Thursday, 29 April 2010

Pesan Kekanda...

“Bahawasanya Aisyah pernah mengimami wanita-wanita pada salah satu shalat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (HR. Daraquthni) Diriwayatkan daripada Ummu Salamah رضي الله عنها:



أَنـــَّــهَا أَمَّتْهُنَّ فَقَامَتْ وَسَطًا( رواه عبد الرزاق و البيهقى(



“Bahwasanya beliau (Ummu Salamah, istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)” (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi) Berkata Syeikh Jibrin hafizahullah: “Ada pun shalat berjama’ah bagi wanita maka hal tersebut tidak mengapa dan bagi wanita yang memimpin shalat tersebut berdiri di shaf ma’mum, namun mereka tidak mendapatkan keutamaan shalat berjama’ah sebagaimana yang diperolehi oleh kaum lelaki yang melaksanakan di masjid, dan tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk meninggalkan shalat berjama’ah di masjid dengan alasan akan melaksanakannya secara berjama’ah di rumahnya bersama-sama dengan keluarga atau kaum wanita kerana mendatangi masjid untuk melaksanakan shalat fardhu adalah wajib bagi lelaki.” (Lihat Fatawa Islamiyah 1:363)

Monday, 19 April 2010

Setenang desiran...

Kalau bisa lu larik gerimis dari angkasa.....
agar dapat ku ukir menjadi buih2 menghempas pantai
Dapat aku menumpang kasih..
meneguk sayang dari Sang pantai

Desiran yang mendamaikan
tika sendiri.......
Nadi menjadi perakam kisah yang suram
desir ini menjadi saksi pentas kehidupan

Tidak boleh ku hempas di lautluas
tidak bisa ku larutkan bersama pasir
tapi...
kelak menjadi tuba yang membunuh jiwa

Kadang2 aku berbisik pada pohon yang menemani pantai
tetapi lampias angin meresahkan
kelak bisikan hilang di sapa angin lalu

Kalau bisa aku menjadi pantai
Sering setia menanti ombak
Mengiakan apa saja menginjak diriku

SEring diam adalah lebih nyaman
sendiri adalah lebih tenang


SEntiasalah muhasabah diri untuk mendapat ketenangan dan tingkatkan rasa bersyukur..

Monday, 12 April 2010

Rabu ~ 9hb April 1997

9hb April 2010

13 tahun yang lalu tarikh yang sama aku melahirkan seorang puteri diberi nama Umairatul Afiqah Binti Md Nazri.

Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 13 kakak...Ibu dan Ayah snagat menyayangi kakak. Mengharapkan kakak menjadi insan solehah dunia dan menjadi calun syurga kelak.

Updatae akan menyusul di fotopage..
InsyAllah

Thursday, 8 April 2010

Apa apa aje...

Boleh tak hari ni aku malas nak guna bahasa sastera aku. Aku ni jenis malas nak marah2 orang. Walaupun aku ni nampaknya mcm spesis yang suka provoke orang dan suka carik gaduh. Tapi jauh di sudut hati sgt tidak tepat.

Pernah tak dengar ada orang kata, kalau orang yang mulut banyak ni sebenonya hati dia baik. Nampak je dia tu cam tu tp dia baik...aku rasa mesti korang pernah dengo kan. Aku bukan la nak kata aku baik tp dah mmg aku cam ni nak kata camnekan...Nampak cam laser tp tgk gak isu2nyer...kalo stakat gurau2 biasa tu mmg ler aku slalu laser...tp kalo bab2 sensitif tak tergamak aku nak sound orang depan2.

Satu lagi..ada orang kata org yang riuh ni hatinya kecik sebenonya. Mudah menitiskan airmata...betul ke?..tp selalunya mmg betul kan. Tgk tv kisah sedey nangis..nak berpisah nangis, itulah aku. Even kalau orang wat something kat aku pon aku nangis tp aku tak tunjuk kat orang. So tak adillah kalau korang boleh tohmah aku sesuka hati sbb aku pon ada perasaan.

Suka hati korang la nak baca blog aku ni ketidak..langsung tiada paksaan dari aku. Tak ada kad jemputan pon tuk korang dtg sini dan baca apa pun yang aku nak tulis. Tp apa hak korang tuk wat spekulasi tertentu. Aku tak blok blog ni pada orang ramai so maknanya aku mengizinkan orang diluar berkongsi rasa sedeh/gembira/merana/sakit atau sihat aku. TETAPI bukan bermakna korang boleh buat intrepetasi sendirik. Mungkin ada yang aku tulis jelas tp mungkin ada yang aku tulis berkias. Hanya aku yang tau apa yang aku rasa pada masa itu sebab aku anggap blog ni diari peribadi yang boleh dan tidak boleh dikongsi.

