Wednesday 25 January 2012

Ubahlah sikap wahai guru, ibu bapa dan murid

Assalamualaikum semua

hari ini 26hb Jan 2012 ~Khamis

Anak2 dah start sekolah, tapi umairah masih cuti lagi. Cuti pjg camni..dia kene la ambik kesempatan utk ulangkaji kan..almaklumler byk yg tercicir.

Ari ni aku rasa cam nak meroyan la sikit, bole tak?
Mlm tadi aku borak2 ngan anak2 masa minum2 mlm. Sebelum tu aku terjumpa kat buku hud cikgu tulis perkataan "Tak Siap"...."Malas" .... puyoooo punya baik bahasa. Bknkah bahasa melambangkan keperibadian seseorang.
Kalau ye pon anak aku tak siapkan kerja, tulis la peringatan yg membina. ini tak...guna perkataaan -ve camtu..Aku tak puas hati sbb aku tak penah guna perkataan yg -ve pd anak2, tp anak2 slalu bwk balik perktaan dr sekolah dan tnya apa makna. so aku tak ske la .. eloknya mrk dpt bezakan yg baik dan yg buruk. tp mujur juga anak aku jenis semua apa yg berlaku disekolah, kalo dia diam je dan guna pakai perkataan2 tu sume camne?..salah aku ke?

Kalau cikgu dah bersikap -ve begini macamana nak lentur anak2 kecil yg sedang absorb semua bende dari sekelilling?..camne anak2 kita nak dpt input2 yg baik dari role model mrk iaitu guru?

Aritu anak aku citer, cikgu panggil kwn dia "jantan gedik"..hishhh...anak aku siap tanya makna lagi.
Pada aku cikgu2 ni sepatutnya kene tunjuk cth tauladan yg baik pada anak2 ni. camne nak bentuk jadi baik kalau cikgu sendiri pon camni.

Hasiihh harus dibawa ke peringkat mesyuarat PIBG ni...
alamak aku dah terchat ngan kwn aku plak ni...tumpuan utk menulis sudah hilang...nnt senang2 sambung la

salam

Thursday 19 January 2012

Apa keputusannya?? Nilam Maisarah

Assalamualaikum semua yg sudi membaca blog ini..mm ade ke?...

Hari ini hari Jumaaat yg sgt mulia bersamaan 20hb Jan 2012. Kejap je dah nak habis januari, betapa cepat masa berlalu, nnt tiba2 aje masuk mid year,,tetiba plak org sibuk tanya azam baru, maknanya nak masuk 2013 pulak. Masya Allah inikah juga tanda2 akhir kiamat ke?.

Well apa pun hari ini aku nak story mori sket tp sebelum tu nak kasik tau je, hari ni nak blk kg, mlm kg...bila lagi nak balik kan. Lepas ni aku rasa mmg susah sikit sbb anak2 aku nak peksa, sah2 ler kene g kelas2 tambahan yg dianjurkan oleh pihak sekolah. Anak2 aku mmg tak de plan aku nak hantar tuisyen, tp kalau sek ada wat kelas tambahan tu aku tanak la lepaskan peluang. Pasni entah bila lg dpt balik kg..so amik la kesempatan cuti pjg dan sementara anak2 lom start bz sokmo.

Haaaa....ada perkara sebenonya aku nak citer...mls nk taruk lam fb sbb mls nk kecoh, cme taruk kat sini utk kenang2an...lgpon tak ramai follower kurang la sikit keseganannya.
Semalam 19hb Jan 2012 adalah hari yg sgt ditunggu oleh Nilam Maisarah Md. Nazri. Segala jerih perihnyer berhempas pulak selama 8 bulan akan menampakkan hasilnya. Dari mula masuk sekolah agama dengan tidak tau menulis bahasa jawi, hanya berbekalkan kemahiran membaca al-Quran. Maisarah sgt berusaha keras utk mendapat 8A dlm UPKK. Kalau nak compare ngan bdk2 lain sudah pasti dia ketinggalan di belakang sbb 4 tahun tak sek, tetiba masuk trus menghadapi peperiksaan besar. Tentulah sesuatu yg menyakitkan bagi dia. Tapi alhamdulillah dia tak putus asa dan terus berusaha. Masa percubaan hari tu dpt 7A1B. B tu sirah, aku mmg kecut perut sgt trial sirah dpt B, bila abis exam pulak dia kata dia tkaut sgt arab sbb sgt sussah. Ini juga diakui oleh cikgu, setkat ni soklan arab tahun ni adalah yg paling susah sbb pihak jabatan tukar format. MMMmmm pasrah je la kan.

