Thursday, 17 November 2011

berita sebelum cuti sekolah

Assalamualaikum semua

Saje je hari ni nak update pasal sekolah anak2...nak cuti la katakan. Memasing dah dpt result peksa. Tapi Dhia kene g sekolah lagi seminggu hangin je aku, igt dah bule raht dah rupanya kena bangun pagi gak. dia kene sekolah sampai hari konvokesyen dia. konvo dia 26.11.11. Tak penah2 aku kena bayar nak g konvo anak..kali ni kene bayar pulak rm40 sorang..2 org dah rm80 kan..cess hampeh tol.. Aku dah mcm mls je nak g sbb si dhia kata peksa dia was hard ibu, so aku arasa2 cam result dia kali menurun sikit kot tu yg mls je nk g...tp bila dpt result tadi aku terkejut gak sbb semuanya dpt 100% kecuali BM. BM dia dpt 94% aje, seni pon dia dpt B+ eje..anak2 aku mmgkurang sikit seninya, cam aku jugak...

terkejut aku tgk math, BI, science, moral, jawi, bahasa cina, sume dpt A kecuali BM,. Tapi dia dpt no 2. aku rasa mesti bdk yg no 1 tu dpt sume 100% kot, mm tak pe la kalah sikit aje...lagi pon utk dia yg tak brapa paham sgt melayu tu kira aku dah bangga sgt dia dpt 90 ke atas.

Si Hud pulak ada peningkatan jugak dpt 4A 1B. standard la anak2 aku yg B tu mestilah BM kan ngeh3x. Aritu masa penyampaian hadiah dia dpt 2 hadiah, hadiah matapelajaran tertinggi, iaitu Inggeris lagi la dan tempat pertama. Cikgu kata tahun depan dia masuk kelas 4A. Sek agama pulak tak la begitu baik, dia dpt no 6..kene kerja keras lagi taun depan.

Maisarah pulak ada jugak peningkatan, dari no brapa ek penggal pertama tp peningkatan yg agak baik, kali ni dia dpt no 3. Dia masih mantain kelas A lagi tahun depan. Ni UPKK nyer result tak tau la lagi camne..mudah2 menantikan kegembiraan utk maisarah...ibu tumpang gembira kalau kak cik gembira..aminn

Umairah ni nampak ada peningkatan jugak, tapi utk bakal calon PMR taun depan aku rasa dia kene kerja keras lagi. Dia dapat no 6 di kelas pertama. Kalau ikut kedudukan dalam kelas mmg tak la teruk sangat tp aku merasakan dia bolah buat yg lebih baik. Utk masa setahun dia tak sempat nak ulangkaji subjek tgkatan 1. Itu la alasan dia bila tak leh score gila2..tapi tak pe bagi chance...at least dpt no 6 tu pon dah kira ok gak. jap lagi aku nak g sek dia amik report kad dia..tak de la berdebar sgt sbb dah tau dia dpt no brapa sbb dah cek online.

Perkembangan bapaknyer pulak skrg ni tgh sibuk menyiapkan corection, malas aku nak ajak jln sana sini cuti sek ni sbb tgk dia serabut sgt, sampaikan road tax pon dah 3 hari mati, aku tak leh tolong idupkan sbb dia tak idupkan insuran lagi, tak reti aku nk wat insuran.

Aku?..hmmm gini la..

Salam

No comments: