Thursday, 29 March 2012

Abadikan di sini

Assalamualaikum semua

hari ini 30 Mac 2012 ~ Jumaat

Sekadar mencatat tarikh penting, spesifically bukan untuk diri sendiri sebenarnya tetapi untuk kekanda tercinta.

Semalam, setelah lebih kurang 2 minggu kekanda menanti surat dari Nottingham University tentang pengesahan Phd nya,akhirnya surat yang ditunggu sampai ditangan. Malangnya, tuan punya badan baru saja berlepas ke penang. Khaabar gembira diutus lewat telefon sahaja. Sekadar post di FB, sekurang2nya jika kekanda nak tengok dia buleh tengok di situ.

Sekalung tahniah buat kekanda Ir Dr Md Nazri bin Othman. Sesungguhnya anugerah dunia ini hanya bukti kepayahan yang telah kanda lalui, namun ianya tidak membezakan kita di sisi Allah dari insan2 yang lain.

Moga ianya menjadi asbab untuk kanda berbakti kepada anak bangsa dan agama. Akan dinda jadikan ianya sebagai obor untuk anak2 kita mengharungi segala kepayahan.

Tahniah sekali lagi untuk abang effected on 15th March 2012

Wednesday, 28 March 2012

Andainya ku tahu...

Assalamualaikum


29hb Mac 2012 - Khamis

hari ini, kekanda tiada dirumah melunaskan tugas ke Penang selama 4 hari. Nampaknya aku harus menguruskan anak2 24-7. Sabtu ni pulak aku harus ke sekolah utk mengambil keputusan ujian bulanan anak2 di sekolah rendah. pelik juga, biasanya 'parent day ni hanya untuk peperiksaan setengah tahun atau akhir tahun saja, tp ujian bulanan pon kene jumpa cikgu jugak.. Hmmmm tak pe la, bende baik.

Entry yang lepas aku janji nak tuliskan tanda2 kematian arwah, tp hampir 2 bulan aku tak ada mood menulis, hari ni aku gagahkan juga mencoretkan sesuatu di sini. Mak sekarang masih berulang alik dari rumah abang2 ku. Tetapi menurut mak dia lebih senang tinggal di rumah sendiri suatu hari nanti. Namun kami adik ebradik tak setuju dengan keputusan mak. Walaupun mak masih sihat dan mampu menguruskan hal sendiri tapi kami lebih selesa mak tinggal bersama anak2. Sekarang ni mak sedang memulihkan semangat dan mengumpul kekuatan utk tinggal sendiri di rumah. Suara hati mak berjaya ku cungkil dan ku khabarkan pada adik beradik yang lain. Masing- masing berat hati melihatkan mak tinggal sendirian. Tetapi seandainya mak berkeras apalah kudrat kami utk memaksa. Kata sepakat belum lagi kami capai, cuma setakat n, sebelum edah mak habis, eloklah mak tinggal bersama abang2ku. Selanjutnya biarlah masa dan keadaan yang menentukan.

Semasa pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina, aku telah di pesan oleh arwah untuk membeli madu kelulut untuknya (madu putih0, sedangkan sebelum ini dia mengemari madu tualang (hitam). Arwah berpesan,

"Nanti kalau kau balik lagi kau belikan ayah madu kelulut ek", pinta ayah

"kenapa pulak ayah nak madu putih ni, sedangkan dulu dia kata madu hitam bagus untuk dia" desis hati ini.

Tidak pula aku bertanya mengapa

namun aku masih diam tanda patuh

"Satu lagi, nanti kau carikan ayah cd berzanji, tapi ayah taknak yang ada gambar tau(visual), ayah nak yang ada suara (audio) saja". Sambil satu rumah menikmati laungan surah yassin yang diputarkan ayah melalui cd nya.

Aku akur lagi tanpa soalan lanjut kenapa dan mengapa.

Tidak pernah ayah melaungkan surah Yassin bergema di segenap inci rumah apabila kami anak2 dan cucu pulang. Biasanya ayah akan memutarkan lagu2 gembira seperti lagu 60-an atau cd2 lainnya. Surah Yassin hanya didengarinya dan dibacanya bila berduaan dengan mak sahaja. Tidak ku sangka itu rupanya tanda awal yang di alamatkan kepada kami anak cucu supaya bersedia, dan mungkin juga pesanan tanpa suara agar kami tidak putus membacakannya Yassin selepas ketiadaannya.. MasyAllah...pilunya hati ini.

Beliau juga sempat berpesan kepada kak long supaya menjahitkan baju berwarna kuning cair untuknya hari raya nanti.

Banyak pemerhatian yang buleh didapati dari kisah2 yang seumpamanya tentang tanda2 kematian yang dibaca di akhbar (selain yg telah ditentukan oleh Allah), keganjilan2 yang biasanya berlaku kepada si mati tetapi tidak disedari kita yang bakal ditinggalkan. SEgalanya membuatkan aku insaf bahawa selagi aku bernyawa untuk berbakti dan menunaikan segala yg termampu terutama kepada suami, ibu , anak2 malah jiran2 dan kawan2. Kerana ajal dan maut tidak siapa yang tahu. Azam untuk tidak memalitkan setitik pon dosa terutama kepada suami. Moga seandainya ajalku sampai dahulu aku pergi dalam keadaan bersih. Manusia mungkin dilahirkan dengan fitrah tersendiri tetapi kita boleh berusaha untuk membentuk sahsiah baru yang lebih baik dari semalam. Moga Allah beri kekuatan dan keteguhan iman untuk bersyukur dan berkhidmat untuk suami dan keluarga terdekat. Sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki suami. Allahuakbar