Wednesday, 26 September 2012
Apa aku rasa
Salam pagi kepada semua
Hari ini 27hb Sept 2012
hari khamis yang biasa2 aje. Hari org gomen pakai baju batik. Aku pulak sangat lemau pagi ini utk memulakan kerja2 mengemas rumah. Mendung di luar begitulah jua hati ini. Sebab tu lemau je nak start wat kerja.
Semalam aku pergi jenguk sahabat yg berlepas mennunaikan haji. Tersayat hati ini melihat perpisahan antara ibu bapa dan anak yg masih kecil. Semata2 ditinggalkan utk sujud di rumah Allah. Itulah pengorbanan namanya. Jika kesempatan Allah beri semasa gagah dan sihat bermaknanya ada sudut lain yg perlu dilepaskan buat sementara. Jika menunggu anak2 membesar pula bermakna badan bakal haji atau hajah pula semakin uzur. Pada firasat aku itu semua dugaan Allah untuk melihat sejauh mana keikhlasan hati utk menjadi tetamunya..tiada yang lebih baik melainkan membersihkan dosa di tanah suci itu. Moga aku menjadi salah seorang dari mereka yang menjadi tetamunya aminn..
menulis tentang hati..bukan mudah mengenali hati budi seseorang itu. Ada yang sekufu dengan kita ada pula yg bercanggah sama sekali. Kadang2 kita perlu nampak kejam untuk mendidik orang lain. Sedangkn dengan anak2 sendiri juga kita perlu 'sampai hati' untuk mendidik mereka. Inikah pula untuk mndidik orang lain yg kita tidak kenal hati budinya. Secara ringkasnya kadang2 perlu berkorban seolah2 nmpak jahat dan kejam semata2 utk mengajar orang lain. Sudah pasti setiap individu merasakan apa yang dibuat itu betul. Kalau apa yang dibuat tu tak berkait dengankita tu tak apa lah juga kan tapi kadang2 melibatkan kita. Jadi hendak tak hendak kita terpaksa ambil tau dan menasihati. Ramai juga yang tidak terima bila dinasihati sbb merasakan mrk betul. Jadi kita terpaksa lah bertegas. Bila bertegas pula nampak mcm pentingkan diri snediri dan berkira. Susah jugak kan.
Malaslah nak cerita panjang .. moga aku telah buat sesuatu yang betul. Apa?? korang tak paham?...mm tak pe lah asal aku paham..kwang3x
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Neighbour aku last year pergi haji masa anak umur 2 bulan...tabah sungguh dia.
tu la kan...aku yg mandang pon sayu..sorang jiran akak ni g..anak dia yg bungsu baru abis upsr..nnt dpt result mgkn maknya lom balik..shian dia kalo dpt score tp mak tak de apalah rasakan.. satu lg plak anak umur setaun lebih..baru pisahkan susu badan sbb nk g haji..huhu aku plak yg menjejeh airmata tgk derang nih
Post a Comment