jadinya petang smlm ibu bapa dijemput hadir utk mengambil keputusan anak2 masing2. Pukul 3.30 dah bule dtg sekolah. Alhamdulillah w/pun tak dpt keputusan penuh, tp dia berjaya dpt 7A 1B, dan seperti yg dijangka bahasa arab adalah penyebabnya. Cikgu kata seluruh melaka keputusan merosot sbb pertukaran format ni. Cuma 3 org aje yg dpt 8A...dlm sek maisarah tu..tu pon dgr citer bdk tu mmg tuisyen bahasa arab.
Apa pun aku tetap berbangga sbb dlm masa yang singkat dia berjaya membuktikan dia boleh mendapat kejayaan sentanding dgn rakan2 lain yg memang sekolah kat situ sejak darjah 1. Agak2nya kalau dia sekolah dari darjah 1, mungkin kah dia bule score straights A?...hehe...mana ada kalau2 la.....terima seadanya...alhamdulillah.

Kalau satu hari Maisarah baca entry ini..Ibu nak ucapkan tahniah kepada anak ibu ni kerasa semangat dan usaha keras yang maisarah tunjukkan. Keputsan 7A 1B ini jadikan perangsang utk Maisarah score dalam UPSR pulak ye...aminnn..moga menjadi anak solehah dan berjaya dunia dan akhirat.aminn

Saturday 14 January 2012

Aku buat survey syiok sendiri

Assalamualaikum

hari ini 14 Jan 2012 ~ Sabtu

Hari ni aku nak citer pasal 2 hari lepas aku ada letak kat status fb, saja je nak tanya sahabat diluar sana s/ada perlukah anak2 kita utk dihantar tuisyen atau tidak.
Rata2 mengatakan tak perlu tapi tk kurang juga yg kata perlu. Hasil dari survey itu aku dapati 8 org menyokong tak perlu tuisyen, manakala 6 org kata perlu tuisyen.
Ada bermacam2 alasan mereka kemukakan, semuannya logik dan boleh diterima pakai. Setelah aku baca semua komen2 tu rasa lega sikit sbb sekurang2nya aku dpt idea pro n kontranya.
Pada aku adalah lebih baik tidak dihantar tuisyen kerana anak2 dpt perhatian secara langsung dari ibu bapa. Juga parents dpt mengesan kekuatan dan kelemahan anak2. Bukankah anak2 sememangnya menjadi tanggungjwb ibu bapa. Tetapi tidak dinafikan bukan mudah melaksanakannya. Ianya melibatkn komunikasi 2 pihak dari anak dan ibu bapa itu sendiri.
Mungkin ramai yg kata surirumah mcm aku mmg bule la nak aplikasikannya, tp tak mudah bagi yg bekerja. mmmm Mungkin juga, tetapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Aku bercakp ni bkn dari pengalaman sendiri, tapi setelah mendengar pengalaman dari rakan2 yg berpengalaman, mereka mampu melakukan, malah anak2 mereka mendapat kejayaan besar. Bukankah itu sesuatu yg membanggakan. Aku percaya anak2 adalah cermin ibu bapa.

Ramai juga diantara mrk yg bekerja dan menghantar anak2 tuisyen dgn guru tuisyen yg hebat2 tp kejayaannya tak seberapa. Ada juga yg tidak bekerja tp ttp menghantar tuisyen dgn alasan ssh mengajar anak sendiri sbb tidak mendengar kata. Bukankan itu semua adalah alasan, mrk hanya mencuba 2-3 kali kemudian menyerah kalah. Sbb scenario ini aku perhatikan, yg pergi tuisyen dan yg tidak pergi tuisyen mendpt kejayaan yg sama, apakah maknanya ini?..Bg yg menghantar tuisyen ini jwpn mrk sudah tentu "anak ko pandai, sbb tu bule score walau tak tuisyen".."anak aku ni kalo tak tuisyen , .... mmmmtak tau la camne tah".
Brapa ramaikah yg sebelum membuat kesimpulan, bertanyakan dulu apakah peranan ibu bapa disebalik kejayaan pelajar itu sendiri?..
Aku mmglah tidak boleh menunjukan atau membuktikan langkah ini berkesan sbb tak tau lagi nasib anak2 aku tp ramai yg aku dah tanya, maka inilah kesimpulan yg aku dpt buat.

