Wednesday, 12 August 2009

AZAM RAMADHAN

Rasanya baru saja meraikan kemeriahan Syawal dengan baju baru yang dikirimkan Kak Long tahun lepas, tapi rupa-rupanya tinggal hanya seminggu saja lagi menyambut kedatangan Ramadhan Al mubarak yang mulia ini. Satu-satunya bulan yang sepatutnya direbut2 untuk melakukan amal kebaikan. Sesungguhnya bulan ini bulan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri dengan Allah. Ramai di antara kita hanya memakai baju kurung pada bulan ini...ramai juga yang bertudung litup untuk memelihara amalan supaya pahala puasa tidak kurang katanya. Ada juga yang solat 5 waktu...kerana bimbang penat lelah berpuasa akan jadi sia2 jika tidak diiring dengan amalan wajib yang lain.

Wajarkan ianya berlaku?..Adakah berkara2 wajib itu hanya patut dilakukan pada bulan ramadhan sahaja?...Adakah kita tau bila kita akan dicabut nyawa?. Apa akan jadi jika tak sempat menyambut ramadhan kita telah dijemput Allah?...

Aku sering tertanya2 cukupkah amalan aku selama ini...?..Sempurnakan aurat yang aku jaga selama ini?. Sedangkan hidup ini sebenarnya hanya lah untuk menghambakan diri kepada Allah..tetapi berapa jam kah aku sujud kepadanya?. Mungkin ada yang pelik dengan persoalan2 ini keluar dari naluri aku...kerana sesiapa yang mengenali aku pasti menyangka aku seorng yang brutal dan happy go lucky..

Tetapi inilah hakikat sebenarnya aku...aku tidak senang dengan perangai semulajadiku..dan sentiasa ingin memperbaiki akidah. Bukan mudah untuk menuju kebaikan kerana syaitan sentiasa menghidangkan keseronokan dimana2. Azam ramadhan ku kali ini ingin mengurangkan ketawa tetapi menambahkan senyuman. Juga mengurangkan anyaman ketupat...(w/pun aku mmg tak suke buat kerja ni). Selepas ni nak cuba elakkan lagi banyak.

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w :

"Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa yang berlebihan akan mematikan hati"

Hadith Rasulullah s.a.w ini menerangkan kepada kita bahawa dalam kehidupan seharian,
kita semua tidak terlepas dari mengalami saat gembira dan mencuit hati lantas terbit serta
berderailah ketawa dari kita semua.
Alhamdulillah, pujian bagiNya yang memberikan nikmat ketawa kepada kita.

Akan tetapi sesuatu yang perlu diingati sentiasa biarlah ketawa kita itu berada
atau dibatasi selalu oleh had yang dibenarkan syara'.
Kadang-kadang kita terlalu gembira sehingga ketawa terbahak-bahak,
hatta di dalam masjid atau surau.
Kemungkinan kita lupa bahawa ketawa yang berlebihan itu mematikan hati
(kerana pada waktu itu kita terlalai seketika dari mengingati Allah.

Oleh itu setiap kali kita merasakan telah ketawa melebihi had yang sepatutnya,
bersegeralah kepada ber ISTIGHFAR moga-moga Allah merahmati kita semua.

Kepada yang terbaca n3 ku kali ini dan rasa tak senang minta maaf banyak2...kerana blog ini luahan rasa hati ku yang tiada ku kaitkan dengan sesiapa pun. Semoga kita sama2 beroleh manfaatnya. Amin

3 comments:

teratakmuslaily said...

aku ingat azam ko nak wat lebih byk lagi kuih tat bulan posa ni kakcahaya!... :)

anyway, thanks utk nukilan ini... aku pun patutnya dah lama buat azam cam ni gak...

zue said...

semoga dipermudahkan..

p/s:jom sumer..kita ber azam cam kak cahaya!!

mrshenri said...

lawaklah komen kak laily, aku pun ingat camtu gak ;) rindu gak kat tart kak cahaya ku ini.

kak, thanks kongsi azam akak ni. aku tumpang muhasabah diri sekejap di pagi-pagi jumaat ni. aku ni asik alpa dgn kerja, kerja, kerja. walaupun kerja tu sebahagian dr ibadah, tapi amalan lain pun patut kita tambahkan iye tak.

ok kak, selamat membuat persediaan menghadapi bulan Ramadhan yg akan dtg ni.