Thursday, 5 January 2012

update skool anak dan bapak anak

Assalamualaikum semua

hari ni 6 jan 2012

mmmm diam tak diam dah masuk tahun baru dah...terasa diri semakin tua, tp amalan masih cam orang muda...astaghfirullahalazim....

Hari ni aku nak update anak2 sekolah. Kakak masuk form 3 tapi dia sedih sbb best friend dia kene turun kelas jadi monyok la sikit minah tu. Aku harap sangat dia dpt score dlm PMR ni...
Maisrah pulak masuk tahun 6, pun nak menghadapi exam besar, UPKK pulak cikgu ckp dpt result 12hb jan ni. Yng aku risau sikit ni dia kene jadi ketua kelas pulak, monyok je muka dia kene jadi ketua kelas. tak suke sbb byk keje kene buat, slalu mengganggu waktu kelas.
Hud skrg masuk tahun 4, satu berita gembira sbb dia dpt naik kelas pertama iaitu 4 arif. sronok sgt dia sbb kununnya dpt buktikan pada teacher yg dia bule buat. Tapi yg tak syiokya dia kene jadi ketua kelas pulak.. adeeehhh la hai, anak aku tu dah ler mmg tak amik pot mende2 camni. dia bknnya nak amik tau pasal org sekeliling, ini pulak nak soh dia jadi ketua. C?amne dia nak tegur bdk2 lain sedangkan bukak mulut pon susah. Nanti cikgu pulak demand macm2 ngan ketua. mm entah la fenin aku.

Dhia pulak yeyeyyyy... thaun ni dia masuk tahun 1. sronok aku sbb dia tak de mslh, smooth je. tak nangis, tp ada la meragam komplen mcm2 tp aku wat tak tau je. Smlm dia komplen sek lama sgt. itu pon aku ad hati nak hantar dia g sek agama hehehe. kalo aku hanto tak tau ler cmane dia, lagi la lama sek, pagi sampai petang.

Aku harap anak2 permata hatiku ini menjadi anak soleh/solehah dan cemerlang dunia dan akhirat...aminnn

haaaa habis kes anak, ni nak masuk bab bapak pulak.. lately ni dia slalu tak sihat, ni dah 2 hari x mkn nasi, diarhea dan rasa kembung nak muntah. so dia bedal ritu je , tu pon sikit2 je.
Pepagi tadi kul 8 pg dah tepon aku, ada berita gembira katanya, soh aku teka plak, ishh tak terjangkau dek akal la pulak.. rupa2nya dpt berita dari examiner, katanya derang satisfied ngan correction. Dia kata cam tak percaya plak dia dah siapkan corrections tu, apa plak tak percaya kan, dah terbukti berhempas pulas skrg hasilnya, tp dia masih tak caye yg dia bule buat rupanya. Alhamdulillah pada nikmat Allah yg memberi kejayaan.

update aku?..hehe aku ni korang tau ler mana ada blajar2... gini ler tp harini aku cukup sebulan keguguran. so kira dah sihat bebeno la ni.. tp kalo ikut mak aku mesti dia kata blm habis pantnag. ikut aku 2 minggu je pantang betul2.. nak masuk 3 minggu tu dah kuar ke sana ke mari dah. abih takkan tak kuar cmane nak uruskan pembelian buku anak2, g pasar, dan mcm2 lagi la..
skrg idup aku back to normal, pepagi camni kesunyian sambil mengemas2 umah, slalu kakak ada umah sbb sek ptg, tp skrg sume dah sek pagi..tersangatlah sunyinya..kalo ikutkan hati mau aku bongkang je, bkn ada sapa nak ngacau pon nak ngacau pon tapi barang diingat sapa nak ngemas umah, masak, basuh kain....haiiiiishhhhh kene kuat iman, kerja! kerja!


ok la till we meet again
salam

2 comments:

zafwah said...

yeayyy...da selesai beban Ir Dr Nazri..ritu dia minta tlng aku buatkn formatting thesis dia..aku buat sket2 tak sempat siap sume..alih2 dah submit rupanya pakcik tu..hihihi..tahniah..tahniah..

kak cahaya said...

kene ler submit ..deadline sudah mengejar...huhuhu leggaaaa