Sunday 19 May 2013

TERMETERAINYA SATU PERJANJIAN...YANG SUNNAH MENJADI WAJIB

Assalamualaikum semua
hari ini 20hb Mei2013 ~ Isnin~


Sangat malas nak mengupdate blog ok..rasa cam bnyak lagi keje nak buat, termasuklah nak menghabiskan ILUS yg tebal tak hengat itu..tapi kene lah ku gagahkan juga...
macam ornag bekerja je kekdahnya kan..x ler bz sgt cuma sedang menyiapkan baju2 raya anak dan belum pun start menjahit langsir. Tahun ni berhajat nak salin langsir..dah masuk tahun ke 3 pakai langsir yang sama...tak de ganti pulak tu. Raya ke tak raya ke pakai la langsir tu sejak masuk rumah ni. ingatkan nak ganti ler taun ni. Tapi bukan sebab nak raya je ganti langsir..sebenarnya langsir aku nak siap2 jahit cepat2, kalau buleh sebelum puasa dah nak gantung seksiap..so seronok sikit nak sambut puasa plus puasa nanti tidak ler sibuk buat itu ini. Bulan puasa kali ni nak rileks2 aje..di samping buat kuih2 raya sikit2. Tiap2 taun azam camni..tp biasanya tiap2 taun jugak sibuk ngemas..ngelap tingkap bagai..taun ni nak kurang kan lgi..

eh dah masuk bab persediaan puasa pulak..tajuk atas tu nak citer mende lain...hehehe....
aku  ni sebenarnya nak citer pakai anniv aku yg ke 17 tahun...wahhhh dah 17th gitu...mcm baru je kawin rasanya haha....alhamdulillah kebahagiaan Allah limpahkan . sangat bersyukur mendapat suami yang penyayang . anak2 juga walaupun mencabar nak mendidik mereka tetapi itu lumrah sebagai ibu bapa..kalau tak ada dugaan tak pulak nampak skill keibu bapaan kita kan.. :). Namun keriuhan mrk melengkapkan alam rumahtangga kami.syukur nikmatmu ya Allah
Ramai yang diluar sana mengadu terkadang mengalami masalah bersama pasangan masing2...nak dinasihat susah , nak dibiar juga rasa bersalah. Selalu berpesan pada anak2 yang sudahmenginjak dewasa, mencari pasangan biarlah bla bla bla.....panjang dan sangat lebar. diakui aku tidak sempurna ..suamiku juga tidak..namun masih serasi melayari bahtera rumahtangga. terlalu banyak petua, tips atau apa saja yang pelru dijakan panduan dan sempadan dan tidak dapat diurai dengan sekali penyelesaian..sangat rumit dan komplikated..
walaupun tarikh sebenar anniv aku adalah pd 17 mei 2013..namun hari ini baru ada kesempatan untuk mengabadikan di sini..
Terima kasih abang kerana menyayangiku...dan anak2...luv u mampat2

Tuesday 30 April 2013

DEMAM PRU13

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

HARI INI HARI SELASA BERSAMAAN 30/4/2013


Alkisah musim pilihan raya menjelang setiap 5 tahun sekali..umur dah 39 th..tp baru mengundi sekali aja..memula tu lmbt daftar ..pastu kat UK..ni barulah nak ngundi lagi.

Kadang2 aku malas nak amik pot pasal politik ni..tp dah nama duduk kat tanah air sendiri pandang kiri nampak bendera..pandang kanan nampak bendera. Jadinya terpaksalah juga pandang dan tak boleh la nak tutup telinga...nnt pekak pulak..ada orang mintak tolong pon tak dengar kang.

Tapi mana2 yang boleh dielak tu mmg la aku malas nak enngok. Hentam sana..hentam sini..
Fitnah sana fitnah sini.
Lebih hebat lagi kali ni artis pon ramai yg terlibat sama..baik memihak kerajaan mahupun pembangkang. Rata2 yang berpihak pembangkang ni adalah dari kalangan yang telah insaf dan kalau yang perempuan..sudah berhijab. Ada juga yg kata kalau pembangkang dalam erti kata lain pas memerintah musnah lah dunia hiburan.. Dari cara cakap tu kita yang berakal ni mesti boleh fikir bahawa mereka ni mmg tahu bahwa apa yang mereka buat tu salah..tetapi mrk tetap buat demi desakan nafsu mengejar kekayaan. Jelas kan!!
mereka hanya takut kerana akan menjejaskan periuk nasi mrk..betapalah sempitnya pemikiran..aku igt terpelajar sangat..rupanya msih duduk dalam kotak sendiri.
Bukan kah bagus jika industri hiburan kita berlandaskan islam. tidak ler kita nak tgk tv pon takut sbb banyak sangat aurat2 yang tidak terjaga. Imej mrk dijadikan ikutan oleh para remaja. Remaja rasa mcm up todate jika berpakaian ala2 artis..masing2 sibuk nak glamor. Aishh malas la nk ckp banyak... ku rasa korang pon semua dah maklum...
aku cme nak catatkan detik bersejarah ni dalam blog ni utk kenangan 5 thaun yang akan datang..entah ada umur entah tidak nak ngundi lagi 5 tahun.  yang lagi beberapa hr ni pon belum tentu masih bersisa nyawa..moga Allah beri kesempatan .

