Tuesday 30 April 2013

DEMAM PRU13

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

HARI INI HARI SELASA BERSAMAAN 30/4/2013


Alkisah musim pilihan raya menjelang setiap 5 tahun sekali..umur dah 39 th..tp baru mengundi sekali aja..memula tu lmbt daftar ..pastu kat UK..ni barulah nak ngundi lagi.

Kadang2 aku malas nak amik pot pasal politik ni..tp dah nama duduk kat tanah air sendiri pandang kiri nampak bendera..pandang kanan nampak bendera. Jadinya terpaksalah juga pandang dan tak boleh la nak tutup telinga...nnt pekak pulak..ada orang mintak tolong pon tak dengar kang.

Tapi mana2 yang boleh dielak tu mmg la aku malas nak enngok. Hentam sana..hentam sini..
Fitnah sana fitnah sini.
Lebih hebat lagi kali ni artis pon ramai yg terlibat sama..baik memihak kerajaan mahupun pembangkang. Rata2 yang berpihak pembangkang ni adalah dari kalangan yang telah insaf dan kalau yang perempuan..sudah berhijab. Ada juga yg kata kalau pembangkang dalam erti kata lain pas memerintah musnah lah dunia hiburan.. Dari cara cakap tu kita yang berakal ni mesti boleh fikir bahawa mereka ni mmg tahu bahwa apa yang mereka buat tu salah..tetapi mrk tetap buat demi desakan nafsu mengejar kekayaan. Jelas kan!!
mereka hanya takut kerana akan menjejaskan periuk nasi mrk..betapalah sempitnya pemikiran..aku igt terpelajar sangat..rupanya msih duduk dalam kotak sendiri.
Bukan kah bagus jika industri hiburan kita berlandaskan islam. tidak ler kita nak tgk tv pon takut sbb banyak sangat aurat2 yang tidak terjaga. Imej mrk dijadikan ikutan oleh para remaja. Remaja rasa mcm up todate jika berpakaian ala2 artis..masing2 sibuk nak glamor. Aishh malas la nk ckp banyak... ku rasa korang pon semua dah maklum...
aku cme nak catatkan detik bersejarah ni dalam blog ni utk kenangan 5 thaun yang akan datang..entah ada umur entah tidak nak ngundi lagi 5 tahun.  yang lagi beberapa hr ni pon belum tentu masih bersisa nyawa..moga Allah beri kesempatan .

Moga Allah beri kejayaan kepada pihak yang benar. Hanya Allah yang mengetahui siapa benar siapa salah

Selamat mengundi pada 5 mei 2013~ahad~
Nazri mengundi di pontian P164 ~N54
Aku mengundi di Kulai P163 ~ N51

hati2 memandu ya kawan2

wasalam

Wednesday 3 April 2013

hari hari cikgu main bola

Assalamualaikum semua

3 April 2013 ~ Rabu

Esok genap sebulan blog ini tidak berpenghuni. Untuk tidak memecahkan rekod memalam buto ni haruslah aku mengagahkan diri untuk menulis bahan baru. Terasa banyak sungguh hendak dikongsikan disini sebenarnya..tapi bertangguh dan bertangguh sudahnya lenyap ditelan waktu.

Tidak lah banyak perkara menarik, hanya rutin yang biasa. Tetapi sesuatu yang baru dan menuntut waktu yang lebih adalah biz online aku. Nampak macam tak de apa2 kan. Tapi opis hour aku..cewahh tidak menentu. Kadang2 pukul 11-12 malam pon kalau ada customer, haruslah dilayan, walaupun mata dah kelat ayam. Tuntutan2 tambahan ini membuatkan masa amat terbatas.

Tambahan pula hobi membaca novel aku tidak boleh dipinggirkan. Weekend lepas aku baru saja beli 2 bijik novel tebal dan ada satu yang dipinjam. Gara2 novel itu akan diadaptasi dalam bentuk drama haruslah aku bacanya dulu..baru feeling masa tengok tv nnanti. kadang2 tu demi melunaskan tuntutan napsu serakah aku membaca..haruslah aku korbankan agenda kemas mengemas rumah..salu asik mengelat saja. Kalau dulu sebelum aku buat biz online ni satu novel buleh habis dalam 2 hr..tp skrg tidak..mau 1 minggu baru selesai.. sekarang ni pulak ada tuntutan nak siapkan baju anak2 yang menunggu 4 pasang. Untuk nampak rumah tidak bersepah sangat aku hanya buat perkara2 wajib sahaja
kalau dulu rutin aku
basuh baju,cabut rumput jahat, siram pokok, sapu dan kemas luar, cantas pokok, sapu dalam, mop, sidai kain, masak, di samping kluar masuk amik anak sekolah , gosok baju dan macam2 lagi.
tapi sekarang masa harus diperuntukan utk biz on9
pepagi mesti bukak labtop..kao ada customer haruslah terbengkalai kerja2 rumah..yang penting siap masak dan basuh baju. Kalau kurang customer baru lah aku buat kerja2 yang lain tu.
Malam pulak haruslah siapkan kerja2 menjahit, petang aku luangkan utk baca novel..sambil amik anak sekolah berenti kat traffic light pon aku sempat lagi baca. malam pulak terpaksa korbankan waktu tido untuk membaca..kalau tidak 9.30 harus aku dah bobokzz
ni plak dah masuk bulan 4..cita2 nak ganti langsir...kene survey dan haruslah mengadap plak nak menjahitnya nnt kan..nak menjahit baju2 raya lagi..bulan 5 nnt nak wat goodies utk adik ipar..persediaan puasa nnt manalah tau ada org oder cookies lagi. 
Tapi apa pun aku gembira dengan jadual baru ini..hidup semakin sibuk tapi aku bimbang amalam semakin kurang dek kebizian yang dicipta sendiri.. Ya Allah kau jauhkanlah aku dari lalai darimu ya Allah..
ok friend..malas nak citer panjang..nak sambung baca novel yek..tata
Salam