Assalamualaikum semua
3 April 2013 ~ Rabu
Esok genap sebulan blog ini tidak berpenghuni. Untuk tidak memecahkan rekod memalam buto ni haruslah aku mengagahkan diri untuk menulis bahan baru. Terasa banyak sungguh hendak dikongsikan disini sebenarnya..tapi bertangguh dan bertangguh sudahnya lenyap ditelan waktu.
Tidak lah banyak perkara menarik, hanya rutin yang biasa. Tetapi sesuatu yang baru dan menuntut waktu yang lebih adalah biz online aku. Nampak macam tak de apa2 kan. Tapi opis hour aku..cewahh tidak menentu. Kadang2 pukul 11-12 malam pon kalau ada customer, haruslah dilayan, walaupun mata dah kelat ayam. Tuntutan2 tambahan ini membuatkan masa amat terbatas.
Tambahan pula hobi membaca novel aku tidak boleh dipinggirkan. Weekend lepas aku baru saja beli 2 bijik novel tebal dan ada satu yang dipinjam. Gara2 novel itu akan diadaptasi dalam bentuk drama haruslah aku bacanya dulu..baru feeling masa tengok tv nnanti. kadang2 tu demi melunaskan tuntutan napsu serakah aku membaca..haruslah aku korbankan agenda kemas mengemas rumah..salu asik mengelat saja. Kalau dulu sebelum aku buat biz online ni satu novel buleh habis dalam 2 hr..tp skrg tidak..mau 1 minggu baru selesai.. sekarang ni pulak ada tuntutan nak siapkan baju anak2 yang menunggu 4 pasang. Untuk nampak rumah tidak bersepah sangat aku hanya buat perkara2 wajib sahaja
kalau dulu rutin aku
basuh baju,cabut rumput jahat, siram pokok, sapu dan kemas luar, cantas pokok, sapu dalam, mop, sidai kain, masak, di samping kluar masuk amik anak sekolah , gosok baju dan macam2 lagi.
tapi sekarang masa harus diperuntukan utk biz on9
pepagi mesti bukak labtop..kao ada customer haruslah terbengkalai kerja2 rumah..yang penting siap masak dan basuh baju. Kalau kurang customer baru lah aku buat kerja2 yang lain tu.
Malam pulak haruslah siapkan kerja2 menjahit, petang aku luangkan utk baca novel..sambil amik anak sekolah berenti kat traffic light pon aku sempat lagi baca. malam pulak terpaksa korbankan waktu tido untuk membaca..kalau tidak 9.30 harus aku dah bobokzz
ni plak dah masuk bulan 4..cita2 nak ganti langsir...kene survey dan haruslah mengadap plak nak menjahitnya nnt kan..nak menjahit baju2 raya lagi..bulan 5 nnt nak wat goodies utk adik ipar..persediaan puasa nnt manalah tau ada org oder cookies lagi.
Tapi apa pun aku gembira dengan jadual baru ini..hidup semakin sibuk tapi aku bimbang amalam semakin kurang dek kebizian yang dicipta sendiri.. Ya Allah kau jauhkanlah aku dari lalai darimu ya Allah..
ok friend..malas nak citer panjang..nak sambung baca novel yek..tata
Salam
2 comments:
kak..aku rasa nak kena ke melaka laaa...tgk stock handbag.. desperate nak beli handbag baru ni..tapi nak kena belek2...aku mmg tak reti beli online ni...stock mmg ready kt umah ko ke kak...
zafwah..aku x simpan stok kat umah..sume direct supplier..x brani la nk simpan stok..tkt x laku nnt aku plak kene tanggung kos..beg2 tu sume aku sendiri pon x penah tgk..melainkan yg aku ada beli la.
Post a Comment