25hb Jan 2013~Jumaat
Assalamualaikum semua
hari ini jumaat yang mulia, petang ni aku nk g nilai lagi sbb amik maisarah utk OB.. ptg semalam bru hantar sbb rabu aku ambil utk majlis anugerah kat sekolah..dapatlah sebijik beskal bersaiz aku hehe.
Bukan itu nak cerita sebenarnya, aku nk tanya korang sebenarnya tentang perbualan yang akan aku kemukakan dibawah..Korang dikehendaki memberikan pendapat berdasarkan petikan yang diberi..cewah..cam karangan plak..ok tamo buang masa, aku pon nk msk ni.
Anak si A mendapat 8A dalam PMR (ibunya bekerja)
Anak si B mendapat 7A 1B dalam PMR (ibunya tidak bekerja)
A - tu lah kenapa tak hantar tuisyen.. belajar kat sekolah mana cukup, anak perlu pergi tuisyen
B - tidak berkata apa kerana tidak mendengar perbualan ini krn yang mendengar adalah aku
sila beri ulasan menurut pemerhatian korang
Thursday, 24 January 2013
Sunday, 20 January 2013
muzakarah muhasabah
21hb Jan 2013 ~ Isnin
Assalamualaikum semua
Hari ini isnin, dan persekolahan bermula seperti biasa. Tapi kelainannya kanda bertugas menghantar kakak dan yang lain2 sekali . Sebab?... kakak dah tinggal sorang kat sek tu, sbb anak jiran dah pindah sekolah dekat situ2 jugak. Sebab berpindah, aku tak reti nak komen, biarlah dia nak pindah sekolah mana pun. Itu masalah keluarga derang aku tanak campur. Walau pun mungkin ada kene mengena dengan aku asbab perpindahan tu, ikut korang lah.. malas nak layan.
Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal jiran atau isu anak sekolah, aku nak story mori pasal diri aku. Aku teringin nak denagar pendapat korang tentang aku. Apa korang rasa tentang aku, adakah aku ni berkira? sombong? eksyen?berlagak? baik? laser? sgt protective? atau bagaimanakah aku ini. Jangan lah korang ragu2 nak tegur atau luahkan rasa hati. InsyAllah aku tak kecik hati,korang boleh tinggal komen di sni. Tapi kalau korng rasa terlalu peribadi untuk dikongsi disini korang bule pm aku kat fb pon ok. Eh ada ke org nk komen ni hehe entah2 tgk2 komen box kosong jek haha prasan ada org baca blog aku ni. Tapi sies aku perlukan komen ikhlas korang tentang aku sbb aku nak tau apa pandangan org pada aku. Kalau banyak -ve nya haruslah aku muhasabah diri. Kalau +ve pulak kene jaga jangan riak diri dan perbaiki yang kurang.
Aku ni mmg tak baik mana, tapi masalah nya jika kita ada buat yang tak baik kita mungkin tak nmpk, itu fungsinya kawan2 untuk menegur mana2 yang kurang. Biasanya kita akan rasa kita betul, jadinya sampai bila lah takkan berubah ke arah kebaikan. Dah lah...aku taknak komen panjang, aku tunggu komen korang je la. Korang kene bagitau dgn ikhlas tau. insyAllah no heart feeling atau broken... cme tacing2 je..haha

Tuesday, 15 January 2013
Harap Maaf
16 Jan 2013 ~ Rabu
Hari ini subuh2 lagi sebelum aku dikejutkan dengan panggilan telefon..dup dap dup dap hati. Dalam kepala dah terfikir yang bukan2. rupa2nya anak dara yang dekat enstek telefon soh bawak barang2 dia weekend ni..alhamdulillah semua ok katanya.
