Assalamualaikum semua
Hari ini 16 nov 2012 ~ Jumaat
Sebenarnya dah lama nak update, tapi dikekang oleh masalah kesihatan yang tidak berkesudahan. Aku sebenarnya diserang sakit gigi. Kepada sesiapa yang pernah sakit gigi tentu faham bagaimana senarionya kan. Tapi mesti korang tertanya-tanya apa kaitan dengan sakit gigi dengan tajuk post aku ni kan hehe. Tunggu
Seminggu sebelum berthday aku (11/11/12) aaku ada sakit2 gusi sikit. tapi ingatkan biasa2 je. tak sangka pulak berlanjutan hingga sakit gigi. Masa hari birthday aku tu pon sempat lagi g jenjalan dan makan2..tp under pain killer la. Nasib baik la aku ni jenis tak mamai kalau makan apa2 ubat yg drowsy, atau ada apa2 side effect. So enjoy je la meraban sana sini.
Isnin tu aku cabut gigi, malas nk wat root treatment sbb takut procedurenya. Tapi peliknya masih sakit gak lagi, walau pun selepas 3 hari. Hari rabu tu aku pegi lagi, rupa2nya ada inffection. Kene la cuci pulak. Ni hari jumaat tapi masih ada rasa nyut2 sikit2 lagi, sbb bengkak belum surut. Maklum lah g klinik kerajaan. Rasanya kalau g klinik swasta mesti dia kasi ubat bengkak skali. Aku dok risau ni kalau tk baik2 lagi sebab aku nak pegi kelantan hari selasa ni.. hari senin pulak nak g amik result maisarah.
Mudah2an Allah beri kesembuhan dengan cepat..amin
Hmmm..ni aku nak cerita pasal tajuk di atas pulak. Sebenarnya, 11/11 aritu aku tak de la celebrate apa sangat. Pagi tu kekanda kerja, tengahari tu dia balik, ajak kami keluar. Kami g makan kenny rogers (sebenarnya tak ske ) tp sbb org ramai sgt..tmpt lain sume penuh, jadi terpaksalah makan kat situ. Aku prefer nandos dr KR ni. Lepas makan aku telah di ajak menonton wayang, SKYFALL...
Untuk mengkritik cerita ni aku rasa Don Dal lebih layak utk jadi reporter lokasi hehehe.. bagi aku best jugak la citer ni, tapi byk gelak tgk citer sies camni. Tak macam james bond yg lain, byk guna gadget2, tapi citer kali ni tak byk guna mende mengarut2, guna cara lama jek tuk lawan penjahat. Ada la part2 tentu yg aku rasa tak logik. Masa part yg derang naik tube tu punya lah ramai org, bersesak2, tapi tetiba bila scene accident tube tu, gerabak kosong kontang, cume ada driver sorang jek. Kat situ aku rasa cam tak best sikit. adegan2 PG18 pon tak byk sgt, cme 2 scene je.. so ok la tgk ngan bdk2.
Ok la nak pegi tgk dayang2 aku memasak didapur. Cuti2 ni kebetulan aku tak brapa nak sihat, tugas2 memasak mmg diserahkan sepenuhnya pada dayang2 ber2 tu. Saja nak train derang. Ok lah chao dulu
Satu lagi aku nak doakan pada sahabat Farah Wahida Harun yang akan menjalani pembedahan anak ke 4..moga Allah beri keselamatan dan kemudahan menguruskan anak2. Moga cepat sembuh ..aminn
2 comments:
Alamak kak.. aku dah lama pencen jadi reporter lokasi pawagam. Nakk tengok wayang hapekebendanya dengan dua biji henbeg bergerak aku nih.
hahaha..tggu kuar kat tenet je la...ko kan salu wat liputan citer2 kat tv...aku ni pon skrg ni je baru nak bernapas sikit..dedulu cam ko gak...hehe sabar ye..lagi 10 th baru ko sampai tahap aku skrg ni hehe...
Post a Comment