Moga Allah beri kejayaan kepada pihak yang benar. Hanya Allah yang mengetahui siapa benar siapa salah

Selamat mengundi pada 5 mei 2013~ahad~
Nazri mengundi di pontian P164 ~N54
Aku mengundi di Kulai P163 ~ N51

hati2 memandu ya kawan2

wasalam

Wednesday 3 April 2013

hari hari cikgu main bola

Assalamualaikum semua

3 April 2013 ~ Rabu

Esok genap sebulan blog ini tidak berpenghuni. Untuk tidak memecahkan rekod memalam buto ni haruslah aku mengagahkan diri untuk menulis bahan baru. Terasa banyak sungguh hendak dikongsikan disini sebenarnya..tapi bertangguh dan bertangguh sudahnya lenyap ditelan waktu.

Tidak lah banyak perkara menarik, hanya rutin yang biasa. Tetapi sesuatu yang baru dan menuntut waktu yang lebih adalah biz online aku. Nampak macam tak de apa2 kan. Tapi opis hour aku..cewahh tidak menentu. Kadang2 pukul 11-12 malam pon kalau ada customer, haruslah dilayan, walaupun mata dah kelat ayam. Tuntutan2 tambahan ini membuatkan masa amat terbatas.

Tambahan pula hobi membaca novel aku tidak boleh dipinggirkan. Weekend lepas aku baru saja beli 2 bijik novel tebal dan ada satu yang dipinjam. Gara2 novel itu akan diadaptasi dalam bentuk drama haruslah aku bacanya dulu..baru feeling masa tengok tv nnanti. kadang2 tu demi melunaskan tuntutan napsu serakah aku membaca..haruslah aku korbankan agenda kemas mengemas rumah..salu asik mengelat saja. Kalau dulu sebelum aku buat biz online ni satu novel buleh habis dalam 2 hr..tp skrg tidak..mau 1 minggu baru selesai.. sekarang ni pulak ada tuntutan nak siapkan baju anak2 yang menunggu 4 pasang. Untuk nampak rumah tidak bersepah sangat aku hanya buat perkara2 wajib sahaja
kalau dulu rutin aku
basuh baju,cabut rumput jahat, siram pokok, sapu dan kemas luar, cantas pokok, sapu dalam, mop, sidai kain, masak, di samping kluar masuk amik anak sekolah , gosok baju dan macam2 lagi.
tapi sekarang masa harus diperuntukan utk biz on9
pepagi mesti bukak labtop..kao ada customer haruslah terbengkalai kerja2 rumah..yang penting siap masak dan basuh baju. Kalau kurang customer baru lah aku buat kerja2 yang lain tu.
Malam pulak haruslah siapkan kerja2 menjahit, petang aku luangkan utk baca novel..sambil amik anak sekolah berenti kat traffic light pon aku sempat lagi baca. malam pulak terpaksa korbankan waktu tido untuk membaca..kalau tidak 9.30 harus aku dah bobokzz
ni plak dah masuk bulan 4..cita2 nak ganti langsir...kene survey dan haruslah mengadap plak nak menjahitnya nnt kan..nak menjahit baju2 raya lagi..bulan 5 nnt nak wat goodies utk adik ipar..persediaan puasa nnt manalah tau ada org oder cookies lagi. 
Tapi apa pun aku gembira dengan jadual baru ini..hidup semakin sibuk tapi aku bimbang amalam semakin kurang dek kebizian yang dicipta sendiri.. Ya Allah kau jauhkanlah aku dari lalai darimu ya Allah..
ok friend..malas nak citer panjang..nak sambung baca novel yek..tata
Salam

Monday 4 March 2013

Saudagar intan berlian

Assalamualaikum semua
4hb Mac 2013 ~ Isnin

Hari ini malas nak cerita panjang sebab hari pon dah petang dan banyak keje lagi nak buat. Cumany hari ini aku nak share dengan sahabat2 yang setia membaca aku diluar sana, bahawa aku akan start berniaga. Berniaga apa haaa ini dia...

Bismillahirohmanirohimmm

taraaaa..

cahaya's selection

aku nak jemput sesiapa yang baca blog ini untuk jenguk2 ke page aku ni sebab ada barang baik..nak tau detail?..sila klik ya

Bkn usahawan cam muslaily..tp yang aku nyer ni kecil2an sahaja..mengisi masa lapang dari melangok mengadap fb seharian hehe.
Korang tinggalkan lah komen nanti aku bgtau details ye..juga dialu2kan untuk share spy network dipanjang2kan lagi..mudah2an rezeki murah..amin

kalau korang sume spesis cam aku ni  mesti meroyan kalo tengok page aku ni hehe..

Monggooo..mongghoo

wasalam

Tuesday 19 February 2013

Cerita ceriti

Assalamualaikum wbrkth

20hb Feb 2013 ~ Rabu

Hari ni cuaca mendung, faktor persekitaran membuatkan aku lemau je nak buat sebarang kerja2 rumah. Niat hati nak lap2 habuk tapi aku tangguh je la niat tu..tak de siapa nak marah pon kan. Kain dah sidai, dah sapu , atas takyah sapu la malas. tinggal nak masak je. hari baru pukul 8.33 pg masih awal lagi. Apa lagi godek2 komputer melawat tanah jajahan hehe.

dua tiga hari ni rasa macam banyak bende yang aku yang share di sini tapi dek terlalu banyak sudahnya satu pun tidak terluah. Dari kes dera bayi hingga dilema dengan anak2 di rumah. Pagi ni pulak aku terbaca blog sahabat lestari (apakah maksud lestari kekekek). Terdetik untuk aku melestarikan apa yang tersirat kepada yang tersurat. sehari dua ni mmg kami sekeluarga banyak berbincang tentang anak2. Plan jangka pendek dan panjang harus dibentuk untuk merancang masa depan anak2.