Satu lagi berita aku nak kongsi di sini. Semalam g cek kat website katanya hari ni semakan ke sbp utk ting 4 diumumkan. Pepagi aku dah cek..nampaknya tak de rezeki kakak kat sbp tu. Tapi hati ini mmg dah mengagak instinct kata dia tak dapat sbp ni..lagi pun dia kalau boleh mmg tak nak sbp. MRSM pon kata kalau dapat yang dia tak mintak, dia tak nak pegi. Entah lah nak...ibu tak boleh paksa, terpulang kamu membuat pilihan. Kalau ikut ayahnya mmg dia soh jer g dapat memana pon..tapi aku ni la berat sikit kalau jauh2. Tapi kes kakak ni lain sikit dari maisarah dulu. Dia ni kiranya kalau tak dapat mana2 pon aku tidaklah risau amat sebab sek dia tu ok je. Mcm maisarah tu lain..dia dpt sek yg digeruni hehe. Kami agak menaruh harapan untuk dpat mana2 supaya boleh elak dari sek tu.
Ok lah itu sahaja update untuk hari ini. hari ni harus aku melangok kang..sbb hati tak bermood sbb smlm dpt berita tak best dari jiran, so dok diam je la kat umah..ikut hati macam nak bercerita je ngan sesapa agar dapat realease sikit tp malas lah watpe nak menambah kan dosa aku je..mari membzkan diri agar lupa masalah peribadi huhuhuuh....istighfarrr...

Sunday, 13 January 2013
episod 2
13hb Jan 2013 ~ Ahad
assalamualaikum semua
haha tak de kene mengena kan tajuknya..episod 1 takde tiba-tiba episod 2..suka hatilah.
Hari ini cuti..wekend biasa. Semalam Sabtu 12hb seperti yang dijanjikan kepada anakanda Nilam Maisarah, aku pergi sekali lagi untuk melawat nilam. Minggu ini adalah outing harian. Bermakna buleh dibawa keluar tanpa bermalam. Sedari hari isnin sejak kami menghantar dia ke sana aku tidak menerima sebarang panggilan darinya. Risau sungguh hati ini tidak mendengar suara halusnya itu. Hati asyik berdetik, bagaimana keadaan dia di sana, sugulkah?..baik2 saja kah.
Setiap kali telefon berdering mesti hati berdebar. Hinggalah petang hari jumaat telefon berdering lagi, disusuli suara halus dihujung talian. Ibu, kak cik ni...dalam nada yang tidak begitu jelas. Sebak sungguh mendenagar suara itu. Akhirnya airmataku berderai jua bersama2nya. Namun pantas ku seka memandang talian yang tidak begitu baik. Seandainya aku melayan sebak dihati pasatilah dia lebih lagi di sana. Aku terus menenangkan keadaan supaya butir bicaranya jelas dan mudah aku dengari.Nilam kata dia tidak boleh bercakap lama kerana Q panjang. Dia juga tidak dapat menelefon selalu akibat Q yangpanjang setiap hari. Hari itu pon dia dapat menelefon kerana tidak mandi petang..jadilah dia punya masa lebih untuk beratur. hai anak...kasihan.
Situasi sekolah yang baru menyebabkan satu blok hanya dibekalkan dengan 1 telefon sahaja. Kami dimaklumkan 15 lagi public phone akan dibekalkan untuk kemudahan pelajar.
Lawatan kami ke sana bermula dengan sesuatu yang menenangkan jiwa. Sebaik sahaja nilam aku dia terus memelukkku kejap. Sebaik outing, nilam takputus2 bercerita tentang sekolahnya..itulah inilah. Aku dengarkan sahaja dan berkongsi kegembiraannya. Jauh di sidut hati aku sangat lega, setidak2nya aku tidak lagi risau keadaannya di sana. Menurutnya tiada ragging dan apa2 masalah di sana. Kawan2 satu dorm pun baik2 belaka. Ibu ..best giler kat sini bu...i dont wanna quit from here bu. Menurut nilam ada juga pelajar yang tidak langsung pandai menggosok baju dan membasuh pakaian. Maklumlah di rumah ada 2 orang bibik. Kasihan anak itu sepatutnya si ibu sudah 'training' anak2 yang nk masuk asrama ni supaya mendapat pendedahan secukupnya dan berada dalam keadaan bersedia. Namun ifa anak yang baik dia minta nilam mengajar membasuh dan menggosok pakaian. Banyak lagi perkara yang diceritakannya, bagaimana etika makan, dan berjalan. Bermacam lagi celoteh dia, rasanya tak habis lagi cerita dia tu, memandangkan masa kami sangat terhad.