Ada satu keluarga ni yg mana ibu bapanya sibuk bekerja, tetapi anak2 ini bernasib baik krn duduk berjiran dgn nenek yg mmg tak bersekolah tinggi. Apa yg istimewanya nenek ini ialah dia sentiasa menemankan cucu2nya mengulangkaji pelajaran, memasakkan jika si cucu ni teringin nak mkn apa2 akibat keletihan mengulangkaji. Anak2 ini dihntar tuisyen agak intensif juga oleh ibu bapanya. Alhamdulillah setiap kali peperikasaan anak2 ini mendpt kejayaan cemerlang, ibu bapa mrk sungguh gembira dan bangga, mgkin mrk yakin akibat tuisyen, doa nya anak2nya berjaya. Tapi dari kacamata aku sebagai pemerhati, aku rasa kehadiran nenek ini memberi impak yg sangat besar, dan berani aku katakan belum tentu anak2 ini berjaya jika nenek ini tiada. Kenapa aku kata begitu?
Baik. cuba kita fikirkan, anak2 inisering merungut kedua ibu dan ayah mrk sibuk dgn tugas, mrk rasa terpinggir, tp disuruh utk mengulangkaji bila ibu bapa tiada. Tanpa pemantauan si nenek ini belum tentu mrk mengulangkaji, mrk juga mendpt kata perangsang dr nenek ini, juga tempt utk realease tention dan melepas lelah, air disediakan oleh nenek bila mrk letih n mengantuk.

sebab itu aku kata pemantauan adalah lebih penting berbanding melepaskan tanggungjwb sepenuhya dipusat tuisyen. Nak tuisyen boleh, tapi ibu bapa tetap kene memainkn peranan memantau hasil dr tuisyen itu sendiri, memandau waktu rehat, waktu menonton, main, dsbg. Sebab itu mrk yg menghrpkan bulat2 kpd tuisyen mendapi keyaan kurang, tp yg menghantar dan membuat follow up dirumah mendapat hasil yg lebih baik. Itu pendapat aku.
Seandainya ibu bapa itu sendiri dapat memantau dan mengajar mana2 subjek yg anak2 tidak faham, sekaligus dpt memberi motivasi secara berterusan kepada anak2, seemstinya ini suatu yg bonus di pihak anak2. Juga ibu bapa krn mrk dpt memerhatikan perkembangan anak2 dari peringkat awal dan cepat bertindak jika ada sesuatu yg merisaukan.
Ini adalah satu2nya yg paling sukar dilakukan, terutama bg mrk yg bekerja, tetapi ada yg telah melakukan, bermakna ia tidak mustahil.

kalau boleh aku simpulkan disini sebagai:-

1. bagi aku mrk yg berkerjaya boleh menghantar anak tuisyen tapi sentiasa membuat pemantauan. Ini adalah lgkh yg bijak krn mrk mempunyai kekangan masa tp dlm waktu yg sama tidak lepas tangan.

2. Mrk yg tidak bekerja sedaya upada upaya utk mengambil tanggungjwb sepenuhnya mengajar dan memantau juga sebagai pakar motivasi utk memastikan semangat anak dan diri sendiri sentiasa diperingkat maksima. Ini penting utk mengelakkan hangat2 tahi ayam dan akhirnya anak2 menjadi mangsa.

3. Ada juga yg tak bekerja tp merasakan langsung tidak dpt menyumbang apa utk perkembangan pelajaran anak, tetapi mrk mampu memantau pergerakan dan jadual anak, aku rasa golongan ini boleh menghantar tuisyen semata2 utk memastikan anak2 tidak ketinggalan dalam pelajaran. perlu diingt tugas2 yg lain harus diteruskan utk memastikan anak2 masih mendpt input luaran dr ibu bapa.

