Tuesday 29 September 2009

Tak lama lagi

lagi 3 hari je lagi opeh hall kami (geng kariah forest field 2nd group) akan buat open hall. Memulanya nazri tak nak buat kat dewan sbb tak syiok kata dia...mesti nak tamu datang rumah gak....tp dah rumah sesak kan camne nak buat...bincang punya bincang stuju nak buat kat dewan...

Dipendekkan cerita sabtu ni open house kami ber12 orang....alamak kekandaku udah pulang...kene turun dulu....daaaa...

Saturday 26 September 2009

Dihening Syawal

"Selalunya kalau Si **** dengan Si **** ada mesti pagi2 derang dah datang sini kan lepak2 makan2.....Tapi tahun ni senyap je rumah kita." Gumam suami di pagi Syawal. Aku diam tanpa kata.

Sememangnya tahun ni kurang kemeriahannya. Tak pasti la pulak kenapa....tetapi memang dah dapat rasa masa ramadan lagi berlarutan hingga ke raya. Lepas balik dari dewan tu...dah pukul 12 tgh, lepas sejam dua balik dari dewan barulah ada orang datang beraya...kalau taun2 yang lepas balik je dari sembahyang dah ada orang ikut balik rumah beraya. Hmmm tak pelah...aku mengharapkan ini raya yang terakhir di sini dan tahun depan bole beraya dengan sanak saudara.

Tapi nanti bila dah balik msia mesti rasa sedih jugak sebab terasa nak mengulangi kemeriahan bersama kawan2 kat sini pulak...sure punyere..!!

Entah lah..manusia kan mmmg macam ni la...tak pernah puas dengan apa yang Allah kurniakan..Tak apalah yang penting kami sekeuarga dan kelaurga yang ditinggalkan nun jauh di sana sihat wal afiat...beraya kat mana tak pernting....yang penting amalan di bulan ramadhan.. Namun tetap berdoa semoga suamiku dapat selesaikan tugasnya di sini dengan jaya dan pulang membawa amanah yang telah langsai... Amin..

Friday 18 September 2009

Salam lebaran buat semua

Lebaran datang lagi....mengharapkan yang terakhir berjauhan sanak saudara dan keluarga. SEmoga Ramadhan 1430H ini menjadi titik tolak untuk berhijrah ke arah kebaikan ukhrawi...

Salam kemaafan dari kami sekeluarga kepada sahabat handai dan keluarga di luar sana..Mohon maaf seandai menguris atau rasa terhiris. Kata2 yang mungkin di anggap kesat dan keterlajakan gurau atau bahasa yang terlanjur bicara. Halalkan makan minum kami sekeluarga...jika ada hutang yang belum langsai sila khabarkan agar dapat ditunaikan. Maafkan kami sekiranya ada mengata secara secara sengaja atau tidak ...sesungguhnya kami tidak ingin memakan daging sesama islam ini..mahupon yang bukan islam.
Bagi pihak kami sekeluaga pula ...sangat berlapang dada untuk mengampun segala kesalahan rakan2 diluar sana. Sangat dialu2kan bagi jiran tetangga yang berada sekitar Nottingham untuk singgah di pondok sempit kami utk kita sama2 meraikan idilfitri yang mulia ini. Insya Allah kuih muih raya yang ada dapat dinikmati bersama.

Sekali lagi dari kami sekeluarga

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday 16 September 2009

minima vs maksima

"Alah tak pe la, rugi tak beli tu..murah tu..bukan senang nak dapat"...Suara kutekankan untuk membuktikan segala faktaku benar belaka.

Selalu saja ingin berlebih2an bila berbelanja atau membeli kelengkapan rumah atau anak2...apatah lagi musim2 raya sebegini..kalo bole nak ditukar semuanya. Mau saja mahligai indah yang sememangnya tersergam indah di hias semaksima mungkin, maklum lah raya setahun sekali.

Mengapa pendekatan ini tidak diaplikasikan dalam diri di bulan ramadhan ini. Selalu saja berpuas hati dengan amalan yang telah dilakukan. Sudah cukupkah?

