Salam hari rabu semua
hari ini 12hb Sept 2012 bersamaan dengan hari ke 2 anak ke 2 aku menghadapi peperiksaan UPSR. Sepatutnya semalam aku update blog ni sbb UPSR bermula 11-13 Sept 2012. Tetapi ala2 sibuk semalam jadi hari ni baru sempat menjengah.
Hari ini Nilam Maisarah menghadapi peperiksaan Matematik paper 1. Paper yg dia tak risau sangat tapi risau sikit berbanding dengan paper 2. Paper yg dia sangat risau adalah BM kertas 1, Selalu kalau exam biasa pon itu yg sangat dirisaukannya. Kalau ikut kata dia soalan agak susah tapi tak tau la. Tadi tanya cikgu pon dia kata susah jugak. Walau apa pun berserah pada Allah saja. Anak sudah berusaha, ibu dan ayah pon sudah cuba membantu mana yg terdaya, doa dari tuan punya badan pun sudah, dari ibu bapa juga sudah. Mudah2an Allah mendengar doa kami.
SEriaunya sebab sehari sebelum 'big day' dia berak2 pulak, entah macamana, dimana silapnya. Kalau nak diikutkan dah cuba sedaya upaya jaga makan dia, elakkan kene hujan, kurangkan ais..tp dah takdir Allah nak uji. Bila asar tu dapat tau dia sakit perut dan dah g toilet 2x, aku ponterus je bwk g klinik. Alhamdulillah Allah mendengar doa kami, lepas makan ubat tu langsung tak ke toilet lagi. Malam tu agak selesa lah dia nak wat ulangkaji sebab perut dah lega. Alhamdulillah kesihaan back to normal menjelang pagi peperiksaan.
Semalam dia balik, dia kata masa jawab soalan BM tu bukak je paper soalan dia rasa cam blank sekejap..beku tak bule buat apa, langsung tak tau nak jawab apa. Alhamdulillah sekali lagi berkat doa kami suami isteri dari rumah mungkin dan pesanan2 yg dititipkan sebelum masuk dewan exam, alhamdulillah dia berjaya melaluinya. Aku memang dah pesan kalau ada apa2 masalah jgn panic, tiada siapa buleh bantu maisarah kecuali Allah. Jadi jika ada sebarang masalah tarik nafas panjang2 dan lepas , lepas tu istighfar banyak dan berzikir sampai rasa tenang. jangan takut nak spend seminit dua utk mohon ihsan Allah. Alhamdulillah dia igt pesan aku, dan alhamdulillah dia dapat ketenangan.
Tetang nak predict utk score tu mmg tak leh nak ckp apa2, sbb cuak2 tgk dia hehe..tp mudah2an Allah dengar doa kami sekeluarga..
Hari ni paper mate2 dan esok Science dan English..harap dia bule buat yg terbaik
Ya Allah moga kau berikan ketenangan, ketajaman fikiran, ilham, ketepatan dan fikiran yg jitu dan jauhkanlah dari sifat ragu2 dan cuai kepada anakku nilam maisarah sepanjang peperiksaan UPSRnya.
Habis maisarah ni tak habis lagi dada aku ni nak berdegup kencang..turn kakaknya pulak 9 Oct 2012. Adussshhh ni lagi la...mengharapkan dia mampu buat sehabis baik dan dijauhkan dari melakukan kesilapan yg buleh menjejaskan markah..aminnn
Mohon doa dari sahabat diluar sana agar dipermudahkan.
Ibu sayang kamu..ayah juga sayang kamu
3 comments:
insyaAllah kak chik success..kami kat sini pun doakan jugak..ameeeennn..
tq zafwah..harap2nya begitulah.. utk hannah jugak..moga korang dapat settle problem dengan berkhemah
Cahaya,
OK ... normal tu ibu bapa risau. Moga Allah beri yang terbaik untuk anak-anak kita.
sevendrops
Post a Comment