Alhamdulillah lega aku. Peraturan asrama dan sekolah sangat ketat, namun Nilam adalah seorang yang sangat patuh pada peraturan jadi dia tidak mempunyai masalah dalam soal itu. Bangun pagi seawal 5 pagi, basuh baju dan bersiap dan hari berakhir pada pukul 11.30 malam dan tidur.
Pada hari kami datang pelajar agak lambat keluar kerana mendengar ceramah Dr Andrew yang diterbangkan dari Oxford Uni London. Senyum lebarnya nilam jelas sekali kerana setidak2nya ini mengimbau kenangannya di tanah Inggeris itu. Dia kelihatan sangat teruja dengan ceramah itu. Ascent yang juga mengimbau nostalgia. Katanya dia masih faham keseluruhan yang diperkatakan oleh Dr Andrew walau sudah 2 tahun pulang ke tanah melayu.
Outing kami hariitu menuju ke rumah zafwah.. kononya nak menjengok baby baru...tetapi entah macamana buleh lupa utk memberikan hadiah kepada baby...huawaaaaaa..bila dah masuk kereta balik, nazri tanya dah bagi baby?...haaaa??..ya Allah macamana aku boleh lupa dushhhh...haruslah kene pergi lagi nih...sori baby adell haq..bengong unty ni..kelam kabut nak balik sudahnya terlupa..padahal matlamat asal adalah utk ziarah bby..sudahnya gosip jek yang lebih huhu. Tapi best la jugak dapat jumpa maktok dan mashitoh..rasa mcm tak cukup masa jek nak borak..kalo boleh nak lepak lama sikit..tak puas nak makan2 lagi..tapi perut dah senak, masa pulak pendek. Farah pulak masak macam2, mana la nak sumbat..tp anyway, time kasey farah/zol/maktok kerana jamu kami makan asedap2.. sampai ke malam kami kenyang..alhamdulillah.
Sebaik sahaja menghantarnya pulang ke asrama..kami merasakan perpisahan kali ini tidak lagi setegang pertama kali dulu. Nilam lebih tenang, aku pula lebih senang melepaskannya kali ini, lantaran cerita2 manis dan indah2sahaja. Sebgai ibu pastinya aku senang hati dan tidak risau lagi . Moga dia terus selesa di sana, namun ada juga desas desus nissa pelajar yayasan serawak itu akan keluar dari kolej kerana mempunyai maslah kewangan. mendengarkan itu satu keluhan berat aku lepaskan, mengenangkan betapa Allah limpahkan dengan serba cukup walau tidak kaya tetapi makan pakai tidak pernah kurang. Allhuakbar.. janganlah kau jauhkan aku dariMu . Moga kami berada dikalangan orang2 yang bersyukur dan tidak kufur dengan nikmatmu ya Allah.

Monday, 7 January 2013
Berakit-rakit ke hulu
8hb Jan 2013 ~ Selasa
Assalamualaikum semua
Pagi hari yang dimulakan dengan longlai, kepala masih berat. Letih semalam masih bersisa menyebabkan hari ini masih lemau. Seharian pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 2013. Berlangsung pada 7hb Jan 2013, menyaksikan kami sekeluarga seharian berada di Kolej Tunku Kurshian dengan pelbagai kerenah pendaftaran. Seperti di duga Nilam Maisarah adalah pelajar paling 'comel' , walau pun masih ada juga yg bersaiz lebih kurang dengannya. Namun rekod ter'comel' itu aku masih lagi dipegangnya malah dibawa dari sek rendah lagi. Tak mengapalah, yang penting sihat dan disayangi Allah. Ibu juga pernah melaluinya suatu ketika dulu.
