Saturday 18 February 2012

Kun Fa ya kun

18 Februari 2012

Cuti raya cina yang lepas, aku berkesempatan balik kampung utk menziarah mak ayah. Jumpa sempat pulang ke rumah keluarga mertua. Seperti biasa adik beradik aku yg dekat akan pulang utk berkumpul bersama. Keadaan biasa2 saja.

14 hb Feb 2012

Aku bangun pagi seperti biasa, lebih kurang pukul 6 pagi, sambil2 aku menyediakan sarapan pagi, Umairah bersarapan. Lebih kurang pukul 6.40 begitu, aku dpt call dari kak Long di Kelantan yg ayahku jatuh pengsan. Tapi aku agak tenang masa tu, dan boleh dikatakan tidak mengesyaki apa2. kebetulan waktu tu Nazri yg menjwb telefon sbb aku sibuk uruskan bekal anak2. Umairah pon masa tu nak pegi dah. Lepas umairah pergi je sekolah, masa aku masih kat luar lagi, Nazri call abang aku (Jemi). Masa tu dia belum sampai pon rumah mak. katanya on d way utk ballik ( rumah mak ngan abang lebih kurang 5-6 km saja).

lebih kurang pukul 6.50pg, nazri call rumah mak pulak, masa tu anak sedara mak yg jwb (rumah dia sblh je rumah mak), lepas tu mak jwb dlm keadaan tidak tenang, emngatakan ayah tak sedar diri dan masih dirumah, sementara tunggu abang aku sampai.

Sementara ituu, aku di rumah, tak mengesyaki apa2. Aku pon keluarkan daging sebab dah janji dgn jiran2 nak msk mee rebus. Tak terasa pon nak balik kampung sebab menjangkan, ayah aku mungkin selepas pergi hospital, dia mungkin boleh balik memandangkan dia tak pernah sakit sebelum ini.

Pukul 7.10 pg,lepas nazri hantar anak2 ke sekolah, aku dpt call dari abg aku (iwan). Dia tanya samada aku balik ke tidak. aku kta tgk keadaan la, kalau tak de apa2 aku tak balik sbb anak2 semua dah pegi sekolah, tp insyAllah hujung minggu aku ballik utk jenguk ayah. Tiba2 abang aku kata

"aku rasa ko balik la tie"

aku tanya "kenapa"

Dia kata "aku tengok ayah tu mcm serius je"

"Ye ke"

"Tadi masa kak long telepon ko dia ckp ayah pengsan aje ke"..tanya abang

"Ak ah", aku jwb

"Ni aku ckp ngan ko aje dulu, tapi ayah masih dalam bilik doktor, tapi masa aku bawak ayah pergi hospital tadi, aku rasa ayah dah tak de" .. sambil suara dia mula bergetar.

"Innalilahiwainnalillahirojiunnnnnn"...
"astaghfirulahalazim,.... aku cuba menenangkan diri

serta merta suara bergetar dan berjujuran airmata, tak dapat ditahan2 lagi. Aku tak tahu dari mana datngnya airmata yang mencurah2 itu sedangkan sebelum itu aku sangat rileks dan tenang, tanpa sebarang syak apa. Aku menjangkan ayah hanya pengsan biasa2 saja, tak sangka sejauh ini.

Tangan terus menekan punat utk menelefon nazri utk ambil anak2 dari sekolah semula. Aku berusaha menenangkan perasaan, berusaha utk menahan airmata. Bila keadaan tenang, aku menghubungi kakak di kelantan. Nyata dia belum mendapat berita ini lagi. Talian dihujung sana senyap sunyi setelah aku beritahu berita yg mengejutkan ini.

"Ayah dah tak de kak long"

senyappp.....

"Long.... panggilku lembut, sedikit2 aku mendgr esakan yang makin nyata kedengaran.

Airmata kami berdua berrsatu tanpa dipaksa2.

Walaupun belum mendapat pengesahan doktor. Tak lama selepas itu nazri yg masih dalam perjalanan mengambil anak sekolah sempat menghubungi abangku untuk mengesahankan berita ini. Nyata sekali sangkaan abangku benar belaka. Sahlah kini aku anak yatim.

