8hb Jan 2013 ~ Selasa
Assalamualaikum semua
Pagi hari yang dimulakan dengan longlai, kepala masih berat. Letih semalam masih bersisa menyebabkan hari ini masih lemau. Seharian pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 2013. Berlangsung pada 7hb Jan 2013, menyaksikan kami sekeluarga seharian berada di Kolej Tunku Kurshian dengan pelbagai kerenah pendaftaran. Seperti di duga Nilam Maisarah adalah pelajar paling 'comel' , walau pun masih ada juga yg bersaiz lebih kurang dengannya. Namun rekod ter'comel' itu aku masih lagi dipegangnya malah dibawa dari sek rendah lagi. Tak mengapalah, yang penting sihat dan disayangi Allah. Ibu juga pernah melaluinya suatu ketika dulu.
Bertolak dari melaka 6.45pg, selesai sarapan roti canai, perjalanan dimulakan dan tiba di TKC lebih kurang 8.30pg. Debaran semakin terasa namun aku buat tak endah. Sedari post pengawal lagi sudah ada usher yg bertugas menunjuk arah. Sehinggalah selesai parking, juga ada 2 usher yang menanti. Mereka memberi tahu apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran. Urusan pendafaran perlu di lakukan oleh pelajar itu sendiri ditemani oleh usher tadi. Seorang lagi usher akan mengiringi ibu bapa ke dewan budiman untuk taklimat.
Taklimat juga dikendalikan oleh pelajar, speech diberikan oleh ketua pelajar dan taklimat HEM diberi oleh pen ketua pelajar (bahagian HEM). Segala urusan dewan diuruskan oleh pelajar. Sekali sekala aku mellihat kelibat guru dibelakang pentas. Sesi soal jawab bersama ibu bapa juga dikendalikan oleh palajar. kaunter2 baju dan buku juga kaunter pembayaran yuran juga dikendalikan pelajar. Pendek kata dari A-Z adalah kendalian pelajar. Pelik jugak cikgu2 di sana sangat percaya kepada murid2 ini mengendalikan jumlah duit yang agak besar. Maklumlah rata2 seorang pelajar menghabiskan rm600 utk yuran. Sebarang masalah juga pelajar ini akan menyelesaikan sendiri. Tidak pernah lagi aku menyaksikan situasi sebegini. Biasanya jika ada pun pastilah guru2 akan melakukannya dan dibantu oleh para pelajar. tetapi di TKC.. jarang sekali kita melihat kelibat guru dalam kesibukan itu.
Bukan sahaja itu, malah setiap pelajar yang kami sua semasa berjalan, pasati mereka akan senyum dan mengucap salam kepada kami, ada juga yang kami sudah jumpa 2-3 kali, mereka akan bersalam dan mencium tangan apabila kami ingin pulang. Faktor2 diatas menguatkan hati aku untuk meletakkan Nilam Maisarah dibawah jagaan Che Kamalia (pengetua cemerlang). Semasa dalam ucapan pembukaan, pengetua cemerlang ini sangat mengujakan. Beliau berkata, pelajar2 bonda akan dilatih untuk 'yg muda disayangi dan yang tua dihormati'. Melihat kepada pelajar2 di sini, aku yakin cogan kata itu bukan sekadar sepotong kata2 malah telah menjadi darah daging warga TKCian. Bonda(panggilan untuk pengetua), kata beribu2 pelajar yang memohon ke TKC tetapi hanya 141 orang pelajar yang diterima masuk. Wahai anak janganlah kau persiakan perpisahan kita ini..moga d hujung nanti ada sinar cemerlang.
