala lena

Kau dan aku silih berbayang
tiada ruang mengusai kusutmu
yang memang aku tak dapat bantu
sorot mata ini mengerling kesahmu

Saat yang sendat bernafas mengunci senyummu
Yang menjadi madu di muara hati

Ya Allah
pinjamkan waktu untuk kekasihku
akan ku langgan sudut kelegaan ini
kalau itu yang dibutuhkan kekasihku

Setenang air di kolam
Sesuci embun dihening pagi
Sejernih pasir digigi ombak
itu yang ku panjatkan untuk kekasihku
semoga dalam tafakurnya....
mendapat sedikit kalam indah untuk dimuntahkan
dikertas impian itu

Ya Allah
Kirimkanlah surat ceria
dan kalimah bersalut nota bahagia
semoga kekasihku sentiasa rindu mengadu nestapa
kepada yang Mana Bijaksana...

Layangkan bisikan warkah 'Untuk kekasihku'

Monday, 26 October 2009

NILAM MAISARAH MD NAZRI

9 tahun yang lepas 11.18 pagi (lagi 8 minit) waktu malaysia)...kalo ikut waktu msia betul..dah lepas dah..
Aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang lagi putera dalam rumahtangga kami...setelah induced, contraction semakin kuat...maka lahirlah seorang lagi puteri setelah 9 bulan merentasi ranjau dan duri...Allamdulillah Allah selamatkan kandunganku dan mengizinkan bayi seberat 3.12kg ke dunia ini...

Ayah dan ibu mendoakan Maisarah menjadi anak yang soleh..sentiasa bertambah keimanan dunia dan akhirat. Peliharalah peribadi dan akhlak dari anasir luar yang mudah melalaikan. Sentiasa mengajak kearah kebaikan dan rajin2 belajar untuk bekalan di dunia ini..supaya cerdik mengatur kehidupan kekal di akhirat kelak..Aminnn...

Tuesday, 20 October 2009

Anda dermawan kah??

Salam ukhwah semua...talian untuk derma mangsa selat sunda telah dibuka dan wakil2 untuk mengutip derma juga sudah dilantik...tetapi masih tidak mendapat sambutan....mmm,...apa cara ye nak menggalakkan setiap dari kita saling menghulur bantuan??..tpi yang pasti sedekah jariah adalah salah satu dari amalan yang ditinggalkan sebagai menampung amalan yang kurang selepas terputus urusan dunia dan akhirat...Sama2lah kita renungan...

Friday, 9 October 2009

Yang bukan mudah

Bukan mudah memuaskan hati semua orang...buat begini orang kata kenapa tak buat begitu. Dengar cakap orang ni...orang tu kata begitu begini...MMMmmmm entah la..bila di fikir semula baik aku buat ikut mana aku rasa baik dulu. Ini pun silap2 ada plak yang rasa aku ada problem tang mana2 atau dengan sesapa. Pun susah jugak jadinya. Aku mmg jenis orang yang suka 'observe' orang sebenarnya...tapi mungkin orang tak perasan. Tapi aku tak suka cerita kat orang lain, Aku akan buat penilaian sendiri mana buruk dan mana baik. Observation tu jugak bukan hanya sekali saja..itu tak adil namanya... munngkin makan taun...mungkin juga makan bulan. Kadang2 perangai orang tu tak keluar dengan hari berjumpa...kadang terbongkar bila tinggal sebumbung. Tapi itu masih tak cukup, kadang2 masa kita susah baru kita tau siapa kawan siapa lawan. Masa kita gembira pon tak semestinya ramai yang menempel bahagia. Ada jugak yang menjauhkan diri dek kerana sakit hati atau makan hati dengan kebahagiaan orang lain.

Entah lah..satu ketika dulu aku pernah mengambil keputusan utk tidak berkawan dengan sesiapa...3-4 tahun jugak aku 'lone ranger'..ke hulu ke hilir...cuma ada keluarga di sini...bila di fikir2kan ada baiknya jugak begitu...tak banyak kerenah nak dilayan. Kurang juga enganyam ketupat. Baguskan...tapi terkadang tidak dapat tidak aku terpaksa akur dengan lumrah alam yang menuntut hidup bermasyarakat.

Selalu jugak terfikir ... biarlah apa orang nak cakap janji aku bahagia..tapi tak bole jugak begitu...kerana kita hidup dikelilingi masyarakat. Tapi bila dah masuk dalam kelompok itu banyak pula selingannya. Mmmmm...malas nak fikir tapi kene fikir jugak...aku selesa meluahkan pada yang amanah..tapi siapa...banyak kriteria yang belum lengkap utk dilabelkan sebagai pemegang amanah itu.

Tak apalah...mungkin aku perlu muhasabah diri yang sememangnya banyak kekurangan ini..tidak perlu cari sana , korek sini....kekurangan orang lain. Tapi yang pelik...usaha untuk emperbaiki diri pon tidak semua orang bole terima...satu lagi masalah...itu lah sebabnya aku kata...

Perbaiki akhlak diriku dan keluargaku supaya rahmat Allah sentiasa memayungi kami dan ku pohon Allah kirimkan berita gembira untuk kami sekeluarga. Amin.

Sesungguhnya Allah telah kurniakan sahabat yang ideal untukku yang sentiasa mendampingiku siang dan malam...Alhamdulillah

Monday, 5 October 2009

kerana rebung senduk binasa

Gara2 masak ayam masak lemak rebung utk open house...satu sudip kayu aku patah dua..mmm punya la power aku mengaul...tapi tak pe...hasilnya..open hall kami berlangsung dengan meriah sekali...(03/10/09)





cerita penuh layari...
http://www.fotopages.com/cgi-bin/account.pl?page=2

Tuesday, 29 September 2009

Tak lama lagi

lagi 3 hari je lagi opeh hall kami (geng kariah forest field 2nd group) akan buat open hall. Memulanya nazri tak nak buat kat dewan sbb tak syiok kata dia...mesti nak tamu datang rumah gak....tp dah rumah sesak kan camne nak buat...bincang punya bincang stuju nak buat kat dewan...

Dipendekkan cerita sabtu ni open house kami ber12 orang....alamak kekandaku udah pulang...kene turun dulu....daaaa...

Saturday, 26 September 2009

Dihening Syawal

"Selalunya kalau Si **** dengan Si **** ada mesti pagi2 derang dah datang sini kan lepak2 makan2.....Tapi tahun ni senyap je rumah kita." Gumam suami di pagi Syawal. Aku diam tanpa kata.

Sememangnya tahun ni kurang kemeriahannya. Tak pasti la pulak kenapa....tetapi memang dah dapat rasa masa ramadan lagi berlarutan hingga ke raya. Lepas balik dari dewan tu...dah pukul 12 tgh, lepas sejam dua balik dari dewan barulah ada orang datang beraya...kalau taun2 yang lepas balik je dari sembahyang dah ada orang ikut balik rumah beraya. Hmmm tak pelah...aku mengharapkan ini raya yang terakhir di sini dan tahun depan bole beraya dengan sanak saudara.