Dalam keadaan terketar2 aku menelefon jiran dan beritahu aku tak jadi masak mee rebus dan akan balik kampung. Menggigil2 tangan aku membersihkan dapur memandangkan akan ditinggalkan utk jangkamasa yg agak panjang. Dapur harus dibersihkan, buang sampah, kemas beg baju. Izan (jiran ) dtg utk menolong.
Aku capai mana2 baju yg terlintas saja.

Siap saja aku berkemas, nazri pulang dengan anak2. Mereka salin baju dan kami terus bertolak ke kampung. Sebelum itu singgah Utem dulu sbb wallet nazzri tertinggal.
Dalam perjalanan aku agak tenang, cuma bila aku baca yassin, sebak mula meruntun jiwa. Aku tak sedar bahaawa yassin yang dibaca adalah untuk ayahanda tercinta.

Aku sampai rumah mak agak lewat (dlm pukul 11.30pg). Masa tu sudah ramai bersongkok putih berkeliaran diperkarangan rumah mak. Jantung semakin laju. Sebaik sahaja kereta berhenti, langkah pantas aku atur untuk mencari mak. Mak mendepangkan tangan menanti aku sampai dalam dakapannya. Dengan perasaan yang sangat mengerti dan cinta aku memaut mak. selang beberapa saat aku rasa dakapanku terasa berat. Rupa2nya mak pengsan. Masa tu aku langsung tak sempat menoleh ke arah arwah sbb sibuk menguruskan mak. Simpati dan hiba memandang keadaan mak.

lebih kurang pukul 12.30 tghari, waris2 semua dipanggil utk melihat buat kali yang terakhir. Alhamdulillah kami adik beradik dapat menahan airmata dari menitik pada jenazah. Kucupan pada tubuh dingin yang terakhir itu tak pernah aku berikan seikhlas dan sekhusyuk itu. Sangat puas mengucup dahi dan pipi yg kelihatan putih bersih itu, sedangkan hari2 biasa ayah kellihatan agak gelap dek berjemur.

Alhamdulillah selesai solat jenazah, ayah dikebumikan sebelum zohor. Urusan pengebumiannya juga mudah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. amin

Keadaan mak sgt uzur pada hari pertama itu, 3 kali dia pengsan hanya pada hari itu. Aku menahan sebak dan tak mahu tunjuk pada mak, kesedihan, nanti mak lagi sedih. Selesai tahlil malam itu kami semua seisi rumah tidak dapat tidur lena. Baru aku sedar, itulah malam pertama aku tidur sebagai anak yatim. Innalilahiwainnalilahirojiun.
Sesungguh dari Dia kita datang dan kepada Dia jua kita kembali.
Kepada pembaca entri kali ini mohon sedekahkan Al Fatihah kepada almarhum ayahanda Mohamed Esa Bin Basri..Al Fatihah

InsyAllah enxt entri aku akan ceritakan kejadian dan tanda2 awal kematian, cuma kami saja yg tak sedar.

6 comments:

Nihlah Insyirah said...

Innalillahiwainnailahirojiun. Kami di sini mendoakan kesejahteraan ayah kak yati di sana. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Takziah buat akak sekeluarga.

kak cahaya said...

thanks ana..sesungguhnya sgt terkejut..tetapi dlm waktu yang sama terpaksa menelan dengan redho atas ketentuannya.Al-Fatihah

Nihlah Insyirah said...

sama dengan yang terjadi pada ayah adik ipar minggu lepas meninggal secara mengejut. mula dengan pengsan, pastu tak lama disahkan meninggal dunia. kalau tak silap doc kata kena serangan jantung.

banyakkan bersabar ya kak. Ana baca entry akak ni, air mata jatuh berguguran. tak dapat bayangkan akak masa menulis entry ini.

zafwah said...

innalillahiwainnailahirojiun.. faham sgt2 perasaan ko kak..ayah meninggal tiba2..beza nya Allah bg ko peluang kucup ayah ko buat yg terakhir..aku xdpt nikmat tu..

apa pun sama2 kita doa di akhirat kelak kita akn berkumpul semula..

menjujus2 air mata baca entry ko ni kak..huhuhu..rindu sgt2 kt ayah..

kak cahaya said...

mekasih sahabat... kiranya sampai hari ini aku masih tertanya2 adakah yassin yg ku baca utk ayahandaku sendiri

Anonymous said...

Cahaya,

Takziah dari kami sekeluarga. Semoga Cahaya antara harta bapa yang paling berharga, untuk dunia dan akhiratnya.

K.Nas