Saturday 21 November 2009

Jangan fikir cetek

Hidup ini kadang2 sangat pelik...hakikatnya kita sendiri melayari hala tujunya...tetapi mengapa susah untuk kita menghala kemana2 saja yang kita suka?...Mengapa kita perlu memikirkan orang lain natijah dari sesuatu keputusan yang bakal kita ambil...sehinggakan menjadi lemas dengan kemelut kebuntuan.

Kita bole hidup bersahabat...tetapi ada kalanya kita juga boleh hidup sendirian. Adakalanya sendirian itu bosan tetapi adakalanya sendirian itu lebih mendamaikan. Semasa tamat skolah, aku seakan2 terumbang ambing tanpa seseorang yang boleh aku gelar sahabat. Sehingga satu detik aku dikurniakan Allah dengan seseorng yang bernama sahabat...tempat mencurah rasa dan derita. Namun tak kekaal lama...ikatan ini dirampas oleh orang lain....aku tak kisah kalau nak menambah sahabat...tetapi aku dibuang terus. Telah pelbagai cara aku usahakan untuk menyelamatkannya...tetapi dia memilih orang baru...aku tak berhak memaksa..hanya air mata penawar duka...

Persoalannya perlukan membuang sahabat yang ada hanya kerana ingin menjalinkan ikatan bersahabatan dengan yang baru?...

Sehingga suatu ketika...aku dikurniakan Allah sabahat sejati yang menjadi teman seumur hidupku InsyAllah...dialah kekasih, sahabat yang sangat setia susah dah senang. Semoga Allah tidak menarik nikmat ini dariku...

Biarlah sejarah silam bersahabat menjadi panduanku menempuh hari2 mendatang...sesungguhnya sangat pedih tetapi harus kutelan dengan kemas supaya tidak menjadi barah dalam diri ini

3 comments:

teratakmuslaily said...

kakcahaya... berkawan biar seribu berkasih biar satu... makin rapat kita dengan seseorang, makin kita mengenali yang mana kaca yang mana intan... Insya Allah besar ganjaran ALlah padamu yang begitu menghargai erti persahabatan, walau dalam kemelut yang parah..

mrshenri said...

setuju ngan kak laily... insyaAllah kita ada each other sekarang... harap korang rakan sejati yg aku cari2 selama ni...

Anonymous said...

Kunci utama persahabatan adalah keikhlasan dalam menjalinkan ukhuwah; tidak mengenal umur, pangkat, harta dan kebendaan. Semoga ukhuwah yang terbina di negeri asing ini akan kukuh ikatannya hingga ke akhir hayat. Wallahualam.

Gban.