Semasa anak2 kecil2 dulu aku ajar macamana hormat orang dewasa, ajar bercakap dengan sopan, solat dan juga rukun iman dan islam yang wajib. Namun ajar mengajar mengaji sampai waktu ini masih diteruskan. Beberapa perkara sudah pun dilalui dan malah masih berlangsung. Dalam proses itu tidak semudah yang di sangka. Malah banyak juga yang terkucil sana sini. Contohnya kita ajar anak2 solat dan kita juga cuba memberi contoh tauladan, tetapi ada kalanya juga anak2 culas solat. Ada yang cuba2 belajar menipu walaupun kita tidak pernah ajar menipu. Dari mana mereka dapat?..Mereka kta sudah solat tapi hakikatnya ambil wudu' pun tidak. Selalu terfikir dimanakah silap kami. Tidak pernah diajar tapi yang -ve mudah sangat dilaksanakan. Setelah diteliti barulah aku sedar itu adalah proses membesar anak2. Mereka sentiasa mencuba sesuatu, bak kata orang yang kita larang itulah yang dia nak cuba. Bezanya bagaimana kita sebagai ibu atau ayah menanganinya. Aku biasanya akan menunjukkan reaksi spontan jika terdengar perkataan2 -ve keluar dari mulut anak2. Langsung tak bagi can. Tapi jika kesalahan berbentuk tindakan contohnya cuba berbohong aku akan siasat dan bila terbukti aku akan duduk dan bertanya mengapakah perkara tersebut boleh berlaku. Biasanya aku akan cuba settlekan dan kemudian memaklumkan kpd big bos. Tapi kalau tak boleh settle jugak aku akan duduk bersama 6 mata dan bercakap hati ke hati. Aku percaya bila kita pegang hati seseorang dia akan cair. Aku tidak suke pendekatan membebel sebab anak2 akan bosan sesuatu yg bersifat mencari kesalahan mrk. Mereka ni lebihsenang kita berbincang. Bila duduk berbincang tu aku biasanya akan memulakan kata2 dan tidak akan sentuh kesalahan yg meraka akan buat. Aku akan tanya mrk sayang aku tak, stakat mana syang mereka. Aku akan ingatkan hidup aku dan ayah mereka tidak selamanya, bila2 masa saja kami buleh pergi. Bila mrk dengr suatu yg menyentuh perasaan begini automatik hati mrk akan jadi lembut. Bila sudah kurang tegang barulah disentuh apa yg telah mrk lakukan. (biasanya belum pon sebut airmata si pesalah akan terjurai2) . Dengan cara ini lebih mudah kita menimbulkan keinsafan pada  mrk. perlu diingat jangkamasa keinsafan ini bergantung kpd budak. ada yang 2-3 hr saja ada yg smingugu ada juga yg hanya 2-3 jam.. Jadi kita sebagai ibu bapa kenelah sabr dan sentiasa tahu cara bercakap dengan mrk.

Ini belum menyentuh bab merangka sekolah anak2 lagi. Mungkin nampak aku macam rileks je kt rumah. Tapi banyak masa aku habiskan dengan membuka2 blog sana sini. Dan termenung untuk mencari apakah kaedah pembelajaran yang sesuai dirumah. Nak lah juga kene disesuaikan dengan keperluan anak2 itu sendiri. Ada anak yang boleh belajar malam, ada pulak tak boleh. Aku lebih sukakan pendekatan tidak mengikut jadual. Tapi plan macamni memerlukan seorang pemerhati untuk memastikan waktu rehat dan bersantai seimbang dengan waktu belajar.
Aku juga tak berapa suke jika ada yang mengatakan "Alah tak kisah...anak ko pandai, boleh punya". Bagi aku istilah itu mungkin ada tapi tidak untuk kebanyakan orang. Mungkin ada anak yg memang dilahirkan genius, tapi pastinya memerlukan kerja keras juga. yang bulat tak akan datang bergolek'

Buat masa sekarang ni aku sangat risaukan Hud. kalau si kakak biasanya apa yang aku plan masih boleh diikuti walaupun memerlukan pemantaun yang erterusan (kalau tidak dia suka tido dan berfb dan bertenet). Aku boleh saja kalau nak stop kan internet tapi aku mengambil pendekatan untuk tidak memyekat kebebesan mereka. Kerana dalam keluarga ini kami mengamalkan 'trust' tapi once ibu tangkap kamu akan diambil tiindakan. jadi jagalah selagi masih ada kepercayaan ibu. Ini boleh dilaksanakan kerana aku berada dirumah 24 jam. kalau aku keluar pon sekejap2 dan tinggalkan amanat2 tertentu. Dalam masa itulah kadnag kala anak2 ini 'curi-curi'.
Belum habis lagi cerita bab Hud ni. masalah aku adalah dia hanya boleh belajar dengan ayah dia sahaja. Sebab banyak kegemaran mrk yg sekepala. Jika belejar dengan aku ada saja yg tak kene. Dalam pada aku pegg rotan pon dia masih boleh melenting2. Mmg sangat menduga kesabaran. Tapi kalau dengan ayahnya boleh pulak duduk dia (w/pun mmg la tidak lama sgt). Masalah aku bila nazri pegi outstation. tengang betul emosi masa tu. Kalau aku tunjuk pon dia susah nak betulkan. tapi kalau ayahnya tunjuk boleh pulak. yang ni aku masih mencari di mana silapnya. Aku sngt risau abb tahun depan dia UPSR dan taun ni UPKK.