Tapi nanti bila dah balik msia mesti rasa sedih jugak sebab terasa nak mengulangi kemeriahan bersama kawan2 kat sini pulak...sure punyere..!!

Entah lah..manusia kan mmmg macam ni la...tak pernah puas dengan apa yang Allah kurniakan..Tak apalah yang penting kami sekeuarga dan kelaurga yang ditinggalkan nun jauh di sana sihat wal afiat...beraya kat mana tak pernting....yang penting amalan di bulan ramadhan.. Namun tetap berdoa semoga suamiku dapat selesaikan tugasnya di sini dengan jaya dan pulang membawa amanah yang telah langsai... Amin..

Friday, 18 September 2009

Salam lebaran buat semua

Lebaran datang lagi....mengharapkan yang terakhir berjauhan sanak saudara dan keluarga. SEmoga Ramadhan 1430H ini menjadi titik tolak untuk berhijrah ke arah kebaikan ukhrawi...

Salam kemaafan dari kami sekeluarga kepada sahabat handai dan keluarga di luar sana..Mohon maaf seandai menguris atau rasa terhiris. Kata2 yang mungkin di anggap kesat dan keterlajakan gurau atau bahasa yang terlanjur bicara. Halalkan makan minum kami sekeluarga...jika ada hutang yang belum langsai sila khabarkan agar dapat ditunaikan. Maafkan kami sekiranya ada mengata secara secara sengaja atau tidak ...sesungguhnya kami tidak ingin memakan daging sesama islam ini..mahupon yang bukan islam.
Bagi pihak kami sekeluaga pula ...sangat berlapang dada untuk mengampun segala kesalahan rakan2 diluar sana. Sangat dialu2kan bagi jiran tetangga yang berada sekitar Nottingham untuk singgah di pondok sempit kami utk kita sama2 meraikan idilfitri yang mulia ini. Insya Allah kuih muih raya yang ada dapat dinikmati bersama.

Sekali lagi dari kami sekeluarga

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, 16 September 2009

minima vs maksima

"Alah tak pe la, rugi tak beli tu..murah tu..bukan senang nak dapat"...Suara kutekankan untuk membuktikan segala faktaku benar belaka.

Selalu saja ingin berlebih2an bila berbelanja atau membeli kelengkapan rumah atau anak2...apatah lagi musim2 raya sebegini..kalo bole nak ditukar semuanya. Mau saja mahligai indah yang sememangnya tersergam indah di hias semaksima mungkin, maklum lah raya setahun sekali.

Mengapa pendekatan ini tidak diaplikasikan dalam diri di bulan ramadhan ini. Selalu saja berpuas hati dengan amalan yang telah dilakukan. Sudah cukupkah?

Menyentuh bab terawikh...cukup lah buat 8 sahaja atau kadang2 tak buat langsung sebab.."Alah dah buat buat yang wajib pon dah cukup dah"...

Mengaji pun cukup la khatam sekali setahun. Khatam dalam bulan ramadhan ini pon rasa dah cukup baik..sedangkan aku sepatutnya sentiasa tidak merasa cukup bila melangkah bab2 saham akhirat ini. Sahabat boleh khatam Quran dalam masa 3 hari malah ada yang lebih dari itu. Ada yang khatam 2 kali sehari bermaknanya sepanjang bulan ramadhan boleh khatam 60 kali. Masy Allah..kerdilnya diriku ini berbanding dengan mereka yang dapat hidup pada zaman nabi. Sering saja puas dengan pencapaian tapi hakikat nya sudah layakkah memasuki Syurga Allah atau sanggupkah terjun ke neraka jahanam...nadzubillah..

Mengapa aku sanggup berkorban wang ringgit utk berhabis membeli itu dan ini..sedangkan saham akhirat tidak perlu bermodal.

Maaf kalian..luahan ini hanya untuk aku yang sentiasa leka dan lalai..mencatat utk menjentik hatiku yang tidak selalu menyala api imannya.

Thursday, 10 September 2009

Cahaya Kasih....

Sayu...
Pilu...
Rindu...

Hanya itu sahaja perasaan yang menari2 di lubuk ini. Tak tau kenapa...malam ke 21 ni sepatutnya sibuk dengan amalan2..tapi lain pula jadinya. Sibuk melayan perasaan. Sana sini baca blog tentang kesedihan mengundang hiba dipanjangkan lagi.

Tahun ke 4 berpuasa dan berhari raya Insya Allah.... mengimbau kenangan tatkala menjejakkan kaki buat kali ke2 di tanah asing ini. Menyambut 1 Ramadhan bersama Nasibah sekeluarga sementara mencari bumbung untuk kami sekeluarga bernaung.

Imbasan video perpisahan kami sahabat2 yang teramat rapatnya...(seperti sedarah sedaging). Menumpahkan air jernih yang bertakung hangat. Mengapa saat2 menjelang ramadhan dan syawal ini menjadi calendar yang begitu puitis untuk diangan2kan. Adakah kerana ukhwah ini??...atau ..... entah..tapi yang pasti sangat payah untuk dilempar jauh2 dan sebenarnya tak ingin ku campak walau di mana pon. Biarlah ianya menjadi kemanisan silam yang sangat dirindui. Sekurang2nya aku pernah mendapat seteguk kasih dari insan bergelar sahabat. Mungkin tidak tergadai kasih ayah ibu tetapi cukup untuk mengubat kerinduan ini...

Allah yang Esa...
katakanlah
bahawa kasih ini
akan bertaut jua
gelora ini
akan ke pantai jua

Sesungguhnya kasihmu...
yang kekal abadi..

Wednesday, 9 September 2009

Cantiknya..

19 Ramadhan 1430H...bersamaan 090909....bersamaan hari rabu atau 'Arba'a...
cantiknya tarikh ini dalam tahun masehi...apa istimewanya hari ini...entah la..tak nampak pon keistimewaannya melainkan figure....

tapi mungkin juga malam ini menjelang malam ke sepuluh terakhir ramadhan...mungkin lebih bermakna kepada semua umat islam yang menunggu nikmatnya....

Waullahuaklam...

Saturday, 5 September 2009

Anyam ketupat

"Aku cakap betul apa...ni bukan mengumpat..memang dah betul nak buat macamana".... Ayat yang sering keluar dari lidah seorang wanita.

Tetapi...

Di dalam Kitab Riyadus Shalihin karangan Imam An-Nawawi, Bab berkaitan Ghibah, ada 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat. Saat itu, ghibah diharuskan untuk tujuan yang shahih lagi syar’ie di mana tidak mungkin tujuan atau matlamat tersebut boleh sampai melainkan terpaksa melakukan ghibah, maka dibenarkan!

Terdapat 6 perkara yang dibolehkan mengumpat dalam kitab tersebut. Kandungan asal bab ini dipetik dari Kitab Riyadus Shalihin versi Bahasa Arab... Begitu juga dalam kitab-kitab seperti Imam Ghazali Ihya Ulumuddin dan lain-lain.

