Salam semua
Ada beberapa perkara bermain dikotak fikiran ini. Tapi tak tau nak cerita apa sebenarnya. Anak2 baru saja abis periksa, sebenarnya lom habis lg...kak ck ngn kakak hari ni last paper. Hud dah habis semalam. Ini adalah periksa besar pertama bagi mereka sejak berada di tanahair.
Bila sentuh pasal periksa ni pulak terpaksa la sentuh hal ehwal pendidikan anak kan..sbb ianya sgt berkait rapat. Ada yg mengaitkan keturunan sbb seseorg itu pandai. Ada juga yg kata anak itu mmg dilahirkan pandai. Ada juga yg kata seseorg itu beruntung sbb dpt anak yg mendgr arahan mak ayah. Ada yang terlalu strict pada anak sehingga anak2 stress.
Kita selalunya berasa puas hati dgn apa yg kita dah buat tanpa menyedari rupanya kaedah yg kita guna pakai tidak seswai dgn naluri anak. Mungkin lain anak lain pendekatannya.
Ada juga yg mengaitkan faktor masa menyebabkan mereka terpaksa melakukan kaedah2 tertentu.
Bagi aku walau apa pun alasannya...mereka2 itu sekadar memberi alasan utk menutup kelemahan sendiri. Kalau kita memilih sesuatu kaedah itu kita harus telan risikonya dan jgn menuding jari ke arah org lain utk menutup kekurangan yang bakal kita tempuhi.
Jika kita melihat org berjaya, emngapa tidak kita bertanyakan petua atau cara yang digunakan instead of sekadar bertanya dan kemudian membuat kesimpulan bahawa kita tidak boleh bertindak sebaik itu sebab 1,2,3,4 bla bla bla...Angka itu adalah sekdar alasan. Mungkin usaha kita tak cukup kuat seperti org yang berjaya itu. Mudah2 saja kita membuat kesimpulan yang org itu tak de mslh mcm kita sbb tu dia buleh buat.
Mungkin org itu telah mengorbankan sesuatu itu mendapat sesuatu yang lain. Kita pula mugkin sayang utk berkorban akhirnya terpaksa mengorbankan anak2 kemudian menuding jari utk menutup kelemahan diri.
ngnatuks plak...sambung bebila la
No comments:
Post a Comment