Sunday, 25 November 2012

Doa termakbul jua

Assalamualaikum

Hari ini 25hb Nov 1012 ~ Ahad

Detik yang dinanti sudah lama berlalu tetapi  kesempatan untuk update tidak pernah ada. Rata-rata sana sini orang bercerita tentang keputusan UPSR terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak yang mengharunginya.
Seawal minggu terakhir persekolahan masing2 membuat telahan sendiri bilakah keputusan akan diumumkan. Awalnya mmg confirm pada hari khamis..tiba2 ditunda pada 19hb nov. menanti sesuatu tahap debaran yang tinggi adalah sesuatu yang aku paling tak suka. Apatah lagi si tuan punya badan.

Empunya nama Nilam Maisarah sangat teruja menanti detik paling bersejarah untuk dirinya. Aku sentiasa menitipkan pesan, tidak salah berharap tetapi jangan terlalu tinggi kerana kita hanya mampu berserah . Hanya Allah jua yang menentukan. SEgalanya boleh terjadi.

Hinggalah sampai detik ditunggu2, 19hb Nov 1012 sebenarnya tarikh ini aku sekeluarga dah plan utk bertolak cuti2 malaysia ke rumah kakak di kelantan. Bila saja diumumkn result akan keluar 19hb..percutian ditunda pada hari selasa 20hb. Sebaik sahaja dapat result tak sempat nak update sbb sgt sibuk dgn cuti2.

Seawal pagi lagi hujan sudah turun dengan selebat2nya. hajat hati hendak ke sekolah sekitar pukul 10:30 ditunda ke pukul 11 pagi. Namun masih juga renyai2. Keebetulan pula nazri mmg dah start cuti, jadi dapatlah dia bersama2 kami. Sejak pertengahan tahun lagi Nilam (pangilan di sekolah) adalah murid target. Aku agak terkejut juga sebenarnya sebab maklumlah baru setahun lebih sekolah, dia sudah tersenarai murid target seramai 19 orang untuk mendapat 5A. Harapan dihati cukup menggunug tetapi tetap cuak2 sbb ada juga dgr kes2 student yg murid target tapi kecundang akhirnya. Sejak percubaan sehinggalah gerak gempur sebanyak 7 kali peperiksaan dia agak konsisten 5A..hanya gerak gempur ke3 dia mendapat 4A. 1B.
Sebenarnya guru2 semua sudah spot bdk2 target ni..sebaik setiap habis exam..cikgu akan tanda paper nilam dan cikgu akan jumpa aku untuk membuat 'liputan' hehe..tapi hanya paper objektif aje lah buleh di tanda. mate salah 2, Bi salah 2, BM1 salah 5, sains salah 1. Bila cikgu2 dah beritahu aku keputusan tu cikgu dah boleh predict nilam ni mungkin buleh dpt 5A. Tapi still aku tak brani pegang kata2 cikgu tu.

Alhamdulillah rupanya2 telahan cikgu itu benar belaka. Selepas announcement lebih kurang 4-6 orang gitu diumumkan ke atas pentas, nama Nilam Maisarah Md Nazri adalah nama student perempuan yg pertama dipanggil ke pentas...perghhh lega...tak perlu tunggu lama..stress kot kalau nama kuar last2.
Selesai sahaja sesi bergambar..'janji ditepati' haruslah di tunaikan. Janjinya kalau dia dapat 5 A dia nakterus tebus hadiah pada hri yang sama. so apa lagi...tunaikan la kan..tak sampai hati menengokkan bagaimana dia struggle 2 tahun solid. . Memang dia sangat berusaha keras tanpa tuisyen tambahan dari luar. Terutama sekali BM..dia sangat berusaha keras. Dari membaca BM pun merangkak2, hinggalah dia menghafal semua peribahasa dan setiap patah perkataan juga dihafalnya. Hinggalah kami panggil dia 'kamus bergerak'. Sangat terharu kalau mengenangkan kesungguhan dia menelaan pelajaran. Walaupun UPSR ni tidak segah SPM, tetapi semangat dan kesungguhan dia kompress subjek tahun 1-6 menjadi 2 tahun sahaja..sgt membuatkan kami skeluarga bangga dengannya..