4. hindarkan dari sikap beralasan, sdgkan kelemahan itu sebenarnya dtg dari kita sendiri

Sekian dari bilik berita..wasalam

Thursday 5 January 2012

update skool anak dan bapak anak

Assalamualaikum semua

hari ni 6 jan 2012

mmmm diam tak diam dah masuk tahun baru dah...terasa diri semakin tua, tp amalan masih cam orang muda...astaghfirullahalazim....

Hari ni aku nak update anak2 sekolah. Kakak masuk form 3 tapi dia sedih sbb best friend dia kene turun kelas jadi monyok la sikit minah tu. Aku harap sangat dia dpt score dlm PMR ni...
Maisrah pulak masuk tahun 6, pun nak menghadapi exam besar, UPKK pulak cikgu ckp dpt result 12hb jan ni. Yng aku risau sikit ni dia kene jadi ketua kelas pulak, monyok je muka dia kene jadi ketua kelas. tak suke sbb byk keje kene buat, slalu mengganggu waktu kelas.
Hud skrg masuk tahun 4, satu berita gembira sbb dia dpt naik kelas pertama iaitu 4 arif. sronok sgt dia sbb kununnya dpt buktikan pada teacher yg dia bule buat. Tapi yg tak syiokya dia kene jadi ketua kelas pulak.. adeeehhh la hai, anak aku tu dah ler mmg tak amik pot mende2 camni. dia bknnya nak amik tau pasal org sekeliling, ini pulak nak soh dia jadi ketua. C?amne dia nak tegur bdk2 lain sedangkan bukak mulut pon susah. Nanti cikgu pulak demand macm2 ngan ketua. mm entah la fenin aku.

Dhia pulak yeyeyyyy... thaun ni dia masuk tahun 1. sronok aku sbb dia tak de mslh, smooth je. tak nangis, tp ada la meragam komplen mcm2 tp aku wat tak tau je. Smlm dia komplen sek lama sgt. itu pon aku ad hati nak hantar dia g sek agama hehehe. kalo aku hanto tak tau ler cmane dia, lagi la lama sek, pagi sampai petang.

Aku harap anak2 permata hatiku ini menjadi anak soleh/solehah dan cemerlang dunia dan akhirat...aminnn

haaaa habis kes anak, ni nak masuk bab bapak pulak.. lately ni dia slalu tak sihat, ni dah 2 hari x mkn nasi, diarhea dan rasa kembung nak muntah. so dia bedal ritu je , tu pon sikit2 je.
Pepagi tadi kul 8 pg dah tepon aku, ada berita gembira katanya, soh aku teka plak, ishh tak terjangkau dek akal la pulak.. rupa2nya dpt berita dari examiner, katanya derang satisfied ngan correction. Dia kata cam tak percaya plak dia dah siapkan corrections tu, apa plak tak percaya kan, dah terbukti berhempas pulas skrg hasilnya, tp dia masih tak caye yg dia bule buat rupanya. Alhamdulillah pada nikmat Allah yg memberi kejayaan.

update aku?..hehe aku ni korang tau ler mana ada blajar2... gini ler tp harini aku cukup sebulan keguguran. so kira dah sihat bebeno la ni.. tp kalo ikut mak aku mesti dia kata blm habis pantnag. ikut aku 2 minggu je pantang betul2.. nak masuk 3 minggu tu dah kuar ke sana ke mari dah. abih takkan tak kuar cmane nak uruskan pembelian buku anak2, g pasar, dan mcm2 lagi la..
skrg idup aku back to normal, pepagi camni kesunyian sambil mengemas2 umah, slalu kakak ada umah sbb sek ptg, tp skrg sume dah sek pagi..tersangatlah sunyinya..kalo ikutkan hati mau aku bongkang je, bkn ada sapa nak ngacau pon nak ngacau pon tapi barang diingat sapa nak ngemas umah, masak, basuh kain....haiiiiishhhhh kene kuat iman, kerja! kerja!


ok la till we meet again
salam