Alahai banyak lagi nak tulis sebenarnya tapi kesihatan tak mengizinkan. Aku ni belum pulih sepenuhnya dr demamsebenarnya. Duduk lama2 pun boleh sakit kepala.

ok lah tata.
yang baik jadikan tauladan dan buruk jadikan sempadan

Thursday 7 February 2013

Mintalah yang terbaik jangan minta yang kita rasa baik

Assalamualaikum semua

8 Feb 2012 ~ Jumaat

Essok semua orang dah start cuti raya cina, ramai yang plan nak pergi jalan2 atau balik kampung. Aku pulak mmg tak plan ke mana2. Biasalah aku ni, bila cuti panjang lebih suka duduk rumah, sebab malas nak meredah jem dan kesesakan umat sana sini. Lagi pun cuti thaipusam aritu aku baru je balik kampung, nanti masa ujung bulan, adik nazri tunang insyAllah akan balik lagi.

Hari ini aku ada berita nak kongsi dengan sahabat2 di luar sana. pada 4 hb feb aritu semakan kemasukan mrsm ke ting 1 dah pun keluar. Seperti yang dijangka maisarah mmg tak berjaya sebab sbp dah panggil. Giliran kakak diumumkan pulak pada 5hb feb... hari tu sbp tak dapat. Hati masa tu 50/50 sbb ada sepupu dia dpt 8A jugak tp tak dpt sbp..mrsm pulak mmg tak mohon. Jadi hati ni macam boleh rasa sesuatu. Doa kami pada Allah hanyalah 'tempatkan umairatul Afiqah di sekolah yang terbaik buatnya'. Kami tidak menyebut mana2 sekolah. kalaulah sek munshi adalah yang terbaik kami redho. Semasa lepas solat istikharah pon aku tidak mendapat alamat apa2 untuk mohon mana2 sekolah. Tapi aku tetap minta je mana2 yang ada.

Namun begitu perancangan  Allah telah aturkan untuk Umairah, sebaik semakan boleh dibuat kami semak dan memang ternyata dia gagal diterima. Masalahnya nak buat rayuan ke tidak. haritu masa sbp umairah tak mau buat rayuan. Yang ni pon dia macam tak nak buat rayuan, sebab katanya.. kita dah tawakkal pada Allah kan bu, kita dah mintak sekolah yg terbaik utk kakak, Bila tak dapat ni bermakna munshi adalah yang terbaik untuk kakak. Syukur aku dengar...alhamdulillah dia tahu dan faham dengan apa yang dilakukan dan diminta. Konsep tawakkal itu difahami sepenuhnya. Kita sudah berusaha minta tapi kalau Allah tak izin bermaknanya Allah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Nampak gaya bapaknya macam nk buat rayuan...tapi tak tau lagi lah. Si anak macam selesa nk sek harian biasa ni..Apa pun belajarlah rajin2 kakak..insyAllah ada sinar menantimu..amin


Thursday 24 January 2013

apa kata korang

25hb Jan 2013~Jumaat
Assalamualaikum semua
hari ini jumaat yang mulia, petang ni aku nk g nilai lagi sbb amik maisarah utk OB.. ptg semalam bru hantar sbb rabu aku ambil utk majlis anugerah kat sekolah..dapatlah sebijik beskal bersaiz aku hehe.

Bukan itu nak cerita sebenarnya, aku nk tanya korang sebenarnya tentang perbualan yang akan aku kemukakan dibawah..Korang dikehendaki memberikan pendapat berdasarkan petikan yang diberi..cewah..cam karangan plak..ok tamo buang masa, aku pon nk msk ni.

Anak si A mendapat 8A dalam PMR (ibunya bekerja)
Anak si B mendapat 7A 1B dalam PMR (ibunya tidak bekerja)

A - tu lah kenapa tak hantar tuisyen.. belajar kat sekolah mana cukup, anak perlu pergi tuisyen
B - tidak berkata apa kerana tidak mendengar perbualan ini krn yang mendengar adalah aku

sila beri ulasan menurut pemerhatian korang

Sunday 20 January 2013

muzakarah muhasabah

21hb Jan 2013 ~ Isnin

Assalamualaikum semua

Hari ini isnin, dan persekolahan bermula seperti biasa. Tapi kelainannya kanda bertugas menghantar kakak dan yang lain2 sekali . Sebab?... kakak dah tinggal sorang kat sek tu, sbb anak jiran dah pindah sekolah dekat situ2 jugak. Sebab berpindah, aku tak reti nak komen, biarlah dia nak pindah sekolah mana pun. Itu masalah keluarga derang aku tanak campur. Walau pun mungkin ada kene mengena dengan aku asbab perpindahan tu, ikut korang lah.. malas nak layan.

Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal jiran atau isu anak sekolah, aku nak story mori pasal diri aku. Aku teringin nak denagar pendapat korang tentang aku. Apa korang rasa tentang aku, adakah aku ni berkira? sombong? eksyen?berlagak? baik? laser? sgt protective? atau bagaimanakah aku ini. Jangan lah korang ragu2 nak tegur atau luahkan rasa hati. InsyAllah aku tak kecik hati,korang boleh tinggal komen di sni. Tapi kalau korng rasa terlalu peribadi untuk dikongsi disini korang bule pm aku kat fb pon ok. Eh ada ke org nk komen ni hehe entah2 tgk2 komen box kosong jek haha prasan ada org baca blog aku ni. Tapi sies aku perlukan komen ikhlas korang tentang aku sbb aku nak tau apa pandangan org pada aku. Kalau banyak -ve nya haruslah aku muhasabah diri. Kalau +ve pulak kene jaga jangan riak diri dan perbaiki yang kurang.

Aku ni mmg tak baik mana, tapi masalah nya jika kita ada buat yang tak baik kita mungkin tak nmpk, itu fungsinya kawan2 untuk menegur mana2 yang kurang. Biasanya kita akan rasa kita betul, jadinya sampai bila lah takkan berubah ke arah kebaikan. Dah lah...aku taknak komen panjang, aku tunggu komen korang je la. Korang kene bagitau dgn ikhlas tau. insyAllah no heart feeling atau broken... cme tacing2 je..haha

Tuesday 15 January 2013

Harap Maaf

16 Jan 2013 ~ Rabu

Hari ini subuh2 lagi sebelum aku dikejutkan dengan panggilan telefon..dup dap dup dap hati. Dalam kepala dah terfikir yang bukan2. rupa2nya anak dara yang dekat enstek telefon soh bawak barang2 dia weekend ni..alhamdulillah semua ok katanya.

Satu lagi berita aku nak kongsi di sini. Semalam g cek kat website katanya hari ni semakan ke sbp utk ting 4 diumumkan. Pepagi aku dah cek..nampaknya tak de rezeki kakak kat sbp tu. Tapi hati ini mmg dah mengagak instinct kata dia tak dapat sbp ni..lagi pun dia kalau boleh mmg tak nak sbp. MRSM pon kata kalau dapat yang dia tak mintak, dia tak nak pegi. Entah lah nak...ibu tak boleh paksa, terpulang kamu membuat pilihan. Kalau ikut ayahnya mmg dia soh jer g dapat memana pon..tapi aku ni la berat sikit kalau jauh2. Tapi kes kakak ni lain sikit dari maisarah dulu. Dia ni kiranya kalau tak dapat mana2 pon aku tidaklah risau amat sebab sek dia tu ok je. Mcm maisarah tu lain..dia dpt sek yg digeruni hehe. Kami agak menaruh harapan untuk dpat mana2 supaya boleh elak dari sek tu.

Ok lah itu sahaja update untuk hari ini. hari ni harus aku melangok kang..sbb hati tak bermood sbb smlm dpt berita tak best dari jiran, so dok diam je la kat umah..ikut hati macam nak bercerita je ngan sesapa agar dapat realease sikit tp malas lah watpe nak menambah kan dosa aku je..mari membzkan diri agar lupa masalah peribadi huhuhuuh....istighfarrr...

Sunday 13 January 2013

episod 2

13hb Jan 2013 ~ Ahad
assalamualaikum semua

haha tak de kene mengena kan tajuknya..episod 1 takde tiba-tiba episod 2..suka hatilah.

Hari ini cuti..wekend biasa. Semalam Sabtu 12hb seperti yang dijanjikan kepada anakanda Nilam Maisarah, aku pergi sekali lagi untuk melawat nilam. Minggu ini adalah outing harian. Bermakna buleh dibawa keluar tanpa bermalam. Sedari hari isnin sejak kami menghantar dia ke sana aku tidak menerima sebarang panggilan darinya. Risau sungguh hati ini tidak mendengar suara halusnya itu. Hati asyik berdetik, bagaimana keadaan dia di sana, sugulkah?..baik2 saja kah.

Setiap kali telefon berdering mesti hati berdebar. Hinggalah petang hari jumaat telefon berdering lagi, disusuli suara halus dihujung talian. Ibu, kak cik ni...dalam nada yang tidak begitu jelas. Sebak sungguh mendenagar suara itu. Akhirnya airmataku berderai jua bersama2nya. Namun pantas ku seka memandang talian yang tidak begitu baik. Seandainya aku melayan sebak dihati pasatilah dia lebih lagi di sana. Aku terus menenangkan keadaan supaya butir bicaranya jelas dan mudah aku dengari.Nilam kata dia tidak boleh bercakap lama kerana Q panjang. Dia juga tidak dapat menelefon selalu akibat Q yangpanjang setiap hari. Hari itu pon dia dapat menelefon kerana tidak mandi petang..jadilah dia punya masa lebih untuk beratur. hai anak...kasihan.

Situasi sekolah yang baru menyebabkan satu blok hanya dibekalkan dengan 1 telefon sahaja. Kami dimaklumkan 15 lagi public phone akan dibekalkan untuk kemudahan pelajar.