Tahniah Nilam Maisarah Md Nazri atas kejayaan mendapat 5A..sesungguhnya kamu memang layak..Alhamdulillah Allah perkenan doa kita semua...syukurrr

Thursday, 15 November 2012

Langit Runtuh

Assalamualaikum semua

Hari ini 16 nov 2012 ~ Jumaat

Sebenarnya dah lama nak update, tapi dikekang oleh masalah kesihatan yang tidak berkesudahan.  Aku sebenarnya diserang sakit gigi. Kepada sesiapa yang pernah sakit gigi tentu faham bagaimana senarionya kan. Tapi mesti korang tertanya-tanya apa kaitan dengan sakit gigi dengan tajuk post aku ni kan hehe. Tunggu

Seminggu sebelum berthday aku (11/11/12) aaku ada sakit2 gusi sikit. tapi ingatkan biasa2 je. tak sangka pulak berlanjutan hingga sakit gigi.  Masa hari birthday aku tu pon sempat lagi g jenjalan dan makan2..tp under pain killer la. Nasib baik la aku ni jenis tak mamai kalau makan apa2 ubat yg drowsy, atau ada apa2 side effect. So enjoy je la meraban sana sini.

Isnin tu aku cabut gigi, malas nk wat root treatment sbb takut procedurenya. Tapi peliknya masih sakit gak lagi, walau pun selepas 3 hari. Hari rabu tu aku pegi lagi, rupa2nya ada inffection. Kene la cuci pulak. Ni hari jumaat tapi masih ada rasa nyut2 sikit2 lagi, sbb bengkak belum surut. Maklum lah g klinik kerajaan. Rasanya kalau g klinik swasta mesti dia kasi ubat bengkak skali. Aku dok risau ni kalau tk baik2 lagi sebab aku nak pegi kelantan hari selasa ni.. hari senin pulak nak g amik result maisarah.

Mudah2an Allah beri kesembuhan dengan cepat..amin

Hmmm..ni aku nak cerita pasal tajuk di atas pulak. Sebenarnya, 11/11 aritu aku tak de la celebrate apa sangat. Pagi tu kekanda kerja, tengahari tu dia balik, ajak kami keluar. Kami g makan kenny rogers (sebenarnya tak ske ) tp sbb org ramai sgt..tmpt lain sume penuh, jadi terpaksalah makan kat situ. Aku prefer nandos dr KR ni. Lepas makan aku telah di ajak menonton wayang, SKYFALL...
Untuk mengkritik cerita ni aku rasa Don Dal lebih layak utk jadi reporter lokasi hehehe.. bagi aku best jugak la citer ni, tapi byk gelak tgk citer sies camni. Tak macam james bond yg lain, byk guna gadget2, tapi citer kali ni tak byk guna mende mengarut2, guna cara lama jek tuk lawan penjahat. Ada la part2 tentu yg aku rasa tak logik. Masa part yg derang naik tube tu punya lah ramai org, bersesak2, tapi tetiba bila scene accident tube tu, gerabak kosong kontang, cume ada driver sorang jek. Kat situ aku rasa cam tak best sikit. adegan2 PG18 pon tak byk sgt, cme 2 scene je.. so ok la tgk ngan bdk2.

Ok la nak pegi tgk dayang2 aku memasak didapur. Cuti2 ni kebetulan aku tak brapa nak sihat, tugas2 memasak mmg diserahkan sepenuhnya pada dayang2 ber2 tu. Saja nak train derang. Ok lah chao dulu

Satu lagi aku nak doakan pada sahabat Farah Wahida Harun yang akan menjalani pembedahan anak ke 4..moga Allah beri keselamatan dan kemudahan menguruskan anak2. Moga cepat sembuh ..aminn

Wednesday, 7 November 2012

musim award

8hb nov 2012 ~ khamis

wah pecah rekod nih, aku tak pernah sekerap ini update blog. tapi rasanya tak de org nak tangkap kan kalau update sehari 3kali pon kan..huhuhu

Kebetulan hari ini besday anak bujang aku yg encem tuh!.. genap usia dia 10 tahun. 26 Okt yg lepas pulak aka raya haji..adalah birthday maisarah. Keluarga aku ni, bila hujung tahun mmg mabuk makan kek ler. Kali ini masing2 tidak diberikan hadiah seperti biasa kelazimannya. Masing2 pon dah besar, tak sibuk mintak itu ini. Maisarah aku kata hadiah akan dicombinekan jika dia dpt result elok dlm upsr. Tapi biasanya tak lepas dr beli kek utk seisi keluarga.

Semalam kami pergi shopping brg2 untuk maisarah bagi kat kawn2 dan guru2 dia. maklumlah dah akhir tahun dan mungkin lepas ni ada kwn2 yang masuk asrama ke. Jadinya dia  nak beri sesuatu utk kenang2an. Semalam tiba2 si  bungsu tu mintak hadiah sbb dia dpt no 1 katanya, so haruslah diberi kan. Nak doll house katanya, ikutkan aje lah. Nasib baik dia pilih yang kecik aje...phewww lega...

