"Abang pelankan sikit tv bang"....aku menunaikan solat asar di tingkat bawah sahaja. Malas meniti tangga ke tingkat dua kerana sejurus solat ingin terus bingkas ke dapur menyiapkan juadah berbuka kami sekeluarga.
Sebaik sahaja mengangkat takbir hati masih berbisik "kenapa tv ni masih tak pelan lagi"...mula syaitan mencurah minyak dalam dada ini. Semakin berpindah rakaat semakin tak khusyuk dibuatnya mendengar lontaran suara dari televisyen mengugah ruang makan kami.
Sejurus saja selepas solat aku bingkas mencapai remote control di tangan suami sambil menekan punat sebelah kanan dan.....pap....sunyi seketika....
Doa ku panjatkan kepada Pencipta alam menanda tamatnya solat asarku pada hari ke 12 ramadhan ini. SEjurus itu kedengaran suara berbisik dari kotak besar itu lagi. Kali ini sangat perlahan seakan terpaksa berpicing telinga untuk buah butirnya.
Selesai melipat sejadah dan telekung aku gegas ke dapur. Suamiku pula menapak ke bilik air mengambil wuduk dan bersedia untuk ke masjid...sememangnya dia akan bersolatlambat sedikit dari aku kerana dia berjemaah di masjid dan biasanya jamat di masjid agak lambat dari solat di rumah.
Melihat wajah suami dengan air wuduk masih basah di wajah tiba2 aku rasa sekalian dosa dihempap di atas pundak ini.
"Abang....maaf ya kalau tadi berkasar...."..Ku pohon keampunan. Seraya itu juga dia menjawab "Tak apa..bagus lah tu". Semakin berdosa hati ini mendengar jawapan itu. Terlalu keterlaluan kah tindakan aku sebentar tadi?. "Biadapkah aku?....tapi bagaimana tindakannya tidak menghormati orang solat dengan menonton tv dengan volume tinggi itu?".. Detik hati membujuk rasa bersalah.
Aku mungkin betul, tetapi apapun niat tanpa disertakan tindakan yang betul tetap salah di sisi agama dan etika seorang isteri. Tidak bolehkan aku menegur secara baik..(walaupun telah diperingatkan sebelum solat lagi). Mungkin dia alpa ketika itu.
Sebaik suamiku pulang dari masjid...tazkirah keluarga bermula....
Sebaik tasbih kifarah dan surah dibaca aku memohon ampun sekali lagi...takut2 nanti aku tak sempat melihat mentari esok hati membawa dosa hari ini. Alhamdulillah kali ini tampak ikhlas dan jujur kemaafan di berikan.
Walau apa pun niat kita hormat dan susila terhadap suami wajib di pelihara seiring dengan niat yang suci. Kerana ditakuti kita ingin memilahara perkara2 yang sunah atau harus menjadi pula dosa berat untuk kita pikul dek kerana panas baran atau emosi. Ingatan ini untuk diri aku sendiri yang sering alpa dan hanyut dengan hasutan syaitan walau sejurus itu akan aku pasti menyesal dengan apa yang barusan aku lakukan. Mujur suami sangat memahami dan pintu kemaafannya bersifat mendidikku...
Ya Allah kau peliharalah aku dari api neraka...sesungguhnya syurga buat isteri yang taat akan suaminya. Insya Allah..Amin....
2 comments:
stuju sgt tu kak..ameen
akak mmg boleh buat novel la..bc blog akak mcm bc novel pasal kehidupan :)
Post a Comment