Thursday 24 January 2013

apa kata korang

25hb Jan 2013~Jumaat
Assalamualaikum semua
hari ini jumaat yang mulia, petang ni aku nk g nilai lagi sbb amik maisarah utk OB.. ptg semalam bru hantar sbb rabu aku ambil utk majlis anugerah kat sekolah..dapatlah sebijik beskal bersaiz aku hehe.

Bukan itu nak cerita sebenarnya, aku nk tanya korang sebenarnya tentang perbualan yang akan aku kemukakan dibawah..Korang dikehendaki memberikan pendapat berdasarkan petikan yang diberi..cewah..cam karangan plak..ok tamo buang masa, aku pon nk msk ni.

Anak si A mendapat 8A dalam PMR (ibunya bekerja)
Anak si B mendapat 7A 1B dalam PMR (ibunya tidak bekerja)

A - tu lah kenapa tak hantar tuisyen.. belajar kat sekolah mana cukup, anak perlu pergi tuisyen
B - tidak berkata apa kerana tidak mendengar perbualan ini krn yang mendengar adalah aku

sila beri ulasan menurut pemerhatian korang

5 comments:

zlaa said...

baru PMR.. tak yah ambil pot sgt.. panjang lagi perjalanannya.. straight A's pun masuk universiti belum tentu bagus keputusannya.... sekian..:)

-dal- said...

Comment aku buat masa ini hanya satu. PMR ke bawah. Tuisyen memang tak perlu. Depa nak merendek jer tuh kat pusat tuisyen. hihihih. (actually ni alasan mak aku masa x mau hantar kitorang pi tuisyen dulu)

kak cahaya said...

kekkekekek...aku suke komen2 korang..jujur dan tulus..aku tunggu lagi kalok2 ada yg berkenan nk komen

Anonymous said...

Kak Cahaya,

Betul tu .. untuk PMR ke bawah tak payah susah-susah. Apa yang cikgu buat kat sekolah dah cukup. Tambah sekarang PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) .. lagilah kena bergantung kat pihak sekolah....

sevendrops

kak cahaya said...

betul tu saya stuju..sayaa pon apply yg sama pd anak2..tp pelik jugak ramai yg anta anak tuisyen seawal sek tadika lagi..tu yg buat saya curious.. rata2 mrk2 ni sgt berkira..kalo anak org lain belum buleh baca anak dia dah bule baca, org lain lom bule mengira dan dia dah bule mencampur dan seterusnya..tp tgk anak org yg x anta tuisyen pon sudahnya dpt result sama gak..tak tau la kalo anak dia A gemok kot..entah la..
sudahnya saya buat apa yg baik saja utk keluarga saya..biarlah depa nk wat apa pun huhu