Friday, 19 June 2009

Melentur Buluh Biar dari Rebung

Selalu aku perhatikan gelagat si kakak....sememangnya agak kasar pada adik2. Bersifat mengarah dan menggunakan statusnya sebagai aset untuk mengatur adik-adiknya. Si Kak Cik pula lebih manja, tapi terkadang terlebih-lebih. Dulunya sangat cerewet dengan kebersihan tapi kini agak tidak peduli dengan itu semua. Si bujang yang seorang ini mempunyai karektor yang tersendiri, tidak banyak meluahkan tetapi banyak memerhati. kurang bercakap tapi agak tepat sesekali meluah rasa. Si bungsu ini pula memegang karektor yang tiada pada yang lain. Mempunyai pendiriannya tersendiri yang tegas dan tidak peduli orang kata. Manja tapi tidak mengada-ngada.

Seingat aku, aku mencorakkan mereka dengan pendekatan yang hampir sama tetapi tetap mempunyai sentuhan yang berbeza mengikut kesesuaian. Persoalannya adakah betul kaedah yang aku semai selama ini?..Aku tidak mahu "Sudah terhantuk baru terngadah". Melalui pembacaan-pembacaan...rata-rata mengunapakai teori lembut dan berhemah. Tapi aku ??.
Aku suami isteri agak keras sedikit pada anak-anak, tetapi pada masa yang sama tetap membelai mesra mereka. Masa beriadah tetap diluangkan, bermain bersama, menonton bersama malah berkongsi hobi yang sama.

Betulkah caraku ini??. Aku sangat takut tidak dapat memegang hati-hati mereka bila remaja seterusnya dewasa nanti. Terlambatkah aku?

1 comment:

zue said...

zue rs ank2 ni ujian bg kita kak.zue ni pon sebenarnya suka gak marah tp semenjak diorg dh semakin besar ni dh xleh marah yg xtentu psl.mcm ank zue yg 2nd tu..determine nyer..Allah sj yg tau.meraung bg nk rak kalu nk yg itu..itu jugaklah.akhirnya..kena guna cara lain.dlm ertikata lain..ank2 plak mendidik kita jadik kurang pemarah.terpaksa perah otak sket kalu nk bg nasihat ank2 skrg ni..kan kak?ada jer idea diorg.tp,selagi kita cuba ikut cara Islam..insyaAllah.mmg scary nk tggu depa ni masuk ke alam remaja...psl kita dh laluinyer..dh tahu dh apa ada di alam tuh.nanti buleh kongsi tips didik ank2 akak,buleh zue buat contoh insyaAllah