Sunday, 13 January 2013

episod 2

13hb Jan 2013 ~ Ahad
assalamualaikum semua

haha tak de kene mengena kan tajuknya..episod 1 takde tiba-tiba episod 2..suka hatilah.

Hari ini cuti..wekend biasa. Semalam Sabtu 12hb seperti yang dijanjikan kepada anakanda Nilam Maisarah, aku pergi sekali lagi untuk melawat nilam. Minggu ini adalah outing harian. Bermakna buleh dibawa keluar tanpa bermalam. Sedari hari isnin sejak kami menghantar dia ke sana aku tidak menerima sebarang panggilan darinya. Risau sungguh hati ini tidak mendengar suara halusnya itu. Hati asyik berdetik, bagaimana keadaan dia di sana, sugulkah?..baik2 saja kah.

Setiap kali telefon berdering mesti hati berdebar. Hinggalah petang hari jumaat telefon berdering lagi, disusuli suara halus dihujung talian. Ibu, kak cik ni...dalam nada yang tidak begitu jelas. Sebak sungguh mendenagar suara itu. Akhirnya airmataku berderai jua bersama2nya. Namun pantas ku seka memandang talian yang tidak begitu baik. Seandainya aku melayan sebak dihati pasatilah dia lebih lagi di sana. Aku terus menenangkan keadaan supaya butir bicaranya jelas dan mudah aku dengari.Nilam kata dia tidak boleh bercakap lama kerana Q panjang. Dia juga tidak dapat menelefon selalu akibat Q yangpanjang setiap hari. Hari itu pon dia dapat menelefon kerana tidak mandi petang..jadilah dia punya masa lebih untuk beratur. hai anak...kasihan.

Situasi sekolah yang baru menyebabkan satu blok hanya dibekalkan dengan 1 telefon sahaja. Kami dimaklumkan 15 lagi public phone akan dibekalkan untuk kemudahan pelajar.

Lawatan kami ke sana bermula dengan sesuatu yang menenangkan jiwa. Sebaik sahaja nilam aku dia terus memelukkku kejap. Sebaik outing, nilam takputus2 bercerita tentang sekolahnya..itulah inilah. Aku dengarkan sahaja dan berkongsi kegembiraannya. Jauh di sidut hati aku sangat lega, setidak2nya aku tidak lagi risau keadaannya di sana. Menurutnya tiada ragging dan apa2 masalah di sana. Kawan2 satu dorm pun baik2 belaka. Ibu ..best giler kat sini bu...i dont wanna quit from here bu. Menurut nilam ada juga pelajar yang tidak langsung pandai menggosok baju dan membasuh pakaian. Maklumlah di rumah ada 2 orang bibik. Kasihan anak itu sepatutnya si ibu sudah 'training' anak2 yang nk masuk asrama ni supaya mendapat pendedahan secukupnya dan berada dalam keadaan bersedia. Namun  ifa anak yang baik dia minta nilam mengajar membasuh dan menggosok pakaian. Banyak lagi perkara yang diceritakannya, bagaimana etika makan, dan berjalan. Bermacam lagi celoteh dia, rasanya tak habis lagi cerita dia tu, memandangkan masa kami sangat terhad.

Alhamdulillah lega aku. Peraturan asrama dan sekolah sangat ketat, namun Nilam adalah seorang yang sangat patuh pada peraturan jadi dia tidak mempunyai masalah dalam soal itu. Bangun pagi seawal 5 pagi, basuh baju dan bersiap dan hari berakhir pada pukul 11.30 malam dan tidur.

Pada hari kami datang pelajar agak lambat keluar kerana mendengar ceramah Dr Andrew yang diterbangkan dari Oxford Uni London. Senyum lebarnya nilam jelas sekali kerana setidak2nya ini mengimbau kenangannya di tanah Inggeris itu. Dia kelihatan sangat teruja dengan ceramah itu. Ascent yang juga mengimbau nostalgia. Katanya dia masih faham keseluruhan yang diperkatakan oleh Dr Andrew walau sudah 2 tahun pulang ke tanah melayu.

Outing kami hariitu menuju ke rumah zafwah.. kononya nak menjengok baby baru...tetapi entah macamana buleh lupa utk memberikan hadiah kepada baby...huawaaaaaa..bila dah masuk kereta balik, nazri tanya dah bagi baby?...haaaa??..ya Allah macamana aku boleh lupa dushhhh...haruslah kene pergi lagi nih...sori baby adell haq..bengong unty ni..kelam kabut nak balik sudahnya terlupa..padahal matlamat asal adalah utk ziarah bby..sudahnya gosip jek yang lebih huhu. Tapi best la jugak dapat jumpa maktok dan mashitoh..rasa mcm tak cukup masa jek nak borak..kalo boleh nak lepak lama sikit..tak puas nak makan2 lagi..tapi perut dah senak, masa pulak pendek. Farah pulak masak macam2, mana la nak sumbat..tp anyway, time kasey farah/zol/maktok kerana jamu kami makan asedap2.. sampai ke malam kami kenyang..alhamdulillah.

Sebaik sahaja menghantarnya pulang ke asrama..kami merasakan perpisahan kali ini tidak lagi setegang pertama kali dulu. Nilam lebih tenang, aku pula lebih senang melepaskannya kali ini, lantaran cerita2 manis dan indah2sahaja. Sebgai ibu pastinya aku senang hati dan tidak risau lagi . Moga dia terus selesa di sana, namun ada juga desas desus nissa pelajar yayasan serawak itu akan keluar dari kolej kerana mempunyai maslah kewangan. mendengarkan itu satu keluhan berat aku lepaskan, mengenangkan betapa Allah limpahkan dengan serba cukup walau tidak kaya tetapi makan pakai tidak pernah kurang. Allhuakbar.. janganlah kau jauhkan aku dariMu . Moga kami berada dikalangan orang2 yang bersyukur dan tidak kufur dengan nikmatmu ya Allah.

3 comments:

zafwah said...

hihihihi...kena up hadiah la kiranya ni kak sbb terlupa...double ke triple ke..hahahaha...Alhamdulillah seronok berkumpul walau pun sekejap dan xpuas..

mlm tgk majalah 3..xbleh bergerak nk tggu k.chik kluar..seb baik ada gak cameraman sedut muka k.chik..muka ibu ayhnye je xmuncul2..

teratakmuslaily said...

wah wah wah... best punya outing.. kenduri kat rumah aunty farah! rugilah anak aku sekolah dekat dekat, takleh nak kenduri rumah kengkawan hahaha...
anyway Alhamdulillah kakchik dah get use kat sana Syukur....

kak cahaya said...

farah..tu ler..berangan ler si ibu ni mana ler tau cameraman berkenan kat aku..tgk2 hampeh..tp tak pe lah nasib maisarah ada..kalo tak harus aku kene kutuk muka anak tak de muka mak plak yg lebih hehe..
laily..kalo jejauh pon tapi x de port lagi haru..baik ler dekat2..senang keje
sok2 kan ahmad nk masuk kat bukit jalil..haa masa tu ko round ler satu KL..kan ramai sedara mara kita kat sana