Thursday 4 October 2012

Anak atau suami??

Assalamualaikum semua 5hb Okt 2012 ~ jumaat Hari Jumaat nan indah ini hanya bertemankan hatiku yg resah tak tentu haluan. Macam-macam perasan di dasar hati ini. Apa yang jelas hanyalah kerisauan, bimbang dan suatu rasa seperti tidak lepas. Bukanlah risau sangat tetapi bercampur baur mejadi mendung pagi ini mengheret mood pagi yg lebih merundum. Tak berminat langsung untuk mengemas, memasak dan sewaktu dengannya. Pukul 11.30 mlm td, kanda pulang dari kerja, lelap sekejap dan pukul 4 deringan telefon berbunyi dan bergegas ke ofis pukul 4:15pg. Pulang semula pukul 5:30 pagi dan bersiap utk bertolak ke Sepang pada pukul 7:00 pg. Secara auatomatiknya tugas menghantar anak2 ke sekolah beralih di bahuku. Pattern tidur begini telah berlanjutan sejak 2 minggu yang lepas, justeru itu aku sesekali tidak izin kanda memandu sepanjang dia outstation ni. Semalam, pukul 4 pg baru balik, kemudian pukul 5:30pg pergi semula ke ofis. Semalam, kanda kene present di Proton pon aku tak izin dia drive, sudahnya cari driver. letih la tulis bahasa skema ni..tulis ayat aku je la...hehe Sebenarnya kanda akan race di sepang pada 5-7hb Okt. 2012 ni. Bukan lah dia drivernya, tapi ada driver lain, dengar cerita tech kat FKE. Sebenarnya hari khamis dah start, tp kanda pergi utk present dulu. Hari jumaat pukul 4 pg tow kereta naik lori utk dibawa ke sepang. Pukul 7 pagi dpt call mrk dah smpi sepang. Hari Jumaat adalah hari utk training di tek. Hari Sabtu pula hari sprint race. hari ahad endurance race. Ya Allah moga Kau beri kemudahan dan kejayaan team kandaku. Walau pun kanda adalah ketua team itu tetapi sokongan yg kuat dari staf2 yang lain sgt membantu melaksanakan amanah yang diberikan. Sesungguhnya masa 7-8 bulan ini tahap stressnya lebih kurang mcm dia buat Phd juga. Especially 2 minggu yg terakhir ini, waktu tidur dan makan yang tidak menentu. Tidur max satu hr +- 4 jam saja. kurang lagi ada la. Kalau ada dirumah pon cuma jasad saja, tp menghadap laptop aje. Banyak dah aku bersabar dengan harapan dapat mengurangkan beban kanda dengan tidak membuat banyak kerenah. Alhamdulillah anak2 semua dpt dikawal begitu jugak aku. hehe penting tu, kalau tidak tambah la lagi kanda stress..ye tak?. Sebenarnya aku jadi tak tenang ni sebab hati meronta2 sangat nak g tengok race tu. Sangat teringin, Ada staff yg lain2 tu sanggup balik utk amik anak isteri semata2 utk bawak derang tgk race. Kalau waktu race biasa bukan senang nk dpt masuk litar tu. Dah la tiket mahal, bayangkan kalaunk masuk anak branak. Sebenarnya kanda pun terkilan jugak sbb aku tak dpt tgk hasil titik peluh dia. mujurlah juga sha/shad sanggup bawak anak2 aku yg 3 org ni utk tgk race tu. Jadilah...kesian erang, teringin nk g. Aku bukan sengaja taknak pegi tapi kakak nak exam PMR selasa ni. Takkan la aku nak bawak dia pegi berseronok2 pulak. Dah tentu dia stress. Tak pe lah ...ibu sanggup berkorban nafsu hehe cewah.. demi menyatakan rasa sokongan pada anak yg yg exam ni. buat sehabis baik ye kakak, moga beroleh kejayaan. Kita doakan ayah dari jauh aje. InsyAllah ayah akan ambil cuti 2 hari pada hr pertama dan ke 2 kakak exam nnt. Saat2 akhir kakak nak exam ni ayah sgt sibuk, smpi x de masa nak jenguk anak2..tapi alhamdulillah anak2 faham. Solat hajat di sek malam ni pon ayah tak dapat pegi. Ibu ni pon mcm tak sedap perut..tp tak pelah ibu gigihkan. Apa yang berlegar dalam kepala aku sekarang cuma, kejayaan team Evergreen, sekurang2nya mendpt salah satu tempat di top 3. tapi kalau tak berjaya juga..tetap bangga kerana usaha mrk sebagai uni baru sangat kuat. Kalau nk dibandingkan dengan uni yg dah lama dan ada kelengkapan yg cukup utk projek proton ni, mmg la Utem agak kebelakang. kereta yg dtg dr proton tanpa enjin, sekarang sudah boleh meluncur di atas jalan, sesuatu yg amat membanggakan secara peribadi kami sekeluarga. Tak kisah lah menang atau kalah sudah cukup puas hati. Dato' NC sendiri dah ckp dgn kanda jangan risau kalau pon tak menang kerana sudah ada deligasi dari eropah yg akan datang untuk meninjau2 kereta ini. impressed. Kejayaan juga diharapkan kepada anakanda Umairatul Afiqah binti md nazri. Semoga mendapat 8A ..mendapat ketenangan, ilham, dijauhkan dari membuat kesilapan dan sifat ragu2. Aminn mohon doa dari kalian

2 comments:

Nihlah Insyirah said...

Good luck kakak, doa unty sekeluarga mengiringi kakak. Semoga dipermudahkan segalanya.

Good luck Juga untuk abg nazri dan UTEM.

kak cahaya said...

thanks ana..serba tak kene rasanya hari ni..minggu yg sangat mendebarkan..hati berbelah bagi..ingin nk pegi tgk ayah tp sayang nk tinggalkan anak

neway thanks 4 ur dua's