Assalamualaikum
hari ini 14 Jan 2012 ~ Sabtu
Hari ni aku nak citer pasal 2 hari lepas aku ada letak kat status fb, saja je nak tanya sahabat diluar sana s/ada perlukah anak2 kita utk dihantar tuisyen atau tidak.
Rata2 mengatakan tak perlu tapi tk kurang juga yg kata perlu. Hasil dari survey itu aku dapati 8 org menyokong tak perlu tuisyen, manakala 6 org kata perlu tuisyen.
Ada bermacam2 alasan mereka kemukakan, semuannya logik dan boleh diterima pakai. Setelah aku baca semua komen2 tu rasa lega sikit sbb sekurang2nya aku dpt idea pro n kontranya.
Pada aku adalah lebih baik tidak dihantar tuisyen kerana anak2 dpt perhatian secara langsung dari ibu bapa. Juga parents dpt mengesan kekuatan dan kelemahan anak2. Bukankah anak2 sememangnya menjadi tanggungjwb ibu bapa. Tetapi tidak dinafikan bukan mudah melaksanakannya. Ianya melibatkn komunikasi 2 pihak dari anak dan ibu bapa itu sendiri.
Mungkin ramai yg kata surirumah mcm aku mmg bule la nak aplikasikannya, tp tak mudah bagi yg bekerja. mmmm Mungkin juga, tetapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Aku bercakp ni bkn dari pengalaman sendiri, tapi setelah mendengar pengalaman dari rakan2 yg berpengalaman, mereka mampu melakukan, malah anak2 mereka mendapat kejayaan besar. Bukankah itu sesuatu yg membanggakan. Aku percaya anak2 adalah cermin ibu bapa.
Ramai juga diantara mrk yg bekerja dan menghantar anak2 tuisyen dgn guru tuisyen yg hebat2 tp kejayaannya tak seberapa. Ada juga yg tidak bekerja tp ttp menghantar tuisyen dgn alasan ssh mengajar anak sendiri sbb tidak mendengar kata. Bukankan itu semua adalah alasan, mrk hanya mencuba 2-3 kali kemudian menyerah kalah. Sbb scenario ini aku perhatikan, yg pergi tuisyen dan yg tidak pergi tuisyen mendpt kejayaan yg sama, apakah maknanya ini?..Bg yg menghantar tuisyen ini jwpn mrk sudah tentu "anak ko pandai, sbb tu bule score walau tak tuisyen".."anak aku ni kalo tak tuisyen , .... mmmmtak tau la camne tah".
Brapa ramaikah yg sebelum membuat kesimpulan, bertanyakan dulu apakah peranan ibu bapa disebalik kejayaan pelajar itu sendiri?..
Aku mmglah tidak boleh menunjukan atau membuktikan langkah ini berkesan sbb tak tau lagi nasib anak2 aku tp ramai yg aku dah tanya, maka inilah kesimpulan yg aku dpt buat.
Ada satu keluarga ni yg mana ibu bapanya sibuk bekerja, tetapi anak2 ini bernasib baik krn duduk berjiran dgn nenek yg mmg tak bersekolah tinggi. Apa yg istimewanya nenek ini ialah dia sentiasa menemankan cucu2nya mengulangkaji pelajaran, memasakkan jika si cucu ni teringin nak mkn apa2 akibat keletihan mengulangkaji. Anak2 ini dihntar tuisyen agak intensif juga oleh ibu bapanya. Alhamdulillah setiap kali peperikasaan anak2 ini mendpt kejayaan cemerlang, ibu bapa mrk sungguh gembira dan bangga, mgkin mrk yakin akibat tuisyen, doa nya anak2nya berjaya. Tapi dari kacamata aku sebagai pemerhati, aku rasa kehadiran nenek ini memberi impak yg sangat besar, dan berani aku katakan belum tentu anak2 ini berjaya jika nenek ini tiada. Kenapa aku kata begitu?
Baik. cuba kita fikirkan, anak2 inisering merungut kedua ibu dan ayah mrk sibuk dgn tugas, mrk rasa terpinggir, tp disuruh utk mengulangkaji bila ibu bapa tiada. Tanpa pemantauan si nenek ini belum tentu mrk mengulangkaji, mrk juga mendpt kata perangsang dr nenek ini, juga tempt utk realease tention dan melepas lelah, air disediakan oleh nenek bila mrk letih n mengantuk.
sebab itu aku kata pemantauan adalah lebih penting berbanding melepaskan tanggungjwb sepenuhya dipusat tuisyen. Nak tuisyen boleh, tapi ibu bapa tetap kene memainkn peranan memantau hasil dr tuisyen itu sendiri, memandau waktu rehat, waktu menonton, main, dsbg. Sebab itu mrk yg menghrpkan bulat2 kpd tuisyen mendapi keyaan kurang, tp yg menghantar dan membuat follow up dirumah mendapat hasil yg lebih baik. Itu pendapat aku.
Seandainya ibu bapa itu sendiri dapat memantau dan mengajar mana2 subjek yg anak2 tidak faham, sekaligus dpt memberi motivasi secara berterusan kepada anak2, seemstinya ini suatu yg bonus di pihak anak2. Juga ibu bapa krn mrk dpt memerhatikan perkembangan anak2 dari peringkat awal dan cepat bertindak jika ada sesuatu yg merisaukan.
Ini adalah satu2nya yg paling sukar dilakukan, terutama bg mrk yg bekerja, tetapi ada yg telah melakukan, bermakna ia tidak mustahil.
kalau boleh aku simpulkan disini sebagai:-
1. bagi aku mrk yg berkerjaya boleh menghantar anak tuisyen tapi sentiasa membuat pemantauan. Ini adalah lgkh yg bijak krn mrk mempunyai kekangan masa tp dlm waktu yg sama tidak lepas tangan.
2. Mrk yg tidak bekerja sedaya upada upaya utk mengambil tanggungjwb sepenuhnya mengajar dan memantau juga sebagai pakar motivasi utk memastikan semangat anak dan diri sendiri sentiasa diperingkat maksima. Ini penting utk mengelakkan hangat2 tahi ayam dan akhirnya anak2 menjadi mangsa.
3. Ada juga yg tak bekerja tp merasakan langsung tidak dpt menyumbang apa utk perkembangan pelajaran anak, tetapi mrk mampu memantau pergerakan dan jadual anak, aku rasa golongan ini boleh menghantar tuisyen semata2 utk memastikan anak2 tidak ketinggalan dalam pelajaran. perlu diingt tugas2 yg lain harus diteruskan utk memastikan anak2 masih mendpt input luaran dr ibu bapa.
4. hindarkan dari sikap beralasan, sdgkan kelemahan itu sebenarnya dtg dari kita sendiri
Sekian dari bilik berita..wasalam
1 comment:
aku tak de experience lg..kiranya entry ko ni sgt2 bermanfaat..harapnye blh la aku nnt tlng anak2 ni..
Post a Comment