Lawatan kami ke sana bermula dengan sesuatu yang menenangkan jiwa. Sebaik sahaja nilam aku dia terus memelukkku kejap. Sebaik outing, nilam takputus2 bercerita tentang sekolahnya..itulah inilah. Aku dengarkan sahaja dan berkongsi kegembiraannya. Jauh di sidut hati aku sangat lega, setidak2nya aku tidak lagi risau keadaannya di sana. Menurutnya tiada ragging dan apa2 masalah di sana. Kawan2 satu dorm pun baik2 belaka. Ibu ..best giler kat sini bu...i dont wanna quit from here bu. Menurut nilam ada juga pelajar yang tidak langsung pandai menggosok baju dan membasuh pakaian. Maklumlah di rumah ada 2 orang bibik. Kasihan anak itu sepatutnya si ibu sudah 'training' anak2 yang nk masuk asrama ni supaya mendapat pendedahan secukupnya dan berada dalam keadaan bersedia. Namun  ifa anak yang baik dia minta nilam mengajar membasuh dan menggosok pakaian. Banyak lagi perkara yang diceritakannya, bagaimana etika makan, dan berjalan. Bermacam lagi celoteh dia, rasanya tak habis lagi cerita dia tu, memandangkan masa kami sangat terhad.

Alhamdulillah lega aku. Peraturan asrama dan sekolah sangat ketat, namun Nilam adalah seorang yang sangat patuh pada peraturan jadi dia tidak mempunyai masalah dalam soal itu. Bangun pagi seawal 5 pagi, basuh baju dan bersiap dan hari berakhir pada pukul 11.30 malam dan tidur.

Pada hari kami datang pelajar agak lambat keluar kerana mendengar ceramah Dr Andrew yang diterbangkan dari Oxford Uni London. Senyum lebarnya nilam jelas sekali kerana setidak2nya ini mengimbau kenangannya di tanah Inggeris itu. Dia kelihatan sangat teruja dengan ceramah itu. Ascent yang juga mengimbau nostalgia. Katanya dia masih faham keseluruhan yang diperkatakan oleh Dr Andrew walau sudah 2 tahun pulang ke tanah melayu.

Outing kami hariitu menuju ke rumah zafwah.. kononya nak menjengok baby baru...tetapi entah macamana buleh lupa utk memberikan hadiah kepada baby...huawaaaaaa..bila dah masuk kereta balik, nazri tanya dah bagi baby?...haaaa??..ya Allah macamana aku boleh lupa dushhhh...haruslah kene pergi lagi nih...sori baby adell haq..bengong unty ni..kelam kabut nak balik sudahnya terlupa..padahal matlamat asal adalah utk ziarah bby..sudahnya gosip jek yang lebih huhu. Tapi best la jugak dapat jumpa maktok dan mashitoh..rasa mcm tak cukup masa jek nak borak..kalo boleh nak lepak lama sikit..tak puas nak makan2 lagi..tapi perut dah senak, masa pulak pendek. Farah pulak masak macam2, mana la nak sumbat..tp anyway, time kasey farah/zol/maktok kerana jamu kami makan asedap2.. sampai ke malam kami kenyang..alhamdulillah.

Sebaik sahaja menghantarnya pulang ke asrama..kami merasakan perpisahan kali ini tidak lagi setegang pertama kali dulu. Nilam lebih tenang, aku pula lebih senang melepaskannya kali ini, lantaran cerita2 manis dan indah2sahaja. Sebgai ibu pastinya aku senang hati dan tidak risau lagi . Moga dia terus selesa di sana, namun ada juga desas desus nissa pelajar yayasan serawak itu akan keluar dari kolej kerana mempunyai maslah kewangan. mendengarkan itu satu keluhan berat aku lepaskan, mengenangkan betapa Allah limpahkan dengan serba cukup walau tidak kaya tetapi makan pakai tidak pernah kurang. Allhuakbar.. janganlah kau jauhkan aku dariMu . Moga kami berada dikalangan orang2 yang bersyukur dan tidak kufur dengan nikmatmu ya Allah.

Monday 7 January 2013

Berakit-rakit ke hulu

8hb Jan 2013 ~ Selasa

Assalamualaikum semua

Pagi hari yang dimulakan dengan longlai, kepala masih berat. Letih semalam masih bersisa menyebabkan hari ini masih lemau. Seharian pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 2013. Berlangsung pada 7hb Jan 2013, menyaksikan kami sekeluarga seharian berada di Kolej Tunku Kurshian dengan pelbagai kerenah pendaftaran. Seperti di duga Nilam Maisarah adalah pelajar paling 'comel' , walau pun masih ada juga yg bersaiz lebih kurang dengannya. Namun rekod ter'comel' itu aku masih lagi dipegangnya malah dibawa dari sek rendah lagi. Tak mengapalah, yang penting sihat dan disayangi Allah. Ibu juga pernah melaluinya suatu ketika dulu.

Bertolak dari melaka 6.45pg, selesai sarapan roti canai, perjalanan dimulakan dan tiba di TKC lebih kurang 8.30pg. Debaran semakin terasa namun aku buat tak endah. Sedari post pengawal lagi sudah ada usher yg bertugas menunjuk arah. Sehinggalah selesai parking, juga ada 2 usher yang menanti. Mereka memberi tahu apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran. Urusan pendafaran perlu di lakukan oleh pelajar itu sendiri ditemani oleh usher tadi. Seorang lagi usher akan mengiringi ibu bapa ke dewan budiman untuk taklimat.

Taklimat juga dikendalikan oleh pelajar, speech diberikan oleh ketua pelajar dan taklimat HEM diberi oleh pen ketua pelajar (bahagian HEM). Segala urusan dewan diuruskan oleh pelajar. Sekali sekala aku mellihat kelibat guru dibelakang pentas. Sesi soal jawab bersama ibu bapa juga dikendalikan oleh palajar. kaunter2 baju dan buku juga kaunter pembayaran yuran juga dikendalikan pelajar. Pendek kata dari A-Z adalah kendalian pelajar. Pelik jugak cikgu2 di sana sangat percaya kepada murid2 ini mengendalikan jumlah duit yang agak besar. Maklumlah rata2 seorang pelajar menghabiskan rm600 utk yuran. Sebarang masalah juga pelajar ini akan menyelesaikan sendiri. Tidak pernah lagi aku menyaksikan situasi sebegini. Biasanya jika ada pun pastilah guru2 akan melakukannya dan dibantu oleh para pelajar. tetapi di TKC.. jarang sekali kita melihat kelibat guru dalam kesibukan itu.

Bukan sahaja itu, malah setiap pelajar yang kami sua semasa berjalan, pasati mereka akan senyum dan mengucap salam kepada kami, ada juga yang kami sudah jumpa 2-3 kali, mereka akan bersalam dan mencium tangan apabila kami ingin pulang. Faktor2 diatas menguatkan hati aku untuk meletakkan Nilam Maisarah dibawah jagaan Che Kamalia (pengetua cemerlang). Semasa dalam ucapan pembukaan, pengetua cemerlang ini sangat mengujakan.  Beliau berkata, pelajar2 bonda akan dilatih untuk 'yg muda disayangi dan yang tua dihormati'. Melihat kepada pelajar2 di sini, aku yakin cogan kata itu bukan sekadar sepotong kata2 malah telah menjadi darah daging warga TKCian. Bonda(panggilan untuk pengetua), kata beribu2 pelajar yang memohon ke TKC tetapi hanya 141 orang pelajar yang diterima masuk. Wahai anak janganlah kau persiakan perpisahan kita ini..moga d hujung nanti ada sinar cemerlang.

Ibu mana tak sayangkan anak. Setelah selesai kemas barang di dalam locker yang mana pada permulaannya Maryam Boi (kolej sister aka kakak angkat) nilam telah menawarkan diri untuk membantu mengemas, tetapi tidak sampai hati kerana nampak letih sangat wajah maryam. Mungkin sebab ebrtugas pada hari tersebut. Dia pulak mendapat 2 orang sister kecik yang perlu diuruskan. Pukul 5 kami harus meninggalkan nilam sepenuhnya dibawah jagaan pentadbiran sekolah. Namun kaki sangat berat untuk melangkah. Kalau ikut nazri dia hendak tunggu hingga Nilam selesai solat baru pulang, Namun aku bertekad untuk meninggalkan dia sejurus dia pergi menunaikan solat asar, kami harus tegas pada diri sendiri untuk kebbaikan semua. Aku tidak lagi boleh memanjakan diri sendiri, latih diri menerima hakikat suatu hari nanti kami akan berpisah jua. Alhamdulillah Allah masih beri ikmat kasih sayang ini. Syukur

Aku sebenarnya mengharapkan bulan pertama ini pihak kolej memberikan kelonggaran membawa anak2 balik setiap minggu. Rupa2nya pihak kolej telah menyediakan jadual yang ketat untuk pelajar2 ini. kebetulan sabtu ahad ini adalah hari outing. Namun waktu outing hanyalah dari 1-5 ptg. itupun jika sudah datang pd hari sabtu tidak lagi diizinkan pada hari ahad. Wahai hati sabarlah. orang kata kepimpinan melalui teladan, jika hendak anak cekal dan tabah ibu ayah perlu tegas mendisiplinkan diri dahulu. mesti menunjukkan contoh pada si anak untuk dijadikan model. Walau pun sangat payah (mungkin mula2 mmg gini kot). Namun terpaksa ditelan jua. Jauh di sudut hati terkenand, jika aku dirumah sudah rasa begini, apatah lagi dia di sana yang ditinggalkan ditempat asing, seperti dicampak di bumi alien, pastikan lagi hebat dugaan perasaannya. Aku yang sudah matang pun sangat berkecamuk, inikan pula anak kecil seusia 12 tahun. Itulah orang kata kecik sangat 12 tahun nak hantar asrama, tetapi peringkat umur beginilah mereka perlu dilatih ..melentur buluh biar dari rebung. Moga anak ibu Nilam Maisarah tabah di sana. Jangan patah semangat. Ingat pesan ibu jangan lupa solat.

Semangat aku menjadi kuat melihat anak yg sebaya nilam sangat tabah dan selamba saja tanpa ibu bapa di sisi, malah terpaksa menyeberngi laut untuk ke semenanjung menuntut ilmu. Yayasan Sarawak menghantar adik Nissa ke semenanjung tanpa ibu bapanya mengiringi. Hanya ada abang (belajar di Uitm) datang menjenguk adiknya. Sungguh tabah anak ini, ini aku jadikan perangsang buat nilam mengharungi hari2 tanpa kami di sisi. Berbekalkan janji ibu akan datang lagi sabtu untuk kita melunas rindu.