Dah terlanjur menulis ni, rasanya adalah lebih baik aku rekockan sekali pencapaian sekolah anak2. Rata2 aku tgk mesti post kat fb, anak2 dpt anugerah itu ini. Aku tumpang gembira aje, ada jugak teringin nak post tp setelah ditimbang tara, banyak hati yang perlu dijaga. Adalah lebih baik aku post kat sini aje, sbb sekurang2nya tak ramai yg tau aku ada blog, cume kawan2 rapat2 aje yg bacanyer pon hehe. Rasanya patut aku simpan disini utk tatapan aku masa depan.

Alhamudlillah masing2 telah berusaha dan keputusan agak memuaskan. Tapi biasalah hero hindustan aku tu tak brapa konsistant..kejap naik, kejap turun. Dia tu asik ingat main aje, kalau nak suruh belajar pulak nak kene hadap 24 jam. lepa sikit je, dia buat kerja lain. Feninnnn. Dia sebenarnya ada kebolehan, sebb apa aku cakap gitu sbbnya dia pernha dpt no1, no 35, no 9, dan latest ni no26. korang hangin tak tgk graf dia ni. Bila dia study dia buleh score tp bila sambil lewa je corot lah jawabnya.
Oklah..dibawah aku listkan senarai anugerah cemerlang yang anak2 dapat masa Qday hari tu (perlu diigtkn ini hanya utk catatan peribadi, tiada berbaur unsur2 lain)

Dhia (Th 1)
Anugerah pelajar cemerlang tempat pertama

sebenarnya inglish pon tertinggi tp markah sama ngan sorang lagi 100%..so cikgu wat ujian sekali lagi bdk tu markah lebih tinggi..so dia tak dpt la anugerah tu

Hud (TH4)
Anugerah ketua kelas

Nilam maisarah (Th 6)
Anugerah ketua kelas
Anugerah pelajar cemerlang tempat pertama
Anugerah mata pelajaran tertinggi Inggeris
Anugerah mata pelajaran tertinggi Science
Anugerah mata pelajaran tertinggi  BM2
Anugerah mata pelajaran tertinggi Kemahiran hidup

Tapi dhia kata alaaa..dpt ni je..hehe dia mgkin expect dpt hadiah dlm btk yg bule di gunakan..tp rupanya dpt rantai emas cam olimpik tu ..shian anak aku..tp tak pe lah, kan ayah dah belikan dollhouse

Kakak pulak tak ade periksa .. tinggal tunggu result pmr aje la

Ibu doakan anak2 semuanya berjaya dunia dan akhirat. Kejayaan di dunia bukan skala yang Allah gunakan untuk menentukan syurga dan neraka..tetapi amalan yg di bawa..moga amalan dunia ini tidak mengheret kita ke neraka malah menjadi asbab untuk ke syurga...

Ibu sayang kamuu semua

Tuesday, 6 November 2012

penantian satu penyiksaan

Assalamualaikum semua

hari ini 7 nov 2012 ~ rabu

Minggu yg ditunggu2 oleh seisi keluarga berakhir dengan penantian yang dilanjutkan ketarikh 19 nov 2012. Aduhhh!! kalau aku punya kuasa power sudah tentu biarkan ianya berjalan seperti biasa dan seperti tahun2 sebelumnya, tapi apakan daya.
 Dua tiga hari ni kecoh sana sini membuat telahan sendiri bilakah keputusan upsr akan keluar. Cikgu2 di sekolah sudah siap2 memberitahu pelajar bahawa keputusan akan keluar pada hari khamis mengikut kelaziman setiap tahun. Aku pon dah malas nak tunggu lama2 lagi. Sementelah pula tarikh 19hb tu nazri dah siap2 ambil cuti seminggu utk bawa anak2 holiday. Jangkaannya 19hb tu bertolak dr melaka.

 Betullah kata pepatah, kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan segalanya. Mungkin ada hikmah disebalik kelewatan ini. Hari selasa aku telah mendapat khabar2 yg tidak dpt dipastikan kesohehannya bahawa result tidak akan keluar pada hari khamis. Untuk mengesahkan berita ini kami melayari laman KPM. Sah!! pengumuman ada dibuat di situ. Makanya penantian kami akan dilanjutkan lebih kurang lagi 2 minggu. Perasaan waktu itu??...aku rasa macam nak serang je pejabat kementerian tu sbb nak tahu apa sebabnya masalah mereka. TATAPI... aku orang kerdil.

Aku rasa tak ada sesiapa pun suka menanti dan menanti. Bukan kerana nak tengok sangat keputusan tu..tetapi lebih kepada tidak suka menanti dan terus menanti.. Moga ada sinar menanti dipenghujung penantian ini..aminnn, moga Allah perkenan