Menyentuh bab terawikh...cukup lah buat 8 sahaja atau kadang2 tak buat langsung sebab.."Alah dah buat buat yang wajib pon dah cukup dah"...

Mengaji pun cukup la khatam sekali setahun. Khatam dalam bulan ramadhan ini pon rasa dah cukup baik..sedangkan aku sepatutnya sentiasa tidak merasa cukup bila melangkah bab2 saham akhirat ini. Sahabat boleh khatam Quran dalam masa 3 hari malah ada yang lebih dari itu. Ada yang khatam 2 kali sehari bermaknanya sepanjang bulan ramadhan boleh khatam 60 kali. Masy Allah..kerdilnya diriku ini berbanding dengan mereka yang dapat hidup pada zaman nabi. Sering saja puas dengan pencapaian tapi hakikat nya sudah layakkah memasuki Syurga Allah atau sanggupkah terjun ke neraka jahanam...nadzubillah..

Mengapa aku sanggup berkorban wang ringgit utk berhabis membeli itu dan ini..sedangkan saham akhirat tidak perlu bermodal.

Maaf kalian..luahan ini hanya untuk aku yang sentiasa leka dan lalai..mencatat utk menjentik hatiku yang tidak selalu menyala api imannya.

Thursday 10 September 2009

Cahaya Kasih....

Sayu...
Pilu...
Rindu...

Hanya itu sahaja perasaan yang menari2 di lubuk ini. Tak tau kenapa...malam ke 21 ni sepatutnya sibuk dengan amalan2..tapi lain pula jadinya. Sibuk melayan perasaan. Sana sini baca blog tentang kesedihan mengundang hiba dipanjangkan lagi.

Tahun ke 4 berpuasa dan berhari raya Insya Allah.... mengimbau kenangan tatkala menjejakkan kaki buat kali ke2 di tanah asing ini. Menyambut 1 Ramadhan bersama Nasibah sekeluarga sementara mencari bumbung untuk kami sekeluarga bernaung.

Imbasan video perpisahan kami sahabat2 yang teramat rapatnya...(seperti sedarah sedaging). Menumpahkan air jernih yang bertakung hangat. Mengapa saat2 menjelang ramadhan dan syawal ini menjadi calendar yang begitu puitis untuk diangan2kan. Adakah kerana ukhwah ini??...atau ..... entah..tapi yang pasti sangat payah untuk dilempar jauh2 dan sebenarnya tak ingin ku campak walau di mana pon. Biarlah ianya menjadi kemanisan silam yang sangat dirindui. Sekurang2nya aku pernah mendapat seteguk kasih dari insan bergelar sahabat. Mungkin tidak tergadai kasih ayah ibu tetapi cukup untuk mengubat kerinduan ini...

Allah yang Esa...
katakanlah
bahawa kasih ini
akan bertaut jua
gelora ini
akan ke pantai jua

Sesungguhnya kasihmu...
yang kekal abadi..

Wednesday 9 September 2009

Cantiknya..

19 Ramadhan 1430H...bersamaan 090909....bersamaan hari rabu atau 'Arba'a...
cantiknya tarikh ini dalam tahun masehi...apa istimewanya hari ini...entah la..tak nampak pon keistimewaannya melainkan figure....

tapi mungkin juga malam ini menjelang malam ke sepuluh terakhir ramadhan...mungkin lebih bermakna kepada semua umat islam yang menunggu nikmatnya....

Waullahuaklam...

Saturday 5 September 2009

Anyam ketupat

"Aku cakap betul apa...ni bukan mengumpat..memang dah betul nak buat macamana".... Ayat yang sering keluar dari lidah seorang wanita.

Tetapi...

Di dalam Kitab Riyadus Shalihin karangan Imam An-Nawawi, Bab berkaitan Ghibah, ada 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat. Saat itu, ghibah diharuskan untuk tujuan yang shahih lagi syar’ie di mana tidak mungkin tujuan atau matlamat tersebut boleh sampai melainkan terpaksa melakukan ghibah, maka dibenarkan!