Bertolak dari melaka 6.45pg, selesai sarapan roti canai, perjalanan dimulakan dan tiba di TKC lebih kurang 8.30pg. Debaran semakin terasa namun aku buat tak endah. Sedari post pengawal lagi sudah ada usher yg bertugas menunjuk arah. Sehinggalah selesai parking, juga ada 2 usher yang menanti. Mereka memberi tahu apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran. Urusan pendafaran perlu di lakukan oleh pelajar itu sendiri ditemani oleh usher tadi. Seorang lagi usher akan mengiringi ibu bapa ke dewan budiman untuk taklimat.
Taklimat juga dikendalikan oleh pelajar, speech diberikan oleh ketua pelajar dan taklimat HEM diberi oleh pen ketua pelajar (bahagian HEM). Segala urusan dewan diuruskan oleh pelajar. Sekali sekala aku mellihat kelibat guru dibelakang pentas. Sesi soal jawab bersama ibu bapa juga dikendalikan oleh palajar. kaunter2 baju dan buku juga kaunter pembayaran yuran juga dikendalikan pelajar. Pendek kata dari A-Z adalah kendalian pelajar. Pelik jugak cikgu2 di sana sangat percaya kepada murid2 ini mengendalikan jumlah duit yang agak besar. Maklumlah rata2 seorang pelajar menghabiskan rm600 utk yuran. Sebarang masalah juga pelajar ini akan menyelesaikan sendiri. Tidak pernah lagi aku menyaksikan situasi sebegini. Biasanya jika ada pun pastilah guru2 akan melakukannya dan dibantu oleh para pelajar. tetapi di TKC.. jarang sekali kita melihat kelibat guru dalam kesibukan itu.
Bukan sahaja itu, malah setiap pelajar yang kami sua semasa berjalan, pasati mereka akan senyum dan mengucap salam kepada kami, ada juga yang kami sudah jumpa 2-3 kali, mereka akan bersalam dan mencium tangan apabila kami ingin pulang. Faktor2 diatas menguatkan hati aku untuk meletakkan Nilam Maisarah dibawah jagaan Che Kamalia (pengetua cemerlang). Semasa dalam ucapan pembukaan, pengetua cemerlang ini sangat mengujakan. Beliau berkata, pelajar2 bonda akan dilatih untuk 'yg muda disayangi dan yang tua dihormati'. Melihat kepada pelajar2 di sini, aku yakin cogan kata itu bukan sekadar sepotong kata2 malah telah menjadi darah daging warga TKCian. Bonda(panggilan untuk pengetua), kata beribu2 pelajar yang memohon ke TKC tetapi hanya 141 orang pelajar yang diterima masuk. Wahai anak janganlah kau persiakan perpisahan kita ini..moga d hujung nanti ada sinar cemerlang.
Ibu mana tak sayangkan anak. Setelah selesai kemas barang di dalam locker yang mana pada permulaannya Maryam Boi (kolej sister aka kakak angkat) nilam telah menawarkan diri untuk membantu mengemas, tetapi tidak sampai hati kerana nampak letih sangat wajah maryam. Mungkin sebab ebrtugas pada hari tersebut. Dia pulak mendapat 2 orang sister kecik yang perlu diuruskan. Pukul 5 kami harus meninggalkan nilam sepenuhnya dibawah jagaan pentadbiran sekolah. Namun kaki sangat berat untuk melangkah. Kalau ikut nazri dia hendak tunggu hingga Nilam selesai solat baru pulang, Namun aku bertekad untuk meninggalkan dia sejurus dia pergi menunaikan solat asar, kami harus tegas pada diri sendiri untuk kebbaikan semua. Aku tidak lagi boleh memanjakan diri sendiri, latih diri menerima hakikat suatu hari nanti kami akan berpisah jua. Alhamdulillah Allah masih beri ikmat kasih sayang ini. Syukur
Aku sebenarnya mengharapkan bulan pertama ini pihak kolej memberikan kelonggaran membawa anak2 balik setiap minggu. Rupa2nya pihak kolej telah menyediakan jadual yang ketat untuk pelajar2 ini. kebetulan sabtu ahad ini adalah hari outing. Namun waktu outing hanyalah dari 1-5 ptg. itupun jika sudah datang pd hari sabtu tidak lagi diizinkan pada hari ahad. Wahai hati sabarlah. orang kata kepimpinan melalui teladan, jika hendak anak cekal dan tabah ibu ayah perlu tegas mendisiplinkan diri dahulu. mesti menunjukkan contoh pada si anak untuk dijadikan model. Walau pun sangat payah (mungkin mula2 mmg gini kot). Namun terpaksa ditelan jua. Jauh di sudut hati terkenand, jika aku dirumah sudah rasa begini, apatah lagi dia di sana yang ditinggalkan ditempat asing, seperti dicampak di bumi alien, pastikan lagi hebat dugaan perasaannya. Aku yang sudah matang pun sangat berkecamuk, inikan pula anak kecil seusia 12 tahun. Itulah orang kata kecik sangat 12 tahun nak hantar asrama, tetapi peringkat umur beginilah mereka perlu dilatih ..melentur buluh biar dari rebung. Moga anak ibu Nilam Maisarah tabah di sana. Jangan patah semangat. Ingat pesan ibu jangan lupa solat.
Semangat aku menjadi kuat melihat anak yg sebaya nilam sangat tabah dan selamba saja tanpa ibu bapa di sisi, malah terpaksa menyeberngi laut untuk ke semenanjung menuntut ilmu. Yayasan Sarawak menghantar adik Nissa ke semenanjung tanpa ibu bapanya mengiringi. Hanya ada abang (belajar di Uitm) datang menjenguk adiknya. Sungguh tabah anak ini, ini aku jadikan perangsang buat nilam mengharungi hari2 tanpa kami di sisi. Berbekalkan janji ibu akan datang lagi sabtu untuk kita melunas rindu.
Mohon Doa sahabat2 juga agar anakku tabah dan dapat mengharungi cabaran emosi dan fizikal. aminnn

Wednesday, 2 January 2013
Aku yang feeling
2hb Jan 2013~ rabu --------- adalah hari pertama persekolahan
Seperti ibu bapa yang lain, persiapan dilakukan untuk memulakan persekolahan, Umairah ting 4, Maisarah ting 1, hud Djh 5 Dhia Djh 2. Kejam kelip hampir 17 sudah aku berkahwin, bagai tak terasa saja. Sudah besar2 rupa2nya putera dan puteri ini. Sedari bayi hingga menginjak remaja, pelbagai ranjau, suka dan duka kami suami isteri lalui. Namun tiada yang pahit Allah limpahkan buat kami. Ya Allah syukur aku kehadratmu diatas kurniaanmu ini. Pun begitu sebagai manusia biasa aku tak lekang dari dugaan2 kecil berbentuk keletihan dan stress (terkadang melampau) dalam meladeni kerenah anak2, yg melalui usia prosses mendewasakan mereka. Walau pun tidak lah sesusah mana namun bukanlah semudah yang disangka.
Setiap anak mempunya karektor yg berbeza. Cabaran sebagai seorang suri rumah adalah melihat anak2 membesar hasil didikan sendiri. Aku yang menguruskan anak sepenuh masa ni pun kadang2 terasa hampir putus asa , aku tak dapat bayangkan mereka yg bekerja. Bagaimana agaknya mereka membahagikan masa antara tugas, anak2 dan suami. Supermak betul.