Mohon Doa sahabat2 juga agar anakku tabah dan dapat mengharungi cabaran emosi dan fizikal. aminnn

Wednesday 2 January 2013

Aku yang feeling


2hb Jan 2013~ rabu --------- adalah hari pertama persekolahan

Seperti ibu bapa yang lain, persiapan dilakukan untuk memulakan persekolahan, Umairah ting 4, Maisarah ting 1, hud Djh 5 Dhia Djh 2. Kejam kelip hampir 17 sudah aku berkahwin, bagai tak terasa saja. Sudah besar2 rupa2nya putera dan puteri ini. Sedari bayi hingga menginjak remaja, pelbagai ranjau, suka dan duka kami suami isteri lalui. Namun tiada yang pahit Allah limpahkan buat kami. Ya Allah syukur aku kehadratmu diatas kurniaanmu ini. Pun begitu sebagai manusia biasa aku tak lekang dari dugaan2 kecil berbentuk keletihan dan stress (terkadang melampau) dalam meladeni kerenah anak2, yg melalui usia prosses mendewasakan mereka. Walau pun tidak lah sesusah mana namun bukanlah semudah yang disangka.
Setiap anak mempunya karektor yg berbeza. Cabaran sebagai seorang suri rumah adalah melihat anak2 membesar hasil didikan sendiri. Aku yang menguruskan anak sepenuh masa ni pun kadang2 terasa hampir putus asa , aku tak dapat bayangkan mereka yg bekerja. Bagaimana agaknya mereka membahagikan masa antara tugas, anak2 dan suami. Supermak betul.

Mendidik anak remaja bukan mudah, membentuk sahsiah sekaligus memberi pendidikan formal kepada mereka membuatkan aku merasa diri dicabar. Nazri pula lebih suka aku menguruskan semuannya sendiri, katanya lebih afdhol kalau ibu menguruskan dan anak2 membesar hasil air tangan ibu bapa. bab makan pakai dan tempat tinggal memang aku tak punya masalah, tetapi hinggan ke bab mengajar anak pun disuruhnya aku mengajar sendiri. Mujur dia bukan jenis yang hanya order saja. Setiap kali perbincangan suami isteri utk menentukan apa yg perlu dibuat bagi seseorang anak, kami akan mencapai kata sepakat dan membahagi2kan tugas mengikut keperluan anak itu sendiri. Walau apa cara sekali pun kami akan laksanakan utk mencapai target kami. Jika pula ditengah2 perlaksanaan itu kami tak mampu atau ada kalanya perlaksanaan tidak seperti yg dirancang (biasanya anak tidak memberi kerjasama seperti yg diharapkan).. kami akan bermesyuarat sekali lagi untuk mengubah cara mengikut kesesuaian anak. pastinya saat ini kami sedikit tertekan kerana takut gagal. namun anak2 bukan lah bahan experimen. Kami tidak mengguna veto..malah seboleh2nya menggunakan diplomasi yang tegas. Selepas berbincang biasanya kami panggil si anak itu dan bertemu 6 mata utk memberi tahu dia perancangan kami untuknya. Tujuannya supaya dia faham matlamat dan dapat memberikan kerjasama. Mrk perlu tahu sbb mrk berbuat sesuatu untuk mengikhlas hati  spy dpt menerima arahan dan melaksanakan dengan ikhlas dan tidak merasa hidup mrk diatur. Ini sgt penting utk mengelakkan protes.

Sejauh ni alhamdulillah perlaksanaannya dapt diterima semua anak2. Yang penting kene banyak doa, dan latih juga anak kita bangun solat malam kerana jika hanya kita yang melakukannya tanpa pihak yg menerima berusaha sama..kita ibu bapa ibarat syiok sendiri. Didik mereka memohon ihsan Allah dan yakinkan mereka, kita telah berusaha tetapi jika kita tidak mintak pada Allah, macam mana Allah nak beri. Selebihnya tawakkal dengan ketentuan Allah.

Kebelakangan ni ada beberapa individu yang bertanya2kan tip2 untuk mendidik anak untuk menjadi cemerlang. Aku merasakan terlalu awal untuk memberikan tips2, kerana baru 2 orang yang melalui exam besar, bukan peringkat spm pulak tu, kata orang tu baru peringkat awal lagi, tak berani nak kata apa2, tapi rata2 yang bertanya tu, sbb mrk ingin tips sbb anak2 aku tidak aku hantar tuisyen tetapi bule mendapat keputusan yg agak memuaskan. Tak berani sebenarnya nak share dengan sesiapa kerana perjalanan mereka masih jauh dan kita tidak tahu apa akan jadi dipenghujungnya nanti. Namun aku sendiasa berdoa agak kejayaan milik putera puteri kami hinggan ke akhirat. Selalu pesan pada anak2, walau setinggi mana pon kita beljar tetapi kalau lalai ingat Allah, Allah tak akan pandang kita sedikit pun. Ukuran syurga neraka bukan berskalakan degree, msc atau Phd yg kita genggam, namun ibu akan bangga jika anak2 ibu dapat berjaya di dunia dan mengenggam akhirat. Moga impian kita akan tercapai dengan kerja keras doa .

Di doakan juga saudara2 dan sahabat handai di luar sana mendapat kejayaan dunia dan akhirat jua..amin. Jangan lupa menyebut setiap nama anak2 setiap kali selepas solat, agar mereka lembut hati, taat, sihat, dipelihara iman, dan cemerlang dunia dan akhirat..insyAllah..aminn