Terdapat 6 perkara yang dibolehkan mengumpat dalam kitab tersebut. Kandungan asal bab ini dipetik dari Kitab Riyadus Shalihin versi Bahasa Arab... Begitu juga dalam kitab-kitab seperti Imam Ghazali Ihya Ulumuddin dan lain-lain.

6 Perkara tersebut ialah:

Pertama: Orang yang dizalimi. Maka harus bagi orang yang dizalimi mengadu kezaliman yang dilakukan ke atasnya kepada pemerintah, qadhi dan sebagainya yang menjadi penguasa atau mempunyai kekuatan untuk menghentikan kezaliman orang itu. Contohnya, dengan menyebut : “aku dizalimi oleh fulan seperti ini... “.

Kedua: Minta tolong untuk mengubah kemungkaran atau menunjukkan ahli maksiat kepada kebenaran. Caranya dengan menyampaikan kepada sesiapa yang mempunyai kekuatan atau kemampuan untuk membetulkan kemungkaran tersebut. Contohnya, dengan menyebut : “ fulan itu melakukan begini.. “. Maka boleh disampaikan dengan tujuan untuk mengubah mungkar. Jika bukan dengan tujuan itu adalah haram.

Ketiga: Meminta fatwa. Contohnya, kita bertemu mufti dan berkata : “ aku dizalimi ayahku atau saudaraku atau suamiku atau fulan dengan begini. Maka apa pandangan mu (mufti )?”. Pertanyaan itu bertujuan untuk meminta pandangan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetapi, baik juga jika nama identiti individu tersebut tidak disebut secara terperinci kecuali dengan menyebut kesalahannya sahaja.

Keempat: Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka. Contohnya apabila kita mengetahui adanya orang yang diambil menjadi saksi dalam sesuatu kes, tetapi kita tahu kefasiqannya, maka wajib mendedahkannya demi kemaslahatan umat Islam. Ataupun seorang perawi hadith yang diketahui mempunyai masalah di sudut thiqah atau adilnya, maka boleh didedahkan kerana untuk menjaga kepentingan ramai daripada menerima hadith yang diriwayatkannya.

Ataupun dalam bab perkahwinan, dibenarkan kita menyebut keburukan seseorang jika ada orang yang ingin mengahwininya datang bertanya tentang diri individu itu pada kita, atau dalam urusan untuk berpakat berniaga, maka dibenarkan kita menyampaikan keburukan seseorang yang ingin melakukan kerjasama dalam perniagaan agar terselamat dari amalan buruknya, atau dalam urusan menyimpan barang, maka boleh kita maklumkan keburukan seseorang yang kita tahu dia tidak amanah dan sebagainya dan lain-lain.

Atau kita memaklumkan kepada orang ramai agar tidak berguru dan berhati-hati dengan seseorang yang kita tahu dia sering berulang-alik belajar dari guru yang bid’ah. Atau ilmunya diambil dari orang yang fasiq kerana kita bimbang akan timbul mudarat darinya nanti. Ataupun kita memaklumkan pada orang ramai tentang keburukan seseorang yang ingin diangkat menjadi pemimpin kepada satu kaum, tetapi dia fasiq, lagha (lalai) dan sebagainya. Maka wajib memaklumkan pada orang ramai.

Kelima: Orang yang melakukan maksiat atau bid’ah secara terang-terangan seperti minum arak, mengambil cukai (peras ugut dan sebagainya), ambil harta orang secara zalim, menjadi kepala utama dalam melakukan kejahatan, maka harus didedahkan kejahatan mereka ini. Namun, perbuatannya jahat yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja perlu disebut, bukan selainnya.

Keenam: Pengenalan diri . Apabila ada manusia yang dikenal dengan gelaran seperti mata berair, tempang, pekak, buta, juling dan sebagainya, maka harus memanggil mereka dengan gelaran itu dengan tujuan untuk mudah dikenali. Jika bukan dengan tujuan untuk mudah mengenali, sekadar untuk menghinanya, maka hukumnya haram. Adapun, jika gelaran-gelaran itu tidak diredhoi oleh mereka, maka tidak dibenarkan memanggil gelaran itu dan usahakan dengan panggilan lain jika ingin mudah kenal sekalipun.

