Sunday 16 December 2012

nak ke tak nak?

Assalamualaikum semua sahabat2 di luar sana
hari ini 17hb Dec 2012 bersamaan Isnin

Semalam 16hb aku balik kampung kerana Ucu sebelah rumah mak buat kenduri kahwin. Aku memang suka kalau ucu aku yang sorang ni buat kenduri kawin. Walaupun orang kampung tetapi selera makan dia ni tinggi sikit. mesti pelbagai lauk pauk dan juadah yang terhidang sampai tetamu geleng kepala tak tahu nk makan apa. Nasib baik la aku lepak umah mertua aku..so buleh la makan banyak round dari pagi membawa ke petang.
Antara juadah yang ada Nasi beriani, gear box, tauhu bakar, mee goreng, roti canai, rojak asmah, mee rebus, tauhu panas dan 10 jenis air. Air asam boi, asam putih, cendol, abc rok, katira, laici, teh bunga, cikong, honey dew, dan entah la apa lagi yg aku tak sempat rasa hehe.. Dah ler banyak menu sedap gilos semua pulak tu. bercelaru perut aku hehe..apa apa pun mmg mantopsss.

Ok..settle citer bab makan2 kenduri kahwin..sebenarnyaada lagi peristiwa yang lebih pentang yang berkongsi tarikh dengan wedding sepupu nazri ni.iaitu..jeng jeng jeng..

Seawal selepeas peperiksaan percubaan lagi aku sudah membuat persiapan utk memohon mana2 sekolah asrama yang available. Bermaksud samada sbp atau mrsm. Pada mulanya permohonan tersebut hanyalah berdasarkan persediaan untuk mental sahaja dan bukan bertujuan untuk menempatkan diri. Apa?..tak paham?..hehe ok mari aku citer sikit

Mula-mula anak2 dan ibu ayah agak keberatan untuk melepaskan anak2 terutama maisarah utk ke asrama penuh atas faktor2 tertentu. contohnya kecil lagi, kesian, anak aku plak saiznya pon kecik, dan beberapa lagi alasan lain. Tetapi permohonan tetap di hantar juga atas nasihat guru2. Dan aku cuba membuka sedikit minda demi masa depan anak2. (ini setelah cerita dipendekkan) . Aku pula memohon lebih kepada tidak mahu menyesal kemudian hari bila tak mintak. Allah memang maha kaya, segala2nya telah diatur. Sebaik saja keputusan UPSR diumumkan..aku dapat tahu maisarah ditempatkan disekolah tak favourite (disiplin agak teruk dan byk cerita buruk kami dengar dari sekolah ini). Hati mula gundah, tetapi jauh disudut hati sedikit lega...nasib baik aku ada back up mintak sana sini. Dalam masa yang sama mengakui bukan mudah menempatkan diri di sbp atau mrsm. Setelah perbincangan antara ibu dan anak, kami decided utk minta smka juga, sebagai back up utk megelak dari masuk sek harian biasa. Borang permohonan terpaksa dihantar by hand kerana hari kami hantar adalah tarikh tutup permohonan. Maisarah berkeras tidak mahu ke sek smka krn takut aliran bahasa arab, alasannya arab tidak kukuh, jadi wujud rasa kurang yakin. Tetapi kata orang dari cempedak baik la nangka kan..jadi mintak la jugak.

Tiba lah hari yang ditunggu2, harapan sangat tinggi untuk dapat ke sbp, tetapi mengikut akal aku yg cetek ini % utk menempatkan diri adalah sangat tipis kerana pemohon seramai lebih 62 338 murid perermpan yg memohon, yang diterima hanya 3645 org sahaja. Hmmmm sah2 ler ramai yang pandai2 dan dpat 5A gemokss...lagi la pula pelajar perempuan, ramai sangat saingannya.

Perasaan semasa menyemak keputusan sangat bercampur baur, dengan harapan dan kenyataan yg sedia kami maklum. Tetapi tetap jugak nak menyemak manalah tahu Allah sedikan keajaiban untuk kami. Perkara yang ditakuti ialah dapat tetapi ditempatkan jauh dan bukan termasuk dalam list pilihan hati kami. Pilihan penempatan kami adalah di Kolej Tunku Kurshian...kwang3x. kenapa korang tak percaya?..haha aku pon tak npercsaya camne aku buleh pilih situ. Sebelum membuat pemilihan aku sudah buat solat istikharah, delima tak tahu nak pilih mana, tetapi naluri berat dan mendapat alamat utk pilih TKC. Walau pon borang dihantar dengan rasa kurang yakin utk dapat. Cikgu pon berkerut kening bila dpat tahu kami minta TKC, hinggakan ada cikgu kata, susah puan nak dpt sekolah ni. Tetapi aku dengan muka seposen jawab, tak pe la cikgu kami cuba2 aje hehe.

