Sangat tersentuh melihat pasangan2 yang bercerai berai walaupun kelihatan bahagia dan dikurniakan anak2 yang sihat belaka. Kalau di kalangan artis2 biasa tidak lah aku kisah sangat....tetapi bila berlaku dikalangan insan yang boleh dianggap bersih akhlaknya membuatkan aku rasa cuak dan sangat terkilan.
Tak dapat dinafikan Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan tetapi asbab yang disaksikan oleh manusia sejagat menyebabkan aku sedikit pilu. Betapa seorang bapa boleh menceraikan isteri dan suri hidupnya yang setia selama berbelas tahun...dan mengandungkan benih2 cinta mereka hanya kerana seorang wanita lain yang lebih muda. Baru sedarkah isteri yang ada tidak cantik?.
Sedang bekas isteri belum lagi habis edah...si suami sudah membatalkan air sembahyang dengan isteri baru...Berdiri disebelah seorag dara meleret manja dibahu sang suami.
Ahh.....betapa remuk redamnya jiwa seorang bergelar janda yang diceraikan isteri bersama anak2 nya, melihat hari bahagia sang suami berulang kembali. Sedang diri masih terkial2 meminta nyawa...
Serentak aku bertanya pada suamiku yang belum lena disebelah. "Abang....abang sampai hati ke buat cenggini?... Suamiku meleret senyum tanpa membuka mulut.
"Cakap la....abang sampai hati ke?". Sekali lagi dia tidak menjawab.
Entah lah aku pon tak tau..kenapa aku rasa begitu pilu melihat gambar sang suami diijab kabul walhal si isteri belum habis edah lagi. Dia bukan saudara maraku...atau kenalan rapat...tapi dalam keadaan dia sekarang aku seperti dapat merasa kepedihan itu...Waullahuaklam....semoga dia tidak selemah aku...Semoga Allah beri dia kekuatan untuk menjalani hari depan bersama anak2nya. Juga Allah buka pintu rezekinya dan pelihara dari fitnah.
Tidak kira siapa pun suami kita...selagi kita bergelar isteri...risiko untuk berkongsi kasih sentiasa ada...terpulang kepada penerimaan masing2. Tetapi ingatlah bermadu itu Sunnah dan jangan membelakangkan Sunnah hanya kerana emosi dan amarah kita...
Waullahuaklam..
8 comments:
Cahaya,
He..he.. tak sangka ada orang rasa macam akak juga... sedihh... dulu akak suka si isteri (sekarang) itu.. sekarang, terus jadi hilang respect... sebab kesian anak-anak.. dah le ramai.. kalau mengikut cerita-ceriti..langsung dibiarkan. Rasa kecewa.. sebab ceramah prang..prang.. cakap tak serupa bikinn...
hehehe... sabar ye puan puan... itu kisah keluarga orang kita hanya mampu menghulur simpati shja... mmg kasihan nasib bekas isteri habis manis sepah dibuang... mudah2an suami2 kita tidak begitu... Insya Allah...
tu la kan..tak tau nape saya emo snagat kak...camne leh tergamak buat camtu...macam lah ada salah besar yang dibuat bekas isteri ni..hanya kerana 'jatuh cinta lagi' sanggup melupakan yang telah berbakti berbelas tahun. Tak bolehkah berkorban perasaan utk anak2...rasa cinta akan padam kalau tak disemai...betul tak?
laily...harap2nya suami kita tak begitu lah..bukan menolak takdir tapi kalo betul2 mampu bermadu...lakukanlah dengan sempurna dan adil mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
kak, ni kes saper nikah ni kak?
ha'ah tul tu...snggp membelakangkan isteri anak2 yg da hidup bersama bertahun2...yg si anak dara pun agak2 le..eeee...ikutkn mmg emo dgn dorg2 ni..
mrshenri...tak kan le org kt uk ni lg up to date dr org kt melaka???
haha tul tu fara....mrs henri ni cerita punya malaysia mari la....bukan sini uk punya worang bikin hal tau...
ooo citer artis ke ni? biasalah aku dgn dunia hiburan ni memg selalu tertinggal ketapi.
btul tu kak cahaya..bermadu itu sunnah..walaupon pahit..kena telan jugak.
ditinggalkan sebegitu rupa lg..lgla pahit.mudah2an bekas isteri tu sabar.ameen.
agaknyer diorg (psgan br tuh) xigt kot..donia ni..pinjam jerk.wallahua'lam
Post a Comment