6 Perkara tersebut ialah:

Pertama: Orang yang dizalimi. Maka harus bagi orang yang dizalimi mengadu kezaliman yang dilakukan ke atasnya kepada pemerintah, qadhi dan sebagainya yang menjadi penguasa atau mempunyai kekuatan untuk menghentikan kezaliman orang itu. Contohnya, dengan menyebut : “aku dizalimi oleh fulan seperti ini... “.

Kedua: Minta tolong untuk mengubah kemungkaran atau menunjukkan ahli maksiat kepada kebenaran. Caranya dengan menyampaikan kepada sesiapa yang mempunyai kekuatan atau kemampuan untuk membetulkan kemungkaran tersebut. Contohnya, dengan menyebut : “ fulan itu melakukan begini.. “. Maka boleh disampaikan dengan tujuan untuk mengubah mungkar. Jika bukan dengan tujuan itu adalah haram.

Ketiga: Meminta fatwa. Contohnya, kita bertemu mufti dan berkata : “ aku dizalimi ayahku atau saudaraku atau suamiku atau fulan dengan begini. Maka apa pandangan mu (mufti )?”. Pertanyaan itu bertujuan untuk meminta pandangan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetapi, baik juga jika nama identiti individu tersebut tidak disebut secara terperinci kecuali dengan menyebut kesalahannya sahaja.

Keempat: Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka. Contohnya apabila kita mengetahui adanya orang yang diambil menjadi saksi dalam sesuatu kes, tetapi kita tahu kefasiqannya, maka wajib mendedahkannya demi kemaslahatan umat Islam. Ataupun seorang perawi hadith yang diketahui mempunyai masalah di sudut thiqah atau adilnya, maka boleh didedahkan kerana untuk menjaga kepentingan ramai daripada menerima hadith yang diriwayatkannya.

Ataupun dalam bab perkahwinan, dibenarkan kita menyebut keburukan seseorang jika ada orang yang ingin mengahwininya datang bertanya tentang diri individu itu pada kita, atau dalam urusan untuk berpakat berniaga, maka dibenarkan kita menyampaikan keburukan seseorang yang ingin melakukan kerjasama dalam perniagaan agar terselamat dari amalan buruknya, atau dalam urusan menyimpan barang, maka boleh kita maklumkan keburukan seseorang yang kita tahu dia tidak amanah dan sebagainya dan lain-lain.

Atau kita memaklumkan kepada orang ramai agar tidak berguru dan berhati-hati dengan seseorang yang kita tahu dia sering berulang-alik belajar dari guru yang bid’ah. Atau ilmunya diambil dari orang yang fasiq kerana kita bimbang akan timbul mudarat darinya nanti. Ataupun kita memaklumkan pada orang ramai tentang keburukan seseorang yang ingin diangkat menjadi pemimpin kepada satu kaum, tetapi dia fasiq, lagha (lalai) dan sebagainya. Maka wajib memaklumkan pada orang ramai.

Kelima: Orang yang melakukan maksiat atau bid’ah secara terang-terangan seperti minum arak, mengambil cukai (peras ugut dan sebagainya), ambil harta orang secara zalim, menjadi kepala utama dalam melakukan kejahatan, maka harus didedahkan kejahatan mereka ini. Namun, perbuatannya jahat yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja perlu disebut, bukan selainnya.

Keenam: Pengenalan diri . Apabila ada manusia yang dikenal dengan gelaran seperti mata berair, tempang, pekak, buta, juling dan sebagainya, maka harus memanggil mereka dengan gelaran itu dengan tujuan untuk mudah dikenali. Jika bukan dengan tujuan untuk mudah mengenali, sekadar untuk menghinanya, maka hukumnya haram. Adapun, jika gelaran-gelaran itu tidak diredhoi oleh mereka, maka tidak dibenarkan memanggil gelaran itu dan usahakan dengan panggilan lain jika ingin mudah kenal sekalipun.

Inilah 6 keadaan diharuskan ghibah (mengumpat) oleh ulama'-ulama’ dengan pelbagai dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Hadith masyhur yang telah mereka sepakati. Maka pandai-pandailah kita menilai dan meletakkan mengumpat kita dan anda, sehingga tidak terjerumus jadi 'pengumpat' yang dilarang pula!

Renung-renungkanlah..untuk memperbaiki diri sesama kita...terutama pemilik jemari ini.

Tanamkanlah azam untuk membaikpulih aqidah dan sahsiah...semoga Allah mempermudahkan usahaku yang tak seberapa ini. Semoga Allah buka lagi dan lagi jalan2 kebaikan untuk insan yang lemah ini. Amin...

Thursday, 3 September 2009

Alpa yang sering berulang..

"Abang pelankan sikit tv bang"....aku menunaikan solat asar di tingkat bawah sahaja. Malas meniti tangga ke tingkat dua kerana sejurus solat ingin terus bingkas ke dapur menyiapkan juadah berbuka kami sekeluarga.

Sebaik sahaja mengangkat takbir hati masih berbisik "kenapa tv ni masih tak pelan lagi"...mula syaitan mencurah minyak dalam dada ini. Semakin berpindah rakaat semakin tak khusyuk dibuatnya mendengar lontaran suara dari televisyen mengugah ruang makan kami.

Sejurus saja selepas solat aku bingkas mencapai remote control di tangan suami sambil menekan punat sebelah kanan dan.....pap....sunyi seketika....

Doa ku panjatkan kepada Pencipta alam menanda tamatnya solat asarku pada hari ke 12 ramadhan ini. SEjurus itu kedengaran suara berbisik dari kotak besar itu lagi. Kali ini sangat perlahan seakan terpaksa berpicing telinga untuk buah butirnya.

Selesai melipat sejadah dan telekung aku gegas ke dapur. Suamiku pula menapak ke bilik air mengambil wuduk dan bersedia untuk ke masjid...sememangnya dia akan bersolatlambat sedikit dari aku kerana dia berjemaah di masjid dan biasanya jamat di masjid agak lambat dari solat di rumah.

Melihat wajah suami dengan air wuduk masih basah di wajah tiba2 aku rasa sekalian dosa dihempap di atas pundak ini.
"Abang....maaf ya kalau tadi berkasar...."..Ku pohon keampunan. Seraya itu juga dia menjawab "Tak apa..bagus lah tu". Semakin berdosa hati ini mendengar jawapan itu. Terlalu keterlaluan kah tindakan aku sebentar tadi?. "Biadapkah aku?....tapi bagaimana tindakannya tidak menghormati orang solat dengan menonton tv dengan volume tinggi itu?".. Detik hati membujuk rasa bersalah.

Aku mungkin betul, tetapi apapun niat tanpa disertakan tindakan yang betul tetap salah di sisi agama dan etika seorang isteri. Tidak bolehkan aku menegur secara baik..(walaupun telah diperingatkan sebelum solat lagi). Mungkin dia alpa ketika itu.
Sebaik suamiku pulang dari masjid...tazkirah keluarga bermula....

Sebaik tasbih kifarah dan surah dibaca aku memohon ampun sekali lagi...takut2 nanti aku tak sempat melihat mentari esok hati membawa dosa hari ini. Alhamdulillah kali ini tampak ikhlas dan jujur kemaafan di berikan.

Walau apa pun niat kita hormat dan susila terhadap suami wajib di pelihara seiring dengan niat yang suci. Kerana ditakuti kita ingin memilahara perkara2 yang sunah atau harus menjadi pula dosa berat untuk kita pikul dek kerana panas baran atau emosi. Ingatan ini untuk diri aku sendiri yang sering alpa dan hanyut dengan hasutan syaitan walau sejurus itu akan aku pasti menyesal dengan apa yang barusan aku lakukan. Mujur suami sangat memahami dan pintu kemaafannya bersifat mendidikku...

Ya Allah kau peliharalah aku dari api neraka...sesungguhnya syurga buat isteri yang taat akan suaminya. Insya Allah..Amin....

Friday, 28 August 2009

Nikmat berbuka

"I want more ibu...can i have the 'keras' one ibu..". Kak Cik minta tambah sekeping lagi roti jala versi garing. Maklum lah anak2 aku ni tak ada bahasa spesifik tuk garing..derang tak banyak vocab jadi nya keras bermaksud garing.

Hari ke 6 Ramadhan terasa seakan bahagia .... sedikit menyentuh naluri keibuan kerana hati ini hari yang pertama dalam hidup seorang kanak2 berumur hampir 7 tahun memulakan ibadah puasa. Selalunya dia hanya cuba2 puasa atau memang tak puasa. Tapi hari ini Alhamdulillah puasanya sempurna sampai ke malam. Kagum aku.

Sememangnya 2 lagi anak2 ku yang perempuan telah diajar menjalani ibadah ini bermula dari tahun2 yang lepas tapi bagi puteraku inilah tahun pertama dia mencuba nasib. Hidangan yang tidak lah mewah tapi mengikut citarasa dah "order" dari tekak puasa anak2 menyebabkan mereka berbuka dengan berselera sekali. Melihat mereka makan aku mendapat kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Sementelah juadah itu aku tidak 'tunjuk' dari mana2 bazaar ramadhan atau pasar malam.

Masya Allah bahagianya hati ini meihat mereka menghabiskan hidangan berbuka hasil dari air tangan ibu sendiri.

Selepas berbuka sambil2 kami sama2 kemas pinggan mangkuk dan membersihkan kain saprah...cerita2 kisah nabi dari ayah mengunci bibir mereka kecuali pertanyaan2 tentang maksud perkataan supaya diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Cerita kisah iman sebagai bekal bila mereka keluar dari kepompong keluarga, pada hemat aku memang menusuk ke dalam hati2 mereka.

Insya Allah dan Alhamdulillah Allah beri kefahaman kepada mereka dan mudah2an asas2 itu dapat mereka jadikan bekal hingga akhir kalam. Amin.

Friday, 21 August 2009

Rebut peluang yang ada

Alhamdulillah kesempatan yang Allah beri untuk melihat mentari menyuluh alam di pagi 1 Ramadhan 1430H. Terasa bertuahnya diri ini masih bernafas dan menikmati kehidupan bersama anak2 dan suami tercinta. Jika dilihat dengan mata kasar sememang tiada bezanya hari2 ini. Tetapi jika dilihat dengan kanta hati pasti dapat di selak apa yang tersirat. Bukan semua orang dapat meneruskan ibadah yang tiada dalam bulan lain ini. Terawikh malam pertama ramadhan sedikit menyentuh hati pada tahun ini. Tak tahu kenapa dan apa sebabnya. Terasa nikmat nafas yang Allah beri ini sungguh berharga. Bagaimanakah cara aku mensyukurinya?...

Banyak keistimewaan dalam bulan ini yang tiada dalam bulan lain. Di dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Harap kita sama2 tidak melepaskan peluang ini kerana belum tentu ramadhan 1431H nanti kita ada kesempatan yang sama. Sementara Allah izin untuk menghirup udara di dunia ini, siapa tau ramadhan ini yang terakhir buat kita.

Di kesempatan ini juga ingin ku pohon kan kemaafan bagi pihak kami sekeluarga kepada sesiapa yang singgah di halaman ini. Sama ada kami sekeluarga ada tersilap bicara, bercerita tentang kamu-kamu diluar sana samada kami sedar atau tidak, halakan makan minum, dan diharap dapat betulkan kami jika mengulangi kesilapan yang sama dihari2 mendatang.

Sesungguh kami insan yang lemah dah sering mengulangi kesilapan yang sama. Semoga Ramadhan kali ini membuka lembaran baru untuk kita melayari kehidupan sebagai muslimin sejati. Semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan kita dalam memperbaiki iman dan akidah diri dan keluarga. Amin

Thursday, 20 August 2009

Gelora di hati.........

"Ibu...ibu dah tengok dah gambar tok mak kat dlm fb Kak Najwa?"
Aku mengeleng kepala tanpa membuka mulut...

Berdetap detup dalam hati aku...selama 2 tahun 11 bulan aku tak menatap wajah ibunda tersayang, tiba2 hari ini puteri sulungku mengatakan gambar nya ada dalam simpan anak buahku Najwa.

Bila saja terpandang....sebaknya tak usah nak digambarkan...gembira dapat melihat wajah yang tersayang ada didepan mata..mau ku dakap screen pc ini. Sambil berdoa...cepatlah aku pulang.

Langsung tak berubah wajah ibundaku itu...sama seperti kutinggalkan 3 tahun yang lalu. Tak gemuk tak kurus dan tak nampak dimakan usia.

Ditambah hari ini seorang lagi sahabat lamaku di Notts ini kembali ke tanah air...terbayang mereka dapat menyambut ramadhan bersama saudara dan ibu bapa. Lagi la aku sayu hati....menghitung hari detik2 aku berangkat pulang...
Aku mengharapkan inilah ramadhan terakhir di tanah asing.

Dal dan Don adalah orang pertama yang aku jumpa dia tanah asing ini...Mereka yang yang menjemput aku di airport dan menghantar ke rumah host. Mereka juga yang mencarikan rumah. Memang mereka lah tempat kami mengadu kalau ada apa2 masalah masa mula2 merangkak nak hidup di Nottingham ini. Jasamu ku kenang Dal..

Pagi2 aku dah berazam tak nak menangis semasa babai Dal nanti...tapi tak berjaya...ada gak luruh sikit..tp berjaya ku tahan..bila balik rumah segala kerja tak menjadi sebab hiba....last2 bila tengok gambar mak....aku terus merembes.....banjir seluruh alam...perasaan bercampur baur...mmg tau iA kalau panjang umur akan jumpa di Malaysia nanti...tp tentu tak sama situasinya dengan kat sini kan...rumah jauh2 mesti susah nak jumpa...susah la sikit anak aku nak main Horsy2 nanti.

Tak apalah...semoga kita berjumpa dia tanah air tercinta....

Mak Ayah....rindu yang teramat kepada kalian...tak dapat ku gambarkan dengan kata2.

Tuesday, 18 August 2009

Jiwa meronta ....... selamat berbahagia sayangku...