Inilah 6 keadaan diharuskan ghibah (mengumpat) oleh ulama'-ulama’ dengan pelbagai dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Hadith masyhur yang telah mereka sepakati. Maka pandai-pandailah kita menilai dan meletakkan mengumpat kita dan anda, sehingga tidak terjerumus jadi 'pengumpat' yang dilarang pula!

Renung-renungkanlah..untuk memperbaiki diri sesama kita...terutama pemilik jemari ini.

Tanamkanlah azam untuk membaikpulih aqidah dan sahsiah...semoga Allah mempermudahkan usahaku yang tak seberapa ini. Semoga Allah buka lagi dan lagi jalan2 kebaikan untuk insan yang lemah ini. Amin...

Thursday 3 September 2009

Alpa yang sering berulang..

"Abang pelankan sikit tv bang"....aku menunaikan solat asar di tingkat bawah sahaja. Malas meniti tangga ke tingkat dua kerana sejurus solat ingin terus bingkas ke dapur menyiapkan juadah berbuka kami sekeluarga.

Sebaik sahaja mengangkat takbir hati masih berbisik "kenapa tv ni masih tak pelan lagi"...mula syaitan mencurah minyak dalam dada ini. Semakin berpindah rakaat semakin tak khusyuk dibuatnya mendengar lontaran suara dari televisyen mengugah ruang makan kami.

Sejurus saja selepas solat aku bingkas mencapai remote control di tangan suami sambil menekan punat sebelah kanan dan.....pap....sunyi seketika....

Doa ku panjatkan kepada Pencipta alam menanda tamatnya solat asarku pada hari ke 12 ramadhan ini. SEjurus itu kedengaran suara berbisik dari kotak besar itu lagi. Kali ini sangat perlahan seakan terpaksa berpicing telinga untuk buah butirnya.

Selesai melipat sejadah dan telekung aku gegas ke dapur. Suamiku pula menapak ke bilik air mengambil wuduk dan bersedia untuk ke masjid...sememangnya dia akan bersolatlambat sedikit dari aku kerana dia berjemaah di masjid dan biasanya jamat di masjid agak lambat dari solat di rumah.

Melihat wajah suami dengan air wuduk masih basah di wajah tiba2 aku rasa sekalian dosa dihempap di atas pundak ini.
"Abang....maaf ya kalau tadi berkasar...."..Ku pohon keampunan. Seraya itu juga dia menjawab "Tak apa..bagus lah tu". Semakin berdosa hati ini mendengar jawapan itu. Terlalu keterlaluan kah tindakan aku sebentar tadi?. "Biadapkah aku?....tapi bagaimana tindakannya tidak menghormati orang solat dengan menonton tv dengan volume tinggi itu?".. Detik hati membujuk rasa bersalah.

Aku mungkin betul, tetapi apapun niat tanpa disertakan tindakan yang betul tetap salah di sisi agama dan etika seorang isteri. Tidak bolehkan aku menegur secara baik..(walaupun telah diperingatkan sebelum solat lagi). Mungkin dia alpa ketika itu.
Sebaik suamiku pulang dari masjid...tazkirah keluarga bermula....

Sebaik tasbih kifarah dan surah dibaca aku memohon ampun sekali lagi...takut2 nanti aku tak sempat melihat mentari esok hati membawa dosa hari ini. Alhamdulillah kali ini tampak ikhlas dan jujur kemaafan di berikan.

Walau apa pun niat kita hormat dan susila terhadap suami wajib di pelihara seiring dengan niat yang suci. Kerana ditakuti kita ingin memilahara perkara2 yang sunah atau harus menjadi pula dosa berat untuk kita pikul dek kerana panas baran atau emosi. Ingatan ini untuk diri aku sendiri yang sering alpa dan hanyut dengan hasutan syaitan walau sejurus itu akan aku pasti menyesal dengan apa yang barusan aku lakukan. Mujur suami sangat memahami dan pintu kemaafannya bersifat mendidikku...

Ya Allah kau peliharalah aku dari api neraka...sesungguhnya syurga buat isteri yang taat akan suaminya. Insya Allah..Amin....