Ayahnya pula mengharapkan dpt mrsm, tetapi kata orang bila tawaran sbp dan keluar, mrsm tak akan offer kepada kita lagi, jadi susah la kan nak buat keputusan, kalau tolak sbp nnt tak dpt mrsm pulak.mmmm. kan best tunggu result 2-2 pastu pilih mana nak..wah..best gitu.

Eh nape...panjang beno cerita nya ya..tp tak tau jugak dapat ke tidak..saboo ler,, jap agi aku citer ler...
semalam 16 hb dec 2012 adalah tarikh pengumuman penempatan pelajar yang mohon sbp. pepagi buta dah tak sabar, bukak2 tak de ..rupa2nya lepas pukul sepuluh baru buleh  buka. Masuk je angka giliran bling..bling..bling... ada ucapan tahniah yang berkelip2 warna biru (warna biru BN) menandakan kerajaan yg menawarkan la kot .. kwang3x. Sila masukan no ic penjaga untuk mengetahui penempatan. Rasa macam darah menyerbu hingga ke muka..degup bertambah kencang, pertama tak pecaya dapat, kedua berdebar2 nak tahu dapat di mana, jauh ke?,,sekolah apa?..argghhh

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepad Allah sbwt. Pun begitu delima lagi bila pagi ini satu lagi tawaran diterima dari smka..Sharifah Rodziah, melaka. Tetapi tuan punya badan menolak dan hendak teruskan niat untuk sekolah idamanya iaitu TKC.

Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih atas sokongan kalian dari peringkat aku buat survey syiok sendiri aritu. sesungguhnya hati manusia senang berbolak balik, dan hanya Allah yang mampu menetapkan mengikut perancangannya. 

TAHNIAH!
ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Angka Giliran :
Nama Calon : NILAM MAISARAH BINTI MD NAZRI
Sekolah Asal: MBA0043 - SK GANGSA
Untuk Maklumat Penempatan Sila Masukkan No. Kad Pengenalan Bapa / Ibu / Penjaga
No. Kad Pengenalan Bapa / Ibu / Penjaga : ( cth : 780210065711)
Nama Calon : NILAM MAISARAH BINTI MD NAZRI
Sekolah Asal: MBA0043 - SK GANGSA
Nama SBP : KOLEJ TUNKU KURSHIAH
Alamat SBP : JLN TUNKU KURSHIAH
Poskod : 70400
Bandar: SEREMBAN, N.SEMBILAN
No. Tel. Sekolah : 06-7625351

Tarikh Daftar : 07 Januari 2013 (ISNIN)




8 comments:

Anonymous said...

Tahniah!! Best nyer kak....kak chik bejaya masuk sekolah TKC. Tumpang bangga...doa2 kan la anak kami pun berjaya cam tu jugak.

-Nadira-

teratakmuslaily said...

tahniah! tahniah! tahniah!.... auntie tumpang gembira! senyum lebar sampai ke telinga..:)

kak cahaya said...

alhamdulillah mekasih korang ..
insyAllah dira.. bila dah usaha+berdoa dan jgn lupa solat istikharah bila nk mtk mana2 sek.. sbb kita tak tahu sek mana yg terbaik utk anak kita

kak cahaya said...

laily..iAllah liyana pon dpt mrsm nanti..eh dia ada mtk sbp ke tak aritu..?.. tp tak pe kat keliling umah tu pon sek dah bagus2..yg penting blajo rerajin..insyAlllah

zafwah said...

TKC kerr...aku igt tungku kursiah mana la yg ada dekat area2 melaka ke..sgt le hebat sklh tu..jgn dilepaskn peluang..pegi jgn tak pegi..

kak cahaya said...

makcik zafwah oii..mana ler ada 2-3 TKC kat msia ni..huhu..tu ler memula dok fikir2 nak ke tak nak..ni ramai plak yg kata rugi kalo x g...yeppp keputusan sudah dibuat..harus pergi!!!

-dal- said...

Tahniah Kak Cik sekeluarga.... pergi jangan tak pergi.

Walaupun secara peribadi aku x berapa berkenan dgn bebudak TKC.. hehehhe. Mereka semua kerek2 belaka, maybe sbb pandai kot. Bebudak STF lebih cool gitu.

BTW... semoga kak cik dilimpahi kejayaan yang berterusan

-dal- said...

Tahniah Kak Cik sekeluarga.... pergi jangan tak pergi.

Walaupun secara peribadi aku x berapa berkenan dgn bebudak TKC.. hehehhe. Mereka semua kerek2 belaka, maybe sbb pandai kot. Bebudak STF lebih cool gitu.

BTW... semoga kak cik dilimpahi kejayaan yang berterusan