Ibu mana tak sayangkan anak. Setelah selesai kemas barang di dalam locker yang mana pada permulaannya Maryam Boi (kolej sister aka kakak angkat) nilam telah menawarkan diri untuk membantu mengemas, tetapi tidak sampai hati kerana nampak letih sangat wajah maryam. Mungkin sebab ebrtugas pada hari tersebut. Dia pulak mendapat 2 orang sister kecik yang perlu diuruskan. Pukul 5 kami harus meninggalkan nilam sepenuhnya dibawah jagaan pentadbiran sekolah. Namun kaki sangat berat untuk melangkah. Kalau ikut nazri dia hendak tunggu hingga Nilam selesai solat baru pulang, Namun aku bertekad untuk meninggalkan dia sejurus dia pergi menunaikan solat asar, kami harus tegas pada diri sendiri untuk kebbaikan semua. Aku tidak lagi boleh memanjakan diri sendiri, latih diri menerima hakikat suatu hari nanti kami akan berpisah jua. Alhamdulillah Allah masih beri ikmat kasih sayang ini. Syukur
Aku sebenarnya mengharapkan bulan pertama ini pihak kolej memberikan kelonggaran membawa anak2 balik setiap minggu. Rupa2nya pihak kolej telah menyediakan jadual yang ketat untuk pelajar2 ini. kebetulan sabtu ahad ini adalah hari outing. Namun waktu outing hanyalah dari 1-5 ptg. itupun jika sudah datang pd hari sabtu tidak lagi diizinkan pada hari ahad. Wahai hati sabarlah. orang kata kepimpinan melalui teladan, jika hendak anak cekal dan tabah ibu ayah perlu tegas mendisiplinkan diri dahulu. mesti menunjukkan contoh pada si anak untuk dijadikan model. Walau pun sangat payah (mungkin mula2 mmg gini kot). Namun terpaksa ditelan jua. Jauh di sudut hati terkenand, jika aku dirumah sudah rasa begini, apatah lagi dia di sana yang ditinggalkan ditempat asing, seperti dicampak di bumi alien, pastikan lagi hebat dugaan perasaannya. Aku yang sudah matang pun sangat berkecamuk, inikan pula anak kecil seusia 12 tahun. Itulah orang kata kecik sangat 12 tahun nak hantar asrama, tetapi peringkat umur beginilah mereka perlu dilatih ..melentur buluh biar dari rebung. Moga anak ibu Nilam Maisarah tabah di sana. Jangan patah semangat. Ingat pesan ibu jangan lupa solat.
Semangat aku menjadi kuat melihat anak yg sebaya nilam sangat tabah dan selamba saja tanpa ibu bapa di sisi, malah terpaksa menyeberngi laut untuk ke semenanjung menuntut ilmu. Yayasan Sarawak menghantar adik Nissa ke semenanjung tanpa ibu bapanya mengiringi. Hanya ada abang (belajar di Uitm) datang menjenguk adiknya. Sungguh tabah anak ini, ini aku jadikan perangsang buat nilam mengharungi hari2 tanpa kami di sisi. Berbekalkan janji ibu akan datang lagi sabtu untuk kita melunas rindu.
Mohon Doa sahabat2 juga agar anakku tabah dan dapat mengharungi cabaran emosi dan fizikal. aminnn
5 comments:
Insyaallah kak cik mesti boleh dan cepat sesuaikan diri dengan pelaar2 di sana yang sgt supportive. Kak cik dok blok mana kak kat tkc?
kepada maknya, tabahkanlah hati ya...
anonymous...
harapan sangat besar spy nilam cepat adapt dengan suasana
kak cik dok blok TF.. Tun Fatimah .. blok biru
alamak..aku yg baca ni pun tangkap syahdu kak..tp xpe..insyaAllah berbaloi pengorbanan korg sefamily..
aku pun syahdu.. hehehe. Biasala tu kak memula. Aku dulu 2 minggu berendam air mata. Lepas tu seronok melampau sampai kalau boleh x nak balik kampung.
adoohai..mekasih la korang..semangat ini yg aku perlukan sebenarnya..kdg2 rasa cam nk post kat fb spy dpt dorongn dr sahabtt2 tp takut ramai yg salah anggap..tak pe lah kat sini pon cukuplah..sekurang2nya aku tidak keseorangan melaluinya..
Post a Comment