Assalamualaikum semua
hari ini hari selasa.. hari ini juga bersamaan dengan 1/1/2013
Mood tak de sebenonya nak menulis tetapi harus ku gagahkan juga demi melayan meroyan di dalam dada. Akyu ni kalo tgh hangin, takdenya nk menulis dalam bahasa baku. Biasala, aku akan guna bahasa ibunda aku jek.. telus dari hati gitu.
Aku bukan lah dari kalangan orang yg biasa mencatatkan tarikh2 yang cantik2, apath lagi nak set2 azam baru sempena tahun baru. Pada aku setiap hari kita harus berazam untuk menjadi lebih baik dari setiap sudut. Bukan nak tunggu hujung tahun baru nak set2 azam, itupon belum tentu terlaksana.
Tapi ramai juga yang suka tanam2 azam ni..terpulang masing2 la kan..mungkin mrk ada lah sebab2 tersendiri, janji derang tak kacau aku sudah lah.
Hari ni kebetulan ada benda yang aku nak rekodkan di diari cyber aku ni. tu yg entry ini tercip ta..cewahh. Sebenarnya mood pagi2 tadi agak baik sebab hari ni kami suami isteri hantar kakak untuk mengambil anugerah cemerlang PMR.. peringkat parlimen bukit katil. Sesampai je di tapak perhimpunan, mood dah potong sket dek papan tanda mendaftar yg tak jelas. Hangin la kene hanto sana sini. gi sini kata encik g sana, g sana kata encik g situ. masih boleh bertahan...
papan tanda patutnya gantung ler tmpt tinggi, supaya bila org berasak2 org dr jauh masih buleh baca sign board tu..ini ltk depan meja..bila org berpusu kerumun meja mana lah nk nmpk lagi kan..bila dah eratur2 panjang, baru tau rupanya beratur lane yg salah. Bila ditanya plak nun ditunjuk, sebelah sana encik. pegi la beratur lagi, seperti yg ditunjuk, salah lagi(sbb tak nmpk sign , bila dh dekat bru nmpk sbb terlindung org). Rupa2nya sebelah je tmpt aku tanya sebelum tu, apa lah salahnya kata ooo perlajar cmerlang akak beratur kat sblh ni kak, nni punya la menunjuk jauh padahal kene ebratur kat sebelah tmpt duduk dia aje..grrrrr
Aku pon tak paham la derang ni, agaknya baru tahun ni agaknya derang organise majlis camni. entah la. tgk dr segi teraburnya mcm baru belajo nak organised.
Lepas rasmikan majlis Datuk Wira Ali rustam pon terus bergerak ke khemah yg ada meja makan (sebelum ni bg speech kat stage). Aik...tetiba kat khemah biasa pulak. kan senang kalo bagi anugerah kat atas stage, sume org bule nampak. Senang nak amik gambo. tak ler semua berkrumun. Sekali lagi aku tak paham
Pastu pulak si MC ni dok umum je tanpa2 henti, memula bdk2 cemerlang upsr, pastu PMR pulak. Aku pon laki bini mula gerak ke khemah utk ambil gambar, skali dtg rupa2nya kakak dah siap amik sijil..adooooaiiiii...beria bwk camera, tetiba tak dpt amik gambar Ali Rostam bagi sijil..grrrrrr.... mau tak POTONG!!!
Mula la nak membebel..apa guna wat stage kalo biar kosong, sudahnya bagi sijil kat khemah makan. sah2 ler parents tak dpt tgk, kalo dah segala org berkerumun kat situ sbb nk amik gambo ali rostam...camne mak bapak nk tgk anak sendirik...betol2 tak puas hati.. camni ke cara dia org organise majlis sedangkan yg datang menteri..langsung tak teratur. Banyak benda sebenarnya aku nk meroyan, tapi tak kuasa nak tambah dosa. Dah ler ucapan Ali tu dok smash parti sana, bom parti sini, pening aku. duduk je la tahan telinga.
Dah la malas .. aku nk g masak jap..salam sejahtera buat kalian semua
wasalam
Monday, 31 December 2012
Tuesday, 18 December 2012
Minggu yang mengasyikan
Assalamuailum semua
hari ini 19hb Dec 2013 ~ Rabu
Dari semalam lagi hidup kami anak beranak bagaikan tidak keruan. 2hari lepas umairah mimpi dpt 6A 2 B, lepas tu dia trus tak sihat. Aku kata jangan fikir2kan sangat, kalau ada rezeki tu adalah. Semua tu kerja Allah, kita hanya mampu berusaha tapi yang menentukannya hanya Dia jua. Semalam keadaan dia dah macam ayam berak kapur. Kerja rumah semua tidak dapat dibuat macam biasa, melangok je kejenya sana sini. Pagi ni aku saja bagi dia bangun lambat sikit, biar dia tidak menghitung detik.
