'Berapa harga seikat ni?'...60p jawab pakcik yang menjual di carboot sale tu. Dalam hati berkata, cam murah jek....tak tau pulak kat kedai berapa harganya. Tak pernah beli pon.
RHUBARB
Macam dah lalu-lalu kat tekak ni sayur batang keladi masak asam. Ya Allah sedapnya. Dah hampir 4 tahun ni tak makan makanan kegemaran aku tu. "Agaknya kalo masak asam Rhubarb ni sedap tak bang, agak-agak rasa macam batang keladi tak ek". Aku berpaling meminta pendapat suami. "Entah lah, kalo nak cuba beli la satu", balas suamiku.
"Biasanya uncle masak apa Rhubarb ni?", Tanya aku lagi pada pakcik penjual sayur tu. (setelah aku translate ke dalam bahasa melayu. Biasanya rebus kemudian makan bersama custard, tapi saya tak tau la macam mana nak masak nya". jawapan yang jujur dari pakcik tu. Aku pon jawab, "Mestilah pakcik tak tau masak, tapi yang pastinya pakcik pandai makan kan?". Sela aku ingin berseloroh. Berderai ketawa keluar dari kerongkong pakcik yang sudah berkedut itu.
"MMMmm...baunya cam jadik je ni"...aku menhirup kuah yang masih belum mendidih itu...."Wah sedapnya..sebijik macam batang keladi". Alhamdulillah..sepanjang2 aku masak tu tak putus berdoa supaya Allah bagi izin rasa Rhubarb seiras batang keladi. Aku pon tutup periuk dan tunggu Rhubarb mendidih. Bila mendidih je aku pun buka tudung untuk merasa. "Masya Allah.....masamnya".
Kesimpulannya tunggu saje lah masa balik Malaysia nanti baru dapat menikmati asam pedas batang keladi. Walaupun /rhubarb tu sekali pandang macam batang keladi tetapi teramatlah masam. Alhamdulillah Allah menambahkan lagi pengalaman aku dan aku dapat ilmu baru hari ini, walaupun hanya ilmu bahawa Rhubarb itu masam.
2 comments:
aah le..satu lg menu yg aku lupa nk mkn masa balik mesia ritu..tekak aku pun da terasa2 je da ni bila baca cerita ko ni kak...aduiiii kepingin bangat...tp masam sgt ke kak..ke ko terlbh taruk asam...hihihihi..
huhu..at least dh try msak tu kira ok la..klu kt nmpk benda pelik sket xbrani nk msk dah..haha
Post a Comment