Sangat tersentuh melihat pasangan2 yang bercerai berai walaupun kelihatan bahagia dan dikurniakan anak2 yang sihat belaka. Kalau di kalangan artis2 biasa tidak lah aku kisah sangat....tetapi bila berlaku dikalangan insan yang boleh dianggap bersih akhlaknya membuatkan aku rasa cuak dan sangat terkilan.

Tak dapat dinafikan Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan tetapi asbab yang disaksikan oleh manusia sejagat menyebabkan aku sedikit pilu. Betapa seorang bapa boleh menceraikan isteri dan suri hidupnya yang setia selama berbelas tahun...dan mengandungkan benih2 cinta mereka hanya kerana seorang wanita lain yang lebih muda. Baru sedarkah isteri yang ada tidak cantik?.

Sedang bekas isteri belum lagi habis edah...si suami sudah membatalkan air sembahyang dengan isteri baru...Berdiri disebelah seorag dara meleret manja dibahu sang suami.
Ahh.....betapa remuk redamnya jiwa seorang bergelar janda yang diceraikan isteri bersama anak2 nya, melihat hari bahagia sang suami berulang kembali. Sedang diri masih terkial2 meminta nyawa...

Serentak aku bertanya pada suamiku yang belum lena disebelah. "Abang....abang sampai hati ke buat cenggini?... Suamiku meleret senyum tanpa membuka mulut.
"Cakap la....abang sampai hati ke?". Sekali lagi dia tidak menjawab.

Entah lah aku pon tak tau..kenapa aku rasa begitu pilu melihat gambar sang suami diijab kabul walhal si isteri belum habis edah lagi. Dia bukan saudara maraku...atau kenalan rapat...tapi dalam keadaan dia sekarang aku seperti dapat merasa kepedihan itu...Waullahuaklam....semoga dia tidak selemah aku...Semoga Allah beri dia kekuatan untuk menjalani hari depan bersama anak2nya. Juga Allah buka pintu rezekinya dan pelihara dari fitnah.

Tidak kira siapa pun suami kita...selagi kita bergelar isteri...risiko untuk berkongsi kasih sentiasa ada...terpulang kepada penerimaan masing2. Tetapi ingatlah bermadu itu Sunnah dan jangan membelakangkan Sunnah hanya kerana emosi dan amarah kita...
Waullahuaklam..

Wednesday, 12 August 2009

AZAM RAMADHAN

Rasanya baru saja meraikan kemeriahan Syawal dengan baju baru yang dikirimkan Kak Long tahun lepas, tapi rupa-rupanya tinggal hanya seminggu saja lagi menyambut kedatangan Ramadhan Al mubarak yang mulia ini. Satu-satunya bulan yang sepatutnya direbut2 untuk melakukan amal kebaikan. Sesungguhnya bulan ini bulan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri dengan Allah. Ramai di antara kita hanya memakai baju kurung pada bulan ini...ramai juga yang bertudung litup untuk memelihara amalan supaya pahala puasa tidak kurang katanya. Ada juga yang solat 5 waktu...kerana bimbang penat lelah berpuasa akan jadi sia2 jika tidak diiring dengan amalan wajib yang lain.

Wajarkan ianya berlaku?..Adakah berkara2 wajib itu hanya patut dilakukan pada bulan ramadhan sahaja?...Adakah kita tau bila kita akan dicabut nyawa?. Apa akan jadi jika tak sempat menyambut ramadhan kita telah dijemput Allah?...

Aku sering tertanya2 cukupkah amalan aku selama ini...?..Sempurnakan aurat yang aku jaga selama ini?. Sedangkan hidup ini sebenarnya hanya lah untuk menghambakan diri kepada Allah..tetapi berapa jam kah aku sujud kepadanya?. Mungkin ada yang pelik dengan persoalan2 ini keluar dari naluri aku...kerana sesiapa yang mengenali aku pasti menyangka aku seorng yang brutal dan happy go lucky..

Tetapi inilah hakikat sebenarnya aku...aku tidak senang dengan perangai semulajadiku..dan sentiasa ingin memperbaiki akidah. Bukan mudah untuk menuju kebaikan kerana syaitan sentiasa menghidangkan keseronokan dimana2. Azam ramadhan ku kali ini ingin mengurangkan ketawa tetapi menambahkan senyuman. Juga mengurangkan anyaman ketupat...(w/pun aku mmg tak suke buat kerja ni). Selepas ni nak cuba elakkan lagi banyak.

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w :

"Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa yang berlebihan akan mematikan hati"

Hadith Rasulullah s.a.w ini menerangkan kepada kita bahawa dalam kehidupan seharian,
kita semua tidak terlepas dari mengalami saat gembira dan mencuit hati lantas terbit serta
berderailah ketawa dari kita semua.
Alhamdulillah, pujian bagiNya yang memberikan nikmat ketawa kepada kita.

Akan tetapi sesuatu yang perlu diingati sentiasa biarlah ketawa kita itu berada
atau dibatasi selalu oleh had yang dibenarkan syara'.
Kadang-kadang kita terlalu gembira sehingga ketawa terbahak-bahak,
hatta di dalam masjid atau surau.
Kemungkinan kita lupa bahawa ketawa yang berlebihan itu mematikan hati
(kerana pada waktu itu kita terlalai seketika dari mengingati Allah.

Oleh itu setiap kali kita merasakan telah ketawa melebihi had yang sepatutnya,
bersegeralah kepada ber ISTIGHFAR moga-moga Allah merahmati kita semua.

Kepada yang terbaca n3 ku kali ini dan rasa tak senang minta maaf banyak2...kerana blog ini luahan rasa hati ku yang tiada ku kaitkan dengan sesiapa pun. Semoga kita sama2 beroleh manfaatnya. Amin

Wednesday, 5 August 2009

DIARI 4 TAHUN LALU KUIMBAS...

Perlahan-lahan ku tarik sehelai demi sehelai bait2 kisah silam yang tak luput dari kotak ingatan. Saat azan Jumaat dilaungkan menyeru umat islam yang bergelar adam menunaikan solat. Saat itu aku bertarung nyawa menyempurnakan titipan Allah ke dunia ini. 2.30 ptg lahir seorang puteri sekaligus merengut segala jenis kesakitan yang ada seluruh pelusuk nadi ini.

Memang tak sama melahirkan dia dengan yang lain2...hatta setiap anak mempunyai tahap kesakitn dan cara yang berbeza2. Itulah kuasa Allah yang tidak siapa boleh menjangka, hanya boleh di ramal dan selebihnya pasrah.

Alhamdulillah segalany berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa komplikasi sebelum, semasa dan selepas melahirkan. Aku redha..asalkan bayi yang kuusung 9 bulan 10 hari selamat dan sihat. Tidak mudah melahirkan di bumi asing ini...sementelah pula aku masih ada 3 lagi anak yang masih perlukan perhatian.

Suami pendokong utama disamping jiran tetangga. Dulu tiada giliran masak memasak seperti sekarang. Segalanya harus dilakukan sendiri. Perancangan yang teliti telh diatur sebelum melahirkan lagi agar aku dpt sepenuhnya berpantang dan dalam masa yang sama dapat menunaikan tanggungjawab pada anak2 yang masih kecil2.

