Thursday 15 December 2011

sambungan episod lepas

Assalamualaikum

Seperti yg dijanjikan, aku akan menceritakan tentang tarikh2 yg dijanjikan, tapi rasanya semua dah tau apa kisah sebenarnya kan, tp tak pe la, cerita la jugak sbb ini untuk kenang2an aku dihari tua kan, kang lupa plak tarikh2nya, so baik lah diabadikan di sini.

Bermula dengan penghujung oct 2011 aku tak ingat brapa haribulan, aku g klinik utk cek cyst tp Dr nampak ada ketulan darah di dlm rahim, lps tu Dr tanya awak pregnant ke?..aku kata tak tau, bila cek UPT, -ve so kiranya tak de la sbb mgkin nak period kata Dr. So aku ok je la kan, tp lepas seminggu gitu aku rasa tak sedap hati sbb skalu sakit2 bahagian bwh perut bila aku rancak wat keje, selera makan pon bertambah2, tp peliknya tak mabuk pulak cam yg lepas.

11hb 11 2011 aku cek UPT sendirik, terbukti mmg +ve, so happy la sgt kan 3 tahun menunggu akhirnya dpt lagi. tp Dr kata tunggu dulu 2-3 minggu utk sohihkan.so aku taat je la

1hb 12 2011 aku g l;agi klinik utk confirmkan dengan Dr. secara klinikalnya. Sepatutnya usia kandungan masa tu 11 minggu, so gembira sgt bila Dr kata u mmg pregnant dan usia kandungan 11 mingu. so aku pon di scan, tp dag dug jantung aku bila Dr diam je sambil bercantum keningnya. Aduh apa pulak kali ni, Dr kata U mmg mengandung yati tapi saya tengah cari heartbeat bb awak. Saya tak jumpa dan saiz bb aawak kecil sgt (6minggu). Dada aku dah mula la berombak, dr dtg dgn kegembiran tetiba dpt berita sedih camni...banjir la trus kat klinik tu. tapi Dr kata 50/50 sbb mungkin jugak tarikh period aku tu tak tepat (salah kira mungkin). dia wat appointment lagi 2 minggu, kalo scan lagi sekali x jumpa jantung gak, aku kene wat abortion...MasyAllah Allah saja yg tau perasaan sebak ketika tu..tp start dr hari tu aku mmg dah pasrah.

Hati rasa tak sedap, mana lah scan Dr panel tu tak brapa tepat kan, setelah tunggu seminggu aku g pakar kat pantai pulak, 8hb 12 2011, Dr Hanisah pon kata mende yg sama gak, tp saiz bb 8 minggu, masa tu mmg aku rasa dah tak de hope dah .. hujan lagi.. Dr. advise aku wat abortion secepat mungkin. tapi aku tak puas hati lagi, mintak tangguh seminggu utk betul2 konpem yg bb tu mmgx de jantung. Ba;lik tu sempat lg aku g sopping brg2 sek anak sbb si dhia mmg x ada satu pon brg2 sek dhia.

9hb 12 2011 (jumaat)
pagi2 bangun aku nampak ada stain dan dlm urine ada bleeding sket. so kira konfirm la ni, aku pon trus puasa, kul 9 g lagi jumpa Dr Hanisah, kami decide buat hari tu jugak.. kul 3.30 masuk OT.. kul 5 kluar OT. mlm tu kul 9.30mlm dah bule balik..mak ayah dr kampung pon dah sampai dan dpt jenguk aku kat spital.

sepatutnya 15 hb baru wat D&C tu tp apakan daya seminggu awal ..ada hikmah dari segala apa yg Allah rancangkan. lepas ni x pasti lagi lah nak cuba lagi ke tak...next week dgr advise Dr dulu tgk camne, lps tu bru decide.

thanks kengkawan semua yg ucap takziah bagai..teringat pulak jadual memasak bila tetime camni..masa kat spital lg, nazri dah gurau2 ngan aku, dh bule masuk email helwa la ni..nnt derang bule arrange jadul memasak...

Till then

No comments: