Thursday 12 July 2012

kerjaya aku

Assalamualaikum

hari ini Jumaat bersamaa 13hb Jul 2012

Memulakan hari dengan hujan rintik2 membasahi bumi tidak henti sehingga pukul 1.46 ptg ini, cuaca masih serupa. Kekanda dan anakanda sedang menunaikan solat Jumaat. Hari ini ada sedikit kelapangan untuk mengemaskinikan blog yang agak lama terbengkalai bak tidak berpenghuni.

Dahulu semasa di UK, aku terlalu takut untuk pulang ke tanah air sebab takut tak terlarat nak mengelola kehidupan seharian. Sedangkan di UK yg banyak rehat pun aku rasa penat inikan pula di Malaysia. Tetapi sesungguhnya Allah itu maaha mengetahui. Setiap manusia dikurniakan dengan masa yang sama iaitu 24 sahaja dalam sehari. Jaadi adalah menjadi kebijaksanaan sendiri untuk mengatur masa.

Kesibukan masa membuatkan aku terfikir jadual aku yang padat seolah2 aku seorang wanita berkerjaya. Kadang2 tu nak duduk pon tak sempat, logik tak?..dengar macam tak logik kan sbb aku suri rumah. Orang di luar mesti terfikir byk masa untuk aku melepak, tidur dan menonton tv. Dari pagi sampai petang ada masa2nya nak tengok tv pon tak sempat, inikan pula nak lelap.
Suka untuk aku update disini aktiviti seharian utk rujukan aku di masa depan

ini contoh semalam khamis
5:50 pg bangun dan solat subuh
6:10 pg turun buat breakfast dan siap2kan anak2 ke sekolah
7:10 pg selepas anak2 sekolah aku terus basuh kain dan tengok2 bunga
(termasuklah cabut rumput cantas dan siram)tp smlm aku g bekfest ngan laki aku
8:00 pg pergi pasar
10:00pg balik dr pasar trus kemas brg pasar
10:30 pg kemas dapur yg bertempiaran anak2 sarapan dan bekas aku memasak
11:00 pg memasak untuk lunch
12:45 tgh naik atas mandi
1:00 tgh keluar amik anak sek
1:45 ballik terus hidang makanan
2:30 ptg solat
3:00 ptg keluar peergi kedai buku dan kedai ikan
5:00 ptg jiran datang nk tgk rak dlm stor
5:30 basuh aquarium
6:15 amik anak sek agama dan sambung basuh aquarium
7:00 ptg angkat kain
7:30 ptg mandi dan ajar anak2 ngaji
8:15 mlm gosok baju sambil mata dah kuyu
8:45 solat dan mlm tgk2kan keje sekolah anak2
9:30 padam

Rutin ini tidak termasuk aku ada sesi mengajar ngaji mak budak di pagi hari, hantar anak tuisyen (malam), hantar anak g koku, kelas memasak dgn jiran2, aaerobik, jogging, kemas atas, mop atas, lipat kain, gardening, menjahit baju, mengelap habuk dan byk lagi

TETAPI yang jelas, aku sangat selesa dengan tugas2 ini kerana aku dapat melihat anak2 membesar dan menyiapkn keperluan suami dengan air tangan aku sendiri. Sememangnya aku tidak mendapat pulangan dari segi wang ringgit tetapi mudah2an Allah simpan ganjarannya di Akhirat kelak..amin

2 comments:

teratakmuslaily said...

tahniah Yati.. usaha dan pengorbanan yang murni...

kak cahaya said...

mekasey friend