Tuesday 6 November 2012

penantian satu penyiksaan

Assalamualaikum semua

hari ini 7 nov 2012 ~ rabu

Minggu yg ditunggu2 oleh seisi keluarga berakhir dengan penantian yang dilanjutkan ketarikh 19 nov 2012. Aduhhh!! kalau aku punya kuasa power sudah tentu biarkan ianya berjalan seperti biasa dan seperti tahun2 sebelumnya, tapi apakan daya.
 Dua tiga hari ni kecoh sana sini membuat telahan sendiri bilakah keputusan upsr akan keluar. Cikgu2 di sekolah sudah siap2 memberitahu pelajar bahawa keputusan akan keluar pada hari khamis mengikut kelaziman setiap tahun. Aku pon dah malas nak tunggu lama2 lagi. Sementelah pula tarikh 19hb tu nazri dah siap2 ambil cuti seminggu utk bawa anak2 holiday. Jangkaannya 19hb tu bertolak dr melaka.

 Betullah kata pepatah, kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan segalanya. Mungkin ada hikmah disebalik kelewatan ini. Hari selasa aku telah mendapat khabar2 yg tidak dpt dipastikan kesohehannya bahawa result tidak akan keluar pada hari khamis. Untuk mengesahkan berita ini kami melayari laman KPM. Sah!! pengumuman ada dibuat di situ. Makanya penantian kami akan dilanjutkan lebih kurang lagi 2 minggu. Perasaan waktu itu??...aku rasa macam nak serang je pejabat kementerian tu sbb nak tahu apa sebabnya masalah mereka. TATAPI... aku orang kerdil.

Aku rasa tak ada sesiapa pun suka menanti dan menanti. Bukan kerana nak tengok sangat keputusan tu..tetapi lebih kepada tidak suka menanti dan terus menanti.. Moga ada sinar menanti dipenghujung penantian ini..aminnn, moga Allah perkenan

2 comments:

-dal- said...

Kompom 5A punyalah kak Yati. Dah dah.. toksah gundah gulana. Baik kau pi dapur buat cekodok. Lg best.

kak cahaya said...

ya Allah aku nak amin kan doa ko ni...mudah2an menjadi kenyataan..
tp apa pun bule terjadi..bila fikirkan dia tu 2 th je sek..study sendirik, x g memana tuisyen selain yg cikgu dia bg..tetiba je nebes aku
yg x sggup tu nak menanti lebih lama