Alhamdulillah hari demi hari semakin mencuit hari keletahnya...bukan semua orang boleh melihat omelannya. Bukan semua orang boleh mendengar suaranya. Bukan semua orang boleh mendengar ceritanya. Itulah dia yang sangat memilih siapa untuk dijadikan teman.




Walaupun telah 4 tahun berlalu tarikh 5hb Ogos masih segar di lipatan anganku. Sepakat kami memilih 'Cahaya bintang yang terang' untuk dijadikan timangan panggilan. "Dhia=cahaya yang terang" "Thuraya=nama bintang".

Tuesday, 28 July 2009

Sisa hari yang tinggal semakin surut

Kalau ada 365 hari
maknanya tinggal 364 hari
kalau ada seminggu
amaknanya tinggal 6 hari
kalau ada 24 jam
maknanya tinggal 23 jam

Percaturan ini semua orang tau, tak kira koperat, artis, miskin, kaya, cantik, hodoh atau sesiapa saja.

Tetapi kenapa aku masih leka dengan hidup di dunia ini?.

Kenapa aku masih sayang meninggalkan harta benda, dan wang ringgit pinjaman sementara ini?.

Thursday, 23 July 2009

Di kelondonan ini

"Abang nak yang ni ke?, Amiklah..."

"Adik, ala carte masak apa dik?", tanya ku pada budak jaga kaunter tu.

"Ala carte tu goreng-goreng kak", selamba jek adik tu menjawab.

"Ye la akak tau, tapi menunya apa, mee goreng yang pakai mee kuning tu ada dik?", dengan penuh harapan aku bertanya.

"Yang tu pukul 1 nanti kak", ringkas dia menjawab sambil aku merenung sekilas pada jam ditangan kiri.

"Alaaa....baru pukul 12, takkan nak tunggu sampai pukul 1. Lambat la nanti, nak cari barang2 anak2 lagi. Takut tak sempat". Detik hatiku.

Mata melingas kemenu2 yang tertampal merata membelakangi kaunter makanan itu.
"Pasembor ada dik?. Masih mengharap. "Yang tu puku 1 kak". Hampa lagi.

"habis aku nak makan apa ni...suamiku dah settle dengan keli berlada dan sayur kacangnya. Memang ikan kegemaran dia tu, sebab kalau dirumah memang tak pernah merasa sebab aku tak makan keli apa tah lagi memasaknya.

"Ah! cuba la makan keli ni, memujuk hati sendiri. Yang lain tu sume dah biasa makan, kembung, ayam, paru, daging, bawal. Malas la. Nekad aku mencuba menu baru dalam seumur hidupku, makan keli goreng berlada.

"£18.40 kak, kata budak di kaunter tu sambil tangan menekan2 butang di mesin kira itu. "Ha?...hendak saje kukeraskan nada suara yang sememangnya terperanjat itu. Note £20 kuhulur tanda meminta baki lagi £1.60.

Kami menikmati seorang sepinggan nasi putih keli berlada dengan penuh hati2 sambil memindahkan sedikit nasi putih ke pinggan suamiku yang sememang tidak cukup dinikmati oleh seorang bernama lelaki.

Monday, 20 July 2009

Terima kasih Zafwah kerana ingatanmu..

Terima award dari zafwah..terima kasih ye..first time dpt award kat blog ni..kalo fp tu slalu ler...ni aku gantung kat umah aku ye fara....




Aku tanak tujukan award ni pada sesapa..sbb tak ramai yang tau blog aku ni..kira macam tanak war2kn ler...sbb ni blog peribadi..luahan perasan bukan cam fp aku...aku tak kisah share ngan sesapa..

Sunday, 19 July 2009

Manik Keemasan

"Jangan!!!, Jerkah Kakak bila saja terpandang adik bungsunya meletakkan manik keemasan dilubang hidung yang mungel sambil mendongak.

"Look at me kakak, Look at me...na na na na na", SEpantas itu juga aku berpaling melihat apa sebenarnya yang berlaku. "Masy Allah!!, ... "Lubang mana kak, kiri ke kanan?. Sambil kedua belah tangan di pipi dan dagu anak itu.

"Kanan Bu, pantas kakak menjawab sambil menuding kearah lubang sebelah kanan hidung adiknya.
aku pun picit seelah atas hidung comel itu dengan harapan manik itu akan terpacul keluar tapi silap sama sekali serentak dengan itu manik itu semakin jauh kedalam.

"Alamak macamana ni, hembus Dhia...kuat sikit.. lagi...Setelah dicuba beberapa kali masih gagal. Aku buntu. Sepantas itu juga aku mendail nombor suami supaya dia bergegas pulang. Nada suaranya seakan kerisauan.
Aku cuba telefon GP, receptionist itu mengarahkan aku terus ke hospital. Alamak mesti berjam kalo pergi emergency tu kan.Ada satu lagi ikhtiar iaitu ke walk in centre di City. Alamat semua aku dah siapkan, cuma tunggu suamiku sampai.

"I don't wanna go to the hospital, because I don't wanna bleed ibu, suara mendayu2 meminta simpati dari si comel itu, sebak aku mendengarnya. "Tak pe..nothings gonna happened to you...ibu ada.

Tetapi sememangnya Allah maha merancang untuk hamba2nya, tergerak aku nak menelefon eija..maklum lah kan dia seorang nurse, manalah tau dia pernah berhadapan dengan kes2 sebegini. "Kak ko cuba bongkokkan dia, pastu ko tutup sebelah lubang lagi, pastu ko suruh dia hembus kuat2. "Tak takut tersedut kedalam lagi ke Ja kalau tutup sebelah ubang lagi?...aku ragu2. "Tak lah kak...ko cuba la dulu", bidas Eija.

Dengan harapan yang tinggi (tak perlu ke hospital), dan dengan sangat berhati2 aku buat satu persatu seperti diarahkan. "Alhamdulillah, dah kuar dah!!!, sekilas itu juga aku mendail nombor suami untuk menitip khabar. Leganya aku tak terkira. Alhamdulillah.

Monday, 13 July 2009

untuk kawan2 yang bertanya

Bukan nak bagitau kat semua orang tapi cuma nak berkongsi kepada 2-3 orang yang dah pesan untuk beritahu keputusan blood test hampir 2 minggu yang lepas. Selepas seminggu...hari Khamis lepas aku call semula GP untuk tau keputusan ujian darah...pihak gp dah kata kalau derang tak telefon aku maknanya resultnya normal tapi aku bole call gp kalau nak kepastian. Aku pon call aa . Alhadulillah tak perlu risau katanya...cuma ada sedikit changes pada blood count tp tak merbahaya...Alhamdulillah...aku bukannya apa..bila slalu tak sihat ni seriau juga kan...mana la tau ada yang tak kena alam badan ni...Aku slalu fikir yang bukan2...slalu ingat kalau aku ada penyakit kronik tapi tak dapat detect awal....tapi bila dah buat blood test ni lega lah sikit...so aku ingat skarang ni nak sambung makan supp yang izan jual tu..aku rasa serasi la pulak..nak stabilkan semula blood count aku...so kepada kawan2 yang ada di luar sana sama2 lah kita berdoa agar kita sentiasa berada dalam nikmat kesihatan dan iman yang tinggi Amin..