Mendidik anak remaja bukan mudah, membentuk sahsiah sekaligus memberi pendidikan formal kepada mereka membuatkan aku merasa diri dicabar. Nazri pula lebih suka aku menguruskan semuannya sendiri, katanya lebih afdhol kalau ibu menguruskan dan anak2 membesar hasil air tangan ibu bapa. bab makan pakai dan tempat tinggal memang aku tak punya masalah, tetapi hinggan ke bab mengajar anak pun disuruhnya aku mengajar sendiri. Mujur dia bukan jenis yang hanya order saja. Setiap kali perbincangan suami isteri utk menentukan apa yg perlu dibuat bagi seseorang anak, kami akan mencapai kata sepakat dan membahagi2kan tugas mengikut keperluan anak itu sendiri. Walau apa cara sekali pun kami akan laksanakan utk mencapai target kami. Jika pula ditengah2 perlaksanaan itu kami tak mampu atau ada kalanya perlaksanaan tidak seperti yg dirancang (biasanya anak tidak memberi kerjasama seperti yg diharapkan).. kami akan bermesyuarat sekali lagi untuk mengubah cara mengikut kesesuaian anak. pastinya saat ini kami sedikit tertekan kerana takut gagal. namun anak2 bukan lah bahan experimen. Kami tidak mengguna veto..malah seboleh2nya menggunakan diplomasi yang tegas. Selepas berbincang biasanya kami panggil si anak itu dan bertemu 6 mata utk memberi tahu dia perancangan kami untuknya. Tujuannya supaya dia faham matlamat dan dapat memberikan kerjasama. Mrk perlu tahu sbb mrk berbuat sesuatu untuk mengikhlas hati spy dpt menerima arahan dan melaksanakan dengan ikhlas dan tidak merasa hidup mrk diatur. Ini sgt penting utk mengelakkan protes.
Sejauh ni alhamdulillah perlaksanaannya dapt diterima semua anak2. Yang penting kene banyak doa, dan latih juga anak kita bangun solat malam kerana jika hanya kita yang melakukannya tanpa pihak yg menerima berusaha sama..kita ibu bapa ibarat syiok sendiri. Didik mereka memohon ihsan Allah dan yakinkan mereka, kita telah berusaha tetapi jika kita tidak mintak pada Allah, macam mana Allah nak beri. Selebihnya tawakkal dengan ketentuan Allah.
Kebelakangan ni ada beberapa individu yang bertanya2kan tip2 untuk mendidik anak untuk menjadi cemerlang. Aku merasakan terlalu awal untuk memberikan tips2, kerana baru 2 orang yang melalui exam besar, bukan peringkat spm pulak tu, kata orang tu baru peringkat awal lagi, tak berani nak kata apa2, tapi rata2 yang bertanya tu, sbb mrk ingin tips sbb anak2 aku tidak aku hantar tuisyen tetapi bule mendapat keputusan yg agak memuaskan. Tak berani sebenarnya nak share dengan sesiapa kerana perjalanan mereka masih jauh dan kita tidak tahu apa akan jadi dipenghujungnya nanti. Namun aku sendiasa berdoa agak kejayaan milik putera puteri kami hinggan ke akhirat. Selalu pesan pada anak2, walau setinggi mana pon kita beljar tetapi kalau lalai ingat Allah, Allah tak akan pandang kita sedikit pun. Ukuran syurga neraka bukan berskalakan degree, msc atau Phd yg kita genggam, namun ibu akan bangga jika anak2 ibu dapat berjaya di dunia dan mengenggam akhirat. Moga impian kita akan tercapai dengan kerja keras doa .
Di doakan juga saudara2 dan sahabat handai di luar sana mendapat kejayaan dunia dan akhirat jua..amin. Jangan lupa menyebut setiap nama anak2 setiap kali selepas solat, agar mereka lembut hati, taat, sihat, dipelihara iman, dan cemerlang dunia dan akhirat..insyAllah..aminn
Subscribe to:
Posts (Atom)