Jadi mulai dari sekarang sesiapa yang nak baca silakan tetapi jangan pandai2 buat intrepetasi sendirik. Kalau korang tak tau cerita sebenar tolong tanya aku dan jangan pandai2 buat teka teki sendirik...

AKU HANGIN?.....mmg aku hangin..mana tak nyer kalau orang buat cerita bukan2 pasal aku mmg ler aku marah. Kalau korang kene korang suke ke?.

Ha ni kalau ada yang baca pon mesti tertanya2 pasal apa ek...itu pon hanya aku yang tau sbb mungkin berkaitan dengan blog ni mgkin fp aku mgkn juga fb aku. Atau mungkin berkait saudara mara aku, mungkin adik beradik, mungkin sahabat handai... so please jangan sibuk membuat telahan sendirik dan akibatnya aku menjadi mangsa fitnah. Kdg2 kita tak sangka ceritanya boleh jadi seperti langit dah bumi sbb penilaian seseorang tak sama.

Korang mungkin tak tau kisah silam aku, sejarah silam aku, latar belakang keluarga aku, atau zaman persekolahan aku, atau zaman remaja aku atau aku yang sekarang ni pon korang tak cukup kenal so macam mana korang boleh tau apa yang aku maksudkan...

Kepada yang dah baca perenggan2 di atas sila fahami aku yang sedang hangin ini dan kalo korang tak suka tolong jangan masuk blog aku lagi.

SEkian

Friday, 5 March 2010

Dunia di tanganku..

Letakan Dunia di tanganmu
dan
Jangan letakkannya di hatimu


Risau
Rumah tak beli lagi
Rumah tak siap lagi
Rumah aku kecil

Kereta tak cukup mewah
Kereta tak habis bayar lagi

TV tak canggih
Perabut dah buruk
Baju tak cantik
Fesyenku kolot


Pernahkah aku risau

Luaskah rumah aku di alam Barzakh
Panaskah rumah aku di alam Barzakh

Bagaimanakah rupa rumah aku di syurga kelak
Atau nama ku tiada tempat di syurga nanti...naudzubillahhh

Sudahkah ku bina mahligai sebagai rumah abadiku di akhirat nanti
Sudahkan ku tempah singgahsana untuk bernaung

Adakah bisa ku bawa anak2 ku sekalianya
Atau anakku hanya hiasan dunia sahaja

Aku tahu itu
Aku tahu semua....tapi
kenapa aku masih belum bertindak
kenapa aku masih cintakan hidup sementara ini

Ya Allah berilah aku kekuatan
ya Allah berilah aku keazaman
Ya Allah berilah aku perlaksanaan

Semoga di akhir kalam nanti aku tidak kesal
Aku tidak meminta nyawa utk menghapus dosa2ku

Friday, 26 February 2010

INSAFLAH!!! wahai dakuuu...

http://www.youtube.com/watch?v=6fdp40PAFxU
http://www.youtube.com/watch?v=r6Z7hzQHq2s

Saturday, 20 February 2010

Perutusan dari Langit

Perutusan

Kerap tersentak tapi selalu alpa
Alpa dengan urusan dunia
Bujukan makhluk dari api itu memeng menggoda
Sukarkah untuk menyimbah dengan air selaut pacific?

Memang banyak akal yang tak terjangkau
memang banyak sudut tak terkawal
tetapi salah diakah menghasut aku?

Aku tau itu...
tetapi kenapa aku kalah?
kenapa aku ambil lewa janji2 Allah di akhirat kelak
kenapa aku masih cinta dunia

Wahai rohku...
bangkitlah sebagai muslimah sejati
sebelum harimu tiba nanti
sebelum ditolak pintu taubatmu
sebelum hari2 beramalmu semakin genting
sebelum masa sihatmu direntap
sebelum masa senangmu Allah sibukkan
sebelum lapangmu Allah sempitkan

Kelak nanti kuburmu
akan gelap
akan panas
akan berbisa
akan sempit

YAllah Ya Rabbi
Berilah aku kekuatan
Luputkan lah rasa kecintaan dunia
Luputkan lah rasa muda ini
Luputkanlah rasa 'terkini'


Semoga detik ni doaku termakbul