Tuesday, 18 December 2012

Minggu yang mengasyikan

Assalamuailum semua

hari ini 19hb Dec 2013 ~ Rabu

Dari semalam lagi hidup kami anak beranak bagaikan tidak keruan. 2hari lepas umairah mimpi dpt 6A 2 B, lepas tu dia trus tak sihat. Aku kata jangan fikir2kan sangat, kalau ada rezeki tu adalah. Semua tu kerja Allah, kita hanya mampu berusaha tapi yang menentukannya hanya Dia jua. Semalam keadaan dia dah macam ayam berak kapur. Kerja rumah semua tidak dapat dibuat macam biasa, melangok je kejenya sana sini. Pagi ni aku saja bagi dia bangun lambat sikit, biar dia tidak menghitung detik.

PAgi2 aku dah siap masak, takut lambat balik nanti, Nazri ada meeting pulak pukul 11 pagi, mungkin tak dpat dapat ke sekolah. Tapi dia kata nak datang jugak dalam kul 11.40 gitu, nk cabut je dari meeting. Dala pukul 11.55pg gitu aku anak beranak bergerak ke sekolah. Settle je parking, sambil menapak lutut aku pulak yang menggigil. Sampai di sekolah dalam 12 lebih gitu. Ramai yang kata guru besar dan balik dari PPD. keputusan dah sampai sekolah. Tapi cikgu kelas belum bersiap di tempat mengambil keputusan lagi.

Aku tak masuk ke dewan sebab orang ramai, lebih2 lagi aku bawak semua tentera. Tapi tak puas hati jugak, suruh anak2 yang lain tunggu di luar dan ibu masuk bersama kakak. Tiba2 guru besar announce senarai nama pelajar yang mendapat straight A iaitu seramai 16 orang. Umum punya umum macam tak de harapan aje. lagi pun cikgu kelas tak suruh pun umairah pergi depan stage tu. MMMmm..redho jek la. Tiba2 Umairatul Afiqah binti Md Nazri... Seraya memeluk dia yang bersebelahan aku, air mata tidak tertahan2 lagi. Akhirnya mimpi menjadi nyata. Umairah menangis tak henti2..rasa macam mimpi katanya. 8A milikmu sayang!!!

Begitulah rentetan yang kami harungi sepanjang 2-3 bulan ini..Alhamdulillah Allah limpahkan dengan kebaikan, asal saja jangan kita lupakan Allah.

Kepada sesiapa saja di luar sana yang mendapat straight A's tahniah buat kalian . Jika ada yang tidak mendapat seperti yang diharapkan cubalah lagi sesungguhnya SPM nanti lebih penting.

Syukur nikmat Allah atas kurniaan ini.. Moga Allah jadikan anak2 kami sebagai anak2 yang soleh dan solehah dunia dan akhirat

7 comments:

zafwah said...

ya Allahhh..besarnye nikmat Allah bg kt ko satu family kak..kejayaan bertimpa2..jeles aku..tahniah utk kakak, ibu n ayah nyer..peluk cium utk dia kak ek..

Anonymous said...

Ya Allah...best nyer kak!! Tahniah..tahniah..tahniah...congratz tuk kakak...Ya Allah best nyer kak..anak2 doing so well...macam Farah, saya pun jeles. :)

-Nadira-

zlaa said...

Tahniah Yati & Nazri!

kak cahaya said...

Farah..dira..takyah jeles2..masa kamu akan tiba nanti .. yg penting seisi keluarga mesti memainkan peranan masing2.. kalau satu pihak saja yg berusaha ssh jugak ..
terima kasih atas ucapan kalian .. moga Allah kekalkan kejayaan ini hingga akhirat
kak zlaa..mekasih kak

Anonymous said...

Alhamdulillah, bestnya kak. sekalung tahniah buat kakak dan sekeluarga...kami tumpang gembira... :)

-Ana-

-dal- said...

Tahniah Umairah sekeluarga.... semoga sukses hingga ke akhir hayat

Anonymous said...

Tahniah Cahaya sekeluarga.
Alhamhadullillah.

K.Nas