Thursday, 2 July 2009

Dengan Izin Allah

Dengan izin Allah memberi kesihatan yang segera kepada ku. Minggu lepas hari selasa aku diserang sakit badan dan bisa2 sendi dan otot...ini perkara biasanya menjelang seminggu period datang. Tapi tidak ler berlaku tiap2 bulan...5-6 bulan yang aku diserang 3-4 bulan berturut2. lepas tu hilang selama 4-5 bulan...bulan ni datang lagi...Bila dia datang tu anggaran 4-5 hari aku akan demam..tak de temperature tapi tak larat nak bangun..kadagn2 melarut sampai habis period..kadang bila period jek hilang. Bulan ni aku diserang semula..GP pon tak leh nak bagi ubat pape..bergantung pada pain killer jek la dia kata..sbb ini masalah hormon dia kata.

Tapi dengan izin Allah aku berchatting ngan satu hamba Allah ni, maka dia taulah aku demam. Dia ni pulak ada mengamalkan pemakanan capsul menambah imunisasi badan, cepat bertindak katanya. Aku mmg susah sikit nak percaya suppliment ni, pertama sebab mahal sesangat kedua dah banyak aku cuba ubat2an cam ni tapi tak nampak perubahan pon..jadi tak konsisten la aku memakannya. Tapi yang ni mmg pelik sket..(dengan izin Allah juga).

Bagi aku story mori sket. Minggu lepas aku demam 2 hari selasa dan rabu..pastu khamis hingga ahad aku sihat..siap bole camping lagi balik je camping, senin tu aku demam lagi sampai rabu...aku berdoa semoga baik cepat sbb khamis ada trip dhia' ke skegness. Hari senin tu ubat yang kawan aku pos tu sampai so selasa tu aku makan ubat tu...hari rabu tengahari aku dah rasa perubahan...aku rasa sihat sikit..tegahari tu kawan aku kata makan byk sikit biar tambah imunisasi cepat sikit sbb tgh sakit..aku makan 2 biji sekali...petang tu sihat terus..siap bole kemas rumah lagi , masak tuk esok (utk hari trip).
Kesimpulannya aku rasa ubat ni tak macam ubat2 yang aku pernah makan dulu...cepat bertindak. Kalau kita makan pain killer mmg la bole baik tapi bila abis dos jek sakit balik..tp ni tiada kesan sampingan dan penyakit tak berulang..tp aku tengok gak la...2-3 hari ni esp bulan depan aku kena lagi tak camni...kalo aku tak kena lagi iA aku nak teruskan makan ubat...w/pun mahal tapi berbaloi sbb kalo beli ubat murah pon tak ada kesan, bazir duit je kan...baik beli mahal sket tapi pueh hati.
Lagi satu tadi aku g skegness..berjemur satu hari...slaunya balik sure nyut2 kepala ni kan cma nak pecah..tapi arini tak pulak...pelik gak.

Aku ni bukannya nak promote supp ni sbb aku bukan ahli pon aku pon tak jual mende ni..tapi cuma nak share sesuatu yang bagus dengan kawan2...taknak la sihat sorang2 kan. IA kalo perubahan tang mana2 lagi nanti aku share lagik ngan kawan2 semua ye

Tuesday, 30 June 2009

General Practitioner

Memulakan minggu terakhir dalam bulan Jun ini bukanlah mudah bagiku. Pelbagai agenda telah diatur untuk memenuhi keperluan musim panas ini. Minggu yang ditunggu oleh anak2 pada 26/06/09-28/06/09, menyaksikan perkhemahan di Hull yang telah aku singkatkan kepada 1 malam sahaja. 4 hari sebelum jadual terlaksana aku diserang demam bisa2 badan, Mujur tidak berlanjutan. Setakat 2 hari saja. Alhamdulillah perkemahan dapat diteruskan mengikut jadual.
Sehari sampi dirumah, aku diserang bisa2 tulang lagi...tak sanggup aku menanggungnya lagi...appoiment GP aku atur, setelah bercakap dengan lady doktor lewat telefon, aku diberi appoiment pada keesokan harinya. Berteman suami terchenta, aku meluahkan segala2 agar dapat dikesan apa puncanya...tp tulah....nak wat camnekan...dah memang aku begini. SEtiap kali kitaran itu datang kesihatan aku juga terganggu..dr Silgram kata tak ada apa yang bole dibuat melain kan makan ibuprofen kalau sakit. Aku berdoa emoga kitaran bulan depan Allah akan permudahkan urusanku. Sekurang2nya aku bersyukur aku dilindungi dari penyakit2 berbahaya yang tidak diingini.
Berlandaskan rasa belas, suami aku bercerita tentang keletihan dan mengah2 yang aku selalu alami setahun kebelakangan ini. Aku tak rasa ianya satu penyakit, berangapan mungkin aku sudah berusia, rela aku pendamkan saja dari bercerita denga doktor. Tapi suami berkeras bercerita, akhirnya doktor mengarahkan folow up untuk ambil sampel darah sebab aku ada history blood lost dan pengsan tahun lepas, so doktor suspect darah aku kurang normal dari yang sepatutnya. Appoiment dibuat dan esok aku ke Marry Potter lagi untuk ambil sampel darah. Semoga segalanya normal dan aku sihat seperti sediakala. Amin..

Wednesday, 24 June 2009

Kularik bait2 ayat dengan berat sekali

Tak larat rasanya nak ku larik jari-jari ini.menulis bait2 ayat, kerana sesungguhnya sejak 2 hari ini datang dugaan yang mencabar kesabaran. Hakikat manusia sering pasang surut. Sakit2 otot dan sendi2 tulang membantutkan segala gerak geri.
Erat suami dan anak menemani disisi, rasa melayang separuh bisa-bisa itu. Sememang Allah lebih mengetahui...Amin...semoga Allah mengampuni segala dosa2ku yang telah lalu dan menjauhinya dari diulangi.

Friday, 19 June 2009

Melentur Buluh Biar dari Rebung

Selalu aku perhatikan gelagat si kakak....sememangnya agak kasar pada adik2. Bersifat mengarah dan menggunakan statusnya sebagai aset untuk mengatur adik-adiknya. Si Kak Cik pula lebih manja, tapi terkadang terlebih-lebih. Dulunya sangat cerewet dengan kebersihan tapi kini agak tidak peduli dengan itu semua. Si bujang yang seorang ini mempunyai karektor yang tersendiri, tidak banyak meluahkan tetapi banyak memerhati. kurang bercakap tapi agak tepat sesekali meluah rasa. Si bungsu ini pula memegang karektor yang tiada pada yang lain. Mempunyai pendiriannya tersendiri yang tegas dan tidak peduli orang kata. Manja tapi tidak mengada-ngada.

Seingat aku, aku mencorakkan mereka dengan pendekatan yang hampir sama tetapi tetap mempunyai sentuhan yang berbeza mengikut kesesuaian. Persoalannya adakah betul kaedah yang aku semai selama ini?..Aku tidak mahu "Sudah terhantuk baru terngadah". Melalui pembacaan-pembacaan...rata-rata mengunapakai teori lembut dan berhemah. Tapi aku ??.
Aku suami isteri agak keras sedikit pada anak-anak, tetapi pada masa yang sama tetap membelai mesra mereka. Masa beriadah tetap diluangkan, bermain bersama, menonton bersama malah berkongsi hobi yang sama.

Betulkah caraku ini??. Aku sangat takut tidak dapat memegang hati-hati mereka bila remaja seterusnya dewasa nanti. Terlambatkah aku?

Tuesday, 16 June 2009

Batang keladi masak asam

'Berapa harga seikat ni?'...60p jawab pakcik yang menjual di carboot sale tu. Dalam hati berkata, cam murah jek....tak tau pulak kat kedai berapa harganya. Tak pernah beli pon.


RHUBARB

Macam dah lalu-lalu kat tekak ni sayur batang keladi masak asam. Ya Allah sedapnya. Dah hampir 4 tahun ni tak makan makanan kegemaran aku tu. "Agaknya kalo masak asam Rhubarb ni sedap tak bang, agak-agak rasa macam batang keladi tak ek". Aku berpaling meminta pendapat suami. "Entah lah, kalo nak cuba beli la satu", balas suamiku.




"Biasanya uncle masak apa Rhubarb ni?", Tanya aku lagi pada pakcik penjual sayur tu. (setelah aku translate ke dalam bahasa melayu. Biasanya rebus kemudian makan bersama custard, tapi saya tak tau la macam mana nak masak nya". jawapan yang jujur dari pakcik tu. Aku pon jawab, "Mestilah pakcik tak tau masak, tapi yang pastinya pakcik pandai makan kan?". Sela aku ingin berseloroh. Berderai ketawa keluar dari kerongkong pakcik yang sudah berkedut itu.

"MMMmm...baunya cam jadik je ni"...aku menhirup kuah yang masih belum mendidih itu...."Wah sedapnya..sebijik macam batang keladi". Alhamdulillah..sepanjang2 aku masak tu tak putus berdoa supaya Allah bagi izin rasa Rhubarb seiras batang keladi. Aku pon tutup periuk dan tunggu Rhubarb mendidih. Bila mendidih je aku pun buka tudung untuk merasa. "Masya Allah.....masamnya".

Kesimpulannya tunggu saje lah masa balik Malaysia nanti baru dapat menikmati asam pedas batang keladi. Walaupun /rhubarb tu sekali pandang macam batang keladi tetapi teramatlah masam. Alhamdulillah Allah menambahkan lagi pengalaman aku dan aku dapat ilmu baru hari ini, walaupun hanya ilmu bahawa Rhubarb itu masam.

Friday, 12 June 2009

Bekal akhir kalam....

Memang selalu aku memikirkan soal ini. Berlegar-legar dalam kotak fikiran yang tak sebesar mana. Tapi jawapannya memang telah tertulis di Loh Mahfuz.....Aku...memang telah ditakdirkan berkahwin dan hidup tenang dan damai disamping suami tercinta dan anak2 yang menyemai subur benih kasih sayang. Tapi kenapa aku selalu mempertikaikan kisah silam aku...Tidak bersyukurkah aku???....
Jauh telah kulemparkan kekesalan itu, tetapi dia kerap datang bertandang berbisik di cuping ini. Apa agaknya yang aku keluhkan lagi...memang ternyata aku memang berada di 'Zon selesa' sekarang ni...tapi...cuma sekadar melayan angan2. Mungkin kerana di kala ini aku dikelilingi dengan insan-insan yang bergelar siswazah membuatkan aku seakan ingin membongkar sejarah silam.
"Abang....kalau ayang masuk 'U' dulu...pastu..pegang ijazah, abang izinkan ayang keje tak?... Selalu aku menduga suamiku dengan soalan-soalan seperti itu. Walaupun aku dah tau jawapannya, tapi aku suka sangat bertanyakan soalan yang sama.
"Nasib tak apply 'u' kan dulu kalo tak penat jek belajar", dan itu lah juga jawapan yang bakal dan telah keluar dari bibir ini. Suami aku ..macam biasa, berwajah selamba sambil menyuap setiap ulas nasi ke mulut dengan penuh selera..manakala aku yang selalu menemaninya makan akan sibuk bertanya soalan2 yang seangkatan dengannya sewaktu dia makan. Alhamdulillah dia tak pernah berdengus atau mencebik walaupun dia tau soalan aku itu hanyalah kerenah aku ingin menduga hatinya.
Apatah lagi sekarang ni , aku dikelilingi dengan mereka2 yang cerdik pandai. "Ahh....ruginya aku tak menyambung pelajaranku ke menara gading". Tapi,.....itulah yang dikatakan takdir. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Allah juga mentakdirkan aku bertemu jodoh dengan lelaki yang mempunyai pendirian tersendiri terhadap keluarganya, dan sebagai isteri ,...aku bersyukur kerana terpilih untuk mendampinginya.
Harapanku sekarang untuk melihat anak-anak aku berjaya dunia dan akhirat. Harapan seorang ibu yang mengangani anak-anaknya ke menara gading. Walau apa pun selepas itu jika ditakdirkan mereka berkhidmat sepenuh masa untuk suami...aku adalah insan yang paling gembira.
Masihku ingat lagi ulas-ulas bicara yang keluar dari bibir suamiku, "banyak ganjaran Allah beri bila ayang berkhidmat untuk suami dan anak-anak", .."Kenapa tidak ayang jadi suri rumah yang celik IT dan mendidik anak-anak sendiri, bukankah kepuasanya luarbiasa". Jawapan itu lah yang akan mematikan setiap soalan yang menantikan jawapan. Baris-baris ayat ini aku jadikan obor untuk kunyalakan api keazaman agar di akhir kalam nanti aku tersenyum senang dengan kejayaan anak-anak dan redho suami. Amin

Coobaaannnn


Hari ini 12 Jun 2009..tah nape tah aku tetiba jek nak create blog....dah lama dah pasang niat tapi tak gak sign up...bila dengar banyak komen2 dari sahabat kat msia kata FP..kata macam siput sedut kalo nak upload gambo..tu ler aku buat blog ni...kira ni test power la ni...



Alhamdulillah...puas hati dan gumbira sekali hari ni sebab rasanya dah berjaya mengcreate satu blog...puas sepagi2an aku mengodeh blog ni...akhirnya.....dapatlah aku lihat hasilnya..tp aku rasa belum puas hati lagi..aku nak touch - up sikit sana sini...supaya lebih chantek...
sebenarnya aku nak jadikan blog ni semacam diary peribadi aku....kat fp aku lebih byk letak gambar2..tp kat sini aku nak lebih banyak menulis...kena bermula dari sekarang....azam nih!!
Cukuplah buat permulaan ni...