PAgi2 aku dah siap masak, takut lambat balik nanti, Nazri ada meeting pulak pukul 11 pagi, mungkin tak dpat dapat ke sekolah. Tapi dia kata nak datang jugak dalam kul 11.40 gitu, nk cabut je dari meeting. Dala pukul 11.55pg gitu aku anak beranak bergerak ke sekolah. Settle je parking, sambil menapak lutut aku pulak yang menggigil. Sampai di sekolah dalam 12 lebih gitu. Ramai yang kata guru besar dan balik dari PPD. keputusan dah sampai sekolah. Tapi cikgu kelas belum bersiap di tempat mengambil keputusan lagi.
Aku tak masuk ke dewan sebab orang ramai, lebih2 lagi aku bawak semua tentera. Tapi tak puas hati jugak, suruh anak2 yang lain tunggu di luar dan ibu masuk bersama kakak. Tiba2 guru besar announce senarai nama pelajar yang mendapat straight A iaitu seramai 16 orang. Umum punya umum macam tak de harapan aje. lagi pun cikgu kelas tak suruh pun umairah pergi depan stage tu. MMMmm..redho jek la. Tiba2 Umairatul Afiqah binti Md Nazri... Seraya memeluk dia yang bersebelahan aku, air mata tidak tertahan2 lagi. Akhirnya mimpi menjadi nyata. Umairah menangis tak henti2..rasa macam mimpi katanya. 8A milikmu sayang!!!
Begitulah rentetan yang kami harungi sepanjang 2-3 bulan ini..Alhamdulillah Allah limpahkan dengan kebaikan, asal saja jangan kita lupakan Allah.
Kepada sesiapa saja di luar sana yang mendapat straight A's tahniah buat kalian . Jika ada yang tidak mendapat seperti yang diharapkan cubalah lagi sesungguhnya SPM nanti lebih penting.
Syukur nikmat Allah atas kurniaan ini.. Moga Allah jadikan anak2 kami sebagai anak2 yang soleh dan solehah dunia dan akhirat

Sunday, 16 December 2012
nak ke tak nak?
Assalamualaikum semua sahabat2 di luar sana
hari ini 17hb Dec 2012 bersamaan Isnin
Semalam 16hb aku balik kampung kerana Ucu sebelah rumah mak buat kenduri kahwin. Aku memang suka kalau ucu aku yang sorang ni buat kenduri kawin. Walaupun orang kampung tetapi selera makan dia ni tinggi sikit. mesti pelbagai lauk pauk dan juadah yang terhidang sampai tetamu geleng kepala tak tahu nk makan apa. Nasib baik la aku lepak umah mertua aku..so buleh la makan banyak round dari pagi membawa ke petang.
Antara juadah yang ada Nasi beriani, gear box, tauhu bakar, mee goreng, roti canai, rojak asmah, mee rebus, tauhu panas dan 10 jenis air. Air asam boi, asam putih, cendol, abc rok, katira, laici, teh bunga, cikong, honey dew, dan entah la apa lagi yg aku tak sempat rasa hehe.. Dah ler banyak menu sedap gilos semua pulak tu. bercelaru perut aku hehe..apa apa pun mmg mantopsss.
Ok..settle citer bab makan2 kenduri kahwin..sebenarnyaada lagi peristiwa yang lebih pentang yang berkongsi tarikh dengan wedding sepupu nazri ni.iaitu..jeng jeng jeng..
