Assalamualaikum
Hari ini 25hb Nov 1012 ~ Ahad
Detik yang dinanti sudah lama berlalu tetapi kesempatan untuk update tidak pernah ada. Rata-rata sana sini orang bercerita tentang keputusan UPSR terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak yang mengharunginya.
Seawal minggu terakhir persekolahan masing2 membuat telahan sendiri bilakah keputusan akan diumumkan. Awalnya mmg confirm pada hari khamis..tiba2 ditunda pada 19hb nov. menanti sesuatu tahap debaran yang tinggi adalah sesuatu yang aku paling tak suka. Apatah lagi si tuan punya badan.
Empunya nama Nilam Maisarah sangat teruja menanti detik paling bersejarah untuk dirinya. Aku sentiasa menitipkan pesan, tidak salah berharap tetapi jangan terlalu tinggi kerana kita hanya mampu berserah . Hanya Allah jua yang menentukan. SEgalanya boleh terjadi.
Hinggalah sampai detik ditunggu2, 19hb Nov 1012 sebenarnya tarikh ini aku sekeluarga dah plan utk bertolak cuti2 malaysia ke rumah kakak di kelantan. Bila saja diumumkn result akan keluar 19hb..percutian ditunda pada hari selasa 20hb. Sebaik sahaja dapat result tak sempat nak update sbb sgt sibuk dgn cuti2.
Seawal pagi lagi hujan sudah turun dengan selebat2nya. hajat hati hendak ke sekolah sekitar pukul 10:30 ditunda ke pukul 11 pagi. Namun masih juga renyai2. Keebetulan pula nazri mmg dah start cuti, jadi dapatlah dia bersama2 kami. Sejak pertengahan tahun lagi Nilam (pangilan di sekolah) adalah murid target. Aku agak terkejut juga sebenarnya sebab maklumlah baru setahun lebih sekolah, dia sudah tersenarai murid target seramai 19 orang untuk mendapat 5A. Harapan dihati cukup menggunug tetapi tetap cuak2 sbb ada juga dgr kes2 student yg murid target tapi kecundang akhirnya. Sejak percubaan sehinggalah gerak gempur sebanyak 7 kali peperiksaan dia agak konsisten 5A..hanya gerak gempur ke3 dia mendapat 4A. 1B.
Sebenarnya guru2 semua sudah spot bdk2 target ni..sebaik setiap habis exam..cikgu akan tanda paper nilam dan cikgu akan jumpa aku untuk membuat 'liputan' hehe..tapi hanya paper objektif aje lah buleh di tanda. mate salah 2, Bi salah 2, BM1 salah 5, sains salah 1. Bila cikgu2 dah beritahu aku keputusan tu cikgu dah boleh predict nilam ni mungkin buleh dpt 5A. Tapi still aku tak brani pegang kata2 cikgu tu.
Alhamdulillah rupanya2 telahan cikgu itu benar belaka. Selepas announcement lebih kurang 4-6 orang gitu diumumkan ke atas pentas, nama Nilam Maisarah Md Nazri adalah nama student perempuan yg pertama dipanggil ke pentas...perghhh lega...tak perlu tunggu lama..stress kot kalau nama kuar last2.
Selesai sahaja sesi bergambar..'janji ditepati' haruslah di tunaikan. Janjinya kalau dia dapat 5 A dia nakterus tebus hadiah pada hri yang sama. so apa lagi...tunaikan la kan..tak sampai hati menengokkan bagaimana dia struggle 2 tahun solid. . Memang dia sangat berusaha keras tanpa tuisyen tambahan dari luar. Terutama sekali BM..dia sangat berusaha keras. Dari membaca BM pun merangkak2, hinggalah dia menghafal semua peribahasa dan setiap patah perkataan juga dihafalnya. Hinggalah kami panggil dia 'kamus bergerak'. Sangat terharu kalau mengenangkan kesungguhan dia menelaan pelajaran. Walaupun UPSR ni tidak segah SPM, tetapi semangat dan kesungguhan dia kompress subjek tahun 1-6 menjadi 2 tahun sahaja..sgt membuatkan kami skeluarga bangga dengannya..
Tahniah Nilam Maisarah Md Nazri atas kejayaan mendapat 5A..sesungguhnya kamu memang layak..Alhamdulillah Allah perkenan doa kita semua...syukurrr
No comments:
Post a Comment