Wednesday 2 January 2013

Aku yang feeling


2hb Jan 2013~ rabu --------- adalah hari pertama persekolahan

Seperti ibu bapa yang lain, persiapan dilakukan untuk memulakan persekolahan, Umairah ting 4, Maisarah ting 1, hud Djh 5 Dhia Djh 2. Kejam kelip hampir 17 sudah aku berkahwin, bagai tak terasa saja. Sudah besar2 rupa2nya putera dan puteri ini. Sedari bayi hingga menginjak remaja, pelbagai ranjau, suka dan duka kami suami isteri lalui. Namun tiada yang pahit Allah limpahkan buat kami. Ya Allah syukur aku kehadratmu diatas kurniaanmu ini. Pun begitu sebagai manusia biasa aku tak lekang dari dugaan2 kecil berbentuk keletihan dan stress (terkadang melampau) dalam meladeni kerenah anak2, yg melalui usia prosses mendewasakan mereka. Walau pun tidak lah sesusah mana namun bukanlah semudah yang disangka.
Setiap anak mempunya karektor yg berbeza. Cabaran sebagai seorang suri rumah adalah melihat anak2 membesar hasil didikan sendiri. Aku yang menguruskan anak sepenuh masa ni pun kadang2 terasa hampir putus asa , aku tak dapat bayangkan mereka yg bekerja. Bagaimana agaknya mereka membahagikan masa antara tugas, anak2 dan suami. Supermak betul.

Mendidik anak remaja bukan mudah, membentuk sahsiah sekaligus memberi pendidikan formal kepada mereka membuatkan aku merasa diri dicabar. Nazri pula lebih suka aku menguruskan semuannya sendiri, katanya lebih afdhol kalau ibu menguruskan dan anak2 membesar hasil air tangan ibu bapa. bab makan pakai dan tempat tinggal memang aku tak punya masalah, tetapi hinggan ke bab mengajar anak pun disuruhnya aku mengajar sendiri. Mujur dia bukan jenis yang hanya order saja. Setiap kali perbincangan suami isteri utk menentukan apa yg perlu dibuat bagi seseorang anak, kami akan mencapai kata sepakat dan membahagi2kan tugas mengikut keperluan anak itu sendiri. Walau apa cara sekali pun kami akan laksanakan utk mencapai target kami. Jika pula ditengah2 perlaksanaan itu kami tak mampu atau ada kalanya perlaksanaan tidak seperti yg dirancang (biasanya anak tidak memberi kerjasama seperti yg diharapkan).. kami akan bermesyuarat sekali lagi untuk mengubah cara mengikut kesesuaian anak. pastinya saat ini kami sedikit tertekan kerana takut gagal. namun anak2 bukan lah bahan experimen. Kami tidak mengguna veto..malah seboleh2nya menggunakan diplomasi yang tegas. Selepas berbincang biasanya kami panggil si anak itu dan bertemu 6 mata utk memberi tahu dia perancangan kami untuknya. Tujuannya supaya dia faham matlamat dan dapat memberikan kerjasama. Mrk perlu tahu sbb mrk berbuat sesuatu untuk mengikhlas hati  spy dpt menerima arahan dan melaksanakan dengan ikhlas dan tidak merasa hidup mrk diatur. Ini sgt penting utk mengelakkan protes.

Sejauh ni alhamdulillah perlaksanaannya dapt diterima semua anak2. Yang penting kene banyak doa, dan latih juga anak kita bangun solat malam kerana jika hanya kita yang melakukannya tanpa pihak yg menerima berusaha sama..kita ibu bapa ibarat syiok sendiri. Didik mereka memohon ihsan Allah dan yakinkan mereka, kita telah berusaha tetapi jika kita tidak mintak pada Allah, macam mana Allah nak beri. Selebihnya tawakkal dengan ketentuan Allah.

Kebelakangan ni ada beberapa individu yang bertanya2kan tip2 untuk mendidik anak untuk menjadi cemerlang. Aku merasakan terlalu awal untuk memberikan tips2, kerana baru 2 orang yang melalui exam besar, bukan peringkat spm pulak tu, kata orang tu baru peringkat awal lagi, tak berani nak kata apa2, tapi rata2 yang bertanya tu, sbb mrk ingin tips sbb anak2 aku tidak aku hantar tuisyen tetapi bule mendapat keputusan yg agak memuaskan. Tak berani sebenarnya nak share dengan sesiapa kerana perjalanan mereka masih jauh dan kita tidak tahu apa akan jadi dipenghujungnya nanti. Namun aku sendiasa berdoa agak kejayaan milik putera puteri kami hinggan ke akhirat. Selalu pesan pada anak2, walau setinggi mana pon kita beljar tetapi kalau lalai ingat Allah, Allah tak akan pandang kita sedikit pun. Ukuran syurga neraka bukan berskalakan degree, msc atau Phd yg kita genggam, namun ibu akan bangga jika anak2 ibu dapat berjaya di dunia dan mengenggam akhirat. Moga impian kita akan tercapai dengan kerja keras doa .

Di doakan juga saudara2 dan sahabat handai di luar sana mendapat kejayaan dunia dan akhirat jua..amin. Jangan lupa menyebut setiap nama anak2 setiap kali selepas solat, agar mereka lembut hati, taat, sihat, dipelihara iman, dan cemerlang dunia dan akhirat..insyAllah..aminn

3 comments:

zafwah said...

klu kt facebook ni dah klik like dah..rajin2 tulis lg kak ek..kalau rjin lg tiap anak2 yg lain2 pe'el tu mcmne ko tackle..aku ni anak lelaki ramai..kata org anak lelaki yg susah sket..

kak cahaya said...

rasanya tak jgk sbb kakak aku 3 lelaki 1 pompuan..tp dia kata pompuan lg ssh..rasanya ikut bdk jgk..

kak cahaya said...

mende2 camni aku x brapa ske ltk kat fb..sbb takut ada org salah sangka..mcm2 pulak intrepetasi derang..kalo kat sini kurang pembacanya dan rata sume kenal aku..so kurang la risiko salah sangka..tu pon kdg2 ada gak salah sangka sbb aku citer lain drang igt aku citer pasal lain plak