Seawal selepeas peperiksaan percubaan lagi aku sudah membuat persiapan utk memohon mana2 sekolah asrama yang available. Bermaksud samada sbp atau mrsm. Pada mulanya permohonan tersebut hanyalah berdasarkan persediaan untuk mental sahaja dan bukan bertujuan untuk menempatkan diri. Apa?..tak paham?..hehe ok mari aku citer sikit
Mula-mula anak2 dan ibu ayah agak keberatan untuk melepaskan anak2 terutama maisarah utk ke asrama penuh atas faktor2 tertentu. contohnya kecil lagi, kesian, anak aku plak saiznya pon kecik, dan beberapa lagi alasan lain. Tetapi permohonan tetap di hantar juga atas nasihat guru2. Dan aku cuba membuka sedikit minda demi masa depan anak2. (ini setelah cerita dipendekkan) . Aku pula memohon lebih kepada tidak mahu menyesal kemudian hari bila tak mintak. Allah memang maha kaya, segala2nya telah diatur. Sebaik saja keputusan UPSR diumumkan..aku dapat tahu maisarah ditempatkan disekolah tak favourite (disiplin agak teruk dan byk cerita buruk kami dengar dari sekolah ini). Hati mula gundah, tetapi jauh disudut hati sedikit lega...nasib baik aku ada back up mintak sana sini. Dalam masa yang sama mengakui bukan mudah menempatkan diri di sbp atau mrsm. Setelah perbincangan antara ibu dan anak, kami decided utk minta smka juga, sebagai back up utk megelak dari masuk sek harian biasa. Borang permohonan terpaksa dihantar by hand kerana hari kami hantar adalah tarikh tutup permohonan. Maisarah berkeras tidak mahu ke sek smka krn takut aliran bahasa arab, alasannya arab tidak kukuh, jadi wujud rasa kurang yakin. Tetapi kata orang dari cempedak baik la nangka kan..jadi mintak la jugak.
Tiba lah hari yang ditunggu2, harapan sangat tinggi untuk dapat ke sbp, tetapi mengikut akal aku yg cetek ini % utk menempatkan diri adalah sangat tipis kerana pemohon seramai lebih 62 338 murid perermpan yg memohon, yang diterima hanya 3645 org sahaja. Hmmmm sah2 ler ramai yang pandai2 dan dpat 5A gemokss...lagi la pula pelajar perempuan, ramai sangat saingannya.
Perasaan semasa menyemak keputusan sangat bercampur baur, dengan harapan dan kenyataan yg sedia kami maklum. Tetapi tetap jugak nak menyemak manalah tahu Allah sedikan keajaiban untuk kami. Perkara yang ditakuti ialah dapat tetapi ditempatkan jauh dan bukan termasuk dalam list pilihan hati kami. Pilihan penempatan kami adalah di Kolej Tunku Kurshian...kwang3x. kenapa korang tak percaya?..haha aku pon tak npercsaya camne aku buleh pilih situ. Sebelum membuat pemilihan aku sudah buat solat istikharah, delima tak tahu nak pilih mana, tetapi naluri berat dan mendapat alamat utk pilih TKC. Walau pon borang dihantar dengan rasa kurang yakin utk dapat. Cikgu pon berkerut kening bila dpat tahu kami minta TKC, hinggakan ada cikgu kata, susah puan nak dpt sekolah ni. Tetapi aku dengan muka seposen jawab, tak pe la cikgu kami cuba2 aje hehe.
Ayahnya pula mengharapkan dpt mrsm, tetapi kata orang bila tawaran sbp dan keluar, mrsm tak akan offer kepada kita lagi, jadi susah la kan nak buat keputusan, kalau tolak sbp nnt tak dpt mrsm pulak.mmmm. kan best tunggu result 2-2 pastu pilih mana nak..wah..best gitu.
Eh nape...panjang beno cerita nya ya..tp tak tau jugak dapat ke tidak..saboo ler,, jap agi aku citer ler...
semalam 16 hb dec 2012 adalah tarikh pengumuman penempatan pelajar yang mohon sbp. pepagi buta dah tak sabar, bukak2 tak de ..rupa2nya lepas pukul sepuluh baru buleh buka. Masuk je angka giliran bling..bling..bling... ada ucapan tahniah yang berkelip2 warna biru (warna biru BN) menandakan kerajaan yg menawarkan la kot .. kwang3x. Sila masukan no ic penjaga untuk mengetahui penempatan. Rasa macam darah menyerbu hingga ke muka..degup bertambah kencang, pertama tak pecaya dapat, kedua berdebar2 nak tahu dapat di mana, jauh ke?,,sekolah apa?..argghhh
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepad Allah sbwt. Pun begitu delima lagi bila pagi ini satu lagi tawaran diterima dari smka..Sharifah Rodziah, melaka. Tetapi tuan punya badan menolak dan hendak teruskan niat untuk sekolah idamanya iaitu TKC.
Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih atas sokongan kalian dari peringkat aku buat survey syiok sendiri aritu. sesungguhnya hati manusia senang berbolak balik, dan hanya Allah yang mampu menetapkan mengikut perancangannya.

TAHNIAH!
ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013 |
||
Angka Giliran | : | |
Nama Calon | : | NILAM MAISARAH BINTI MD NAZRI |
Sekolah Asal | : | MBA0043 - SK GANGSA |
Subscribe to:
Posts (Atom)