Thursday, 7 February 2013

Mintalah yang terbaik jangan minta yang kita rasa baik

Assalamualaikum semua

8 Feb 2012 ~ Jumaat

Essok semua orang dah start cuti raya cina, ramai yang plan nak pergi jalan2 atau balik kampung. Aku pulak mmg tak plan ke mana2. Biasalah aku ni, bila cuti panjang lebih suka duduk rumah, sebab malas nak meredah jem dan kesesakan umat sana sini. Lagi pun cuti thaipusam aritu aku baru je balik kampung, nanti masa ujung bulan, adik nazri tunang insyAllah akan balik lagi.

Hari ini aku ada berita nak kongsi dengan sahabat2 di luar sana. pada 4 hb feb aritu semakan kemasukan mrsm ke ting 1 dah pun keluar. Seperti yang dijangka maisarah mmg tak berjaya sebab sbp dah panggil. Giliran kakak diumumkan pulak pada 5hb feb... hari tu sbp tak dapat. Hati masa tu 50/50 sbb ada sepupu dia dpt 8A jugak tp tak dpt sbp..mrsm pulak mmg tak mohon. Jadi hati ni macam boleh rasa sesuatu. Doa kami pada Allah hanyalah 'tempatkan umairatul Afiqah di sekolah yang terbaik buatnya'. Kami tidak menyebut mana2 sekolah. kalaulah sek munshi adalah yang terbaik kami redho. Semasa lepas solat istikharah pon aku tidak mendapat alamat apa2 untuk mohon mana2 sekolah. Tapi aku tetap minta je mana2 yang ada.

Namun begitu perancangan  Allah telah aturkan untuk Umairah, sebaik semakan boleh dibuat kami semak dan memang ternyata dia gagal diterima. Masalahnya nak buat rayuan ke tidak. haritu masa sbp umairah tak mau buat rayuan. Yang ni pon dia macam tak nak buat rayuan, sebab katanya.. kita dah tawakkal pada Allah kan bu, kita dah mintak sekolah yg terbaik utk kakak, Bila tak dapat ni bermakna munshi adalah yang terbaik untuk kakak. Syukur aku dengar...alhamdulillah dia tahu dan faham dengan apa yang dilakukan dan diminta. Konsep tawakkal itu difahami sepenuhnya. Kita sudah berusaha minta tapi kalau Allah tak izin bermaknanya Allah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Nampak gaya bapaknya macam nk buat rayuan...tapi tak tau lagi lah. Si anak macam selesa nk sek harian biasa ni..Apa pun belajarlah rajin2 kakak..insyAllah ada sinar menantimu..amin


6 comments:

teratakmuslaily said...

sgt setuju dgn konsep minta yg terbaik bukan minta apa yg kita rasa baik.. Allah kan sebaik2 perancang, Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya.. so, redho jer lah tie.. Insya ALlah Mushi mmg yg terbaik buat Umairah.. At least ko ada assistant chef kat rumah, tukang goreng sayur pun ok per.. ngee ^_^

kak cahaya said...

tu la kan..konsep tawakkal tu bukan hanya dibibir tapi juga mesti dihati..sebab tu kalau dah nama tawakkal mesti kene redho..

Unknown said...

Yang penting rajinn ... sekolah tu cuma faktor sampingan je.

kak cahaya said...

mekasih la unty2 semua bagi semangat..ni dh start beli buku2 rujukan. sbb byk bende yg tak brapa nak paham..2-3 bulan ni rasa cam nk start anto tuition subjek2 sains tu..harap2 dia bule bawak la..tgk la nnt result stgh taun dia camne...

zafwah said...

nak nyampuk..aku dl pun sekolah harian biasa jee..S.M Seri Manjung..xglemer lngsng...huhuhu..tp sbb ank sulong..2beradik plus lg ank pompuan sorg..mak ayah xnak lepas kn...betul kata k.dal yg penting rajin..

Anonymous said...

This blog was... how do I say it? Relevant!! Finally I have
found something which helped me. Thank you!

my blog :: Vintage Moebel Karlsruhe