Thursday, 6 January 2011

Lagi hari yg sedih...

Hari ni dlm kul 10 pg tadi...dpt call dari kekanda, menyampaikan berita yang tak berapa enak didengar oleh setiap ibu bapa. Pihak sekolah telefon nazri kata nak pindahkan Hud dari kelas A ke kelas C. Ibu mana yang tak sedih kan, tp aku think +ve. Anak aku ditukarkan kelas bkn sebab dia tak pandai, tp sebab dia sgt pendiam dan tak berkomunikasi dgn guru dan rakan. Satu lagi sebabnya dia lambat menyalin bila cikgu tulis kat papan hitam. Mungkin cikgu nak ambil jalan mudah dan nak mudahkan kerja dia supaya tak perlu bimbing Hud (itulah persepsi aku). Tp aku tak membantah sbb aku paham cikgu2 dimalaysia mmg begitu (geram la jugak kan...kalo ada guru2 yg baca ni, tepulang la, tepuk dada tanya iman).
Dia ditukarkan kelas hanya kerana sebb itu, sepatutnya cikgu faham la kenapa dia tak berkomunikasi dgn kwn, pertama mmg sbb dia pendiam + dia tak fasih nak berborak ngan kwn w/pun dia faham. Kalo ikut apa yg aku rasa, bg aku cikgu patut beri dia masa sekurang2nya sehingga peperiksaan pertenghan tahun. kalau keputusan dia mmg lemah aku tak kisah kalau ditukarkan kelas, tp ini baru sek 4 HARI!!! cikgu dah buat keputusan. Bagi aku ini bukan sebab anak aku, tp sebab cikgu yg malas!!
Aku berazam utk buktikan pada cikgu bahwa anak aku seorang bdk yang cerdik dan mampu membanggakan sekolah. IAllah tahun depan dia akan duduk sebaris dgn murid2 4 Arif. Aminn
Apa yg aku risaukan ialah, kwn2 dia. Dia tu dah la pendiam, aku dah carikan dia kwn utk keluar mkn masa rehat, tp bila pindah kelas kesian la dia kan kene cari kwn baru yg dah pasti sgt sukar bg seorang bdk yg sgt pendiam mcm hud tu. Masya Allah...aku tak buleh terus penulisan ni..semakin sebak aku...

Moga Allah beri aku, anak2 aku Umairatul Afiqah, Nilam Maisarah, Hud Saufi dan Dhia' Thuraya kekuatan menghadapi dugaan kecil ini. Permudahkan la urusan dunia akhirat kami Ya Allah. Amiinn

Mohon doa dari rakan2 jua..

4 comments:

teratakmuslaily said...

tie... sabar byk2 yer... ahmad pun dulu dipindahkan kelas dari Kelas A ke kelas C, bukan di hari ke-4, tapi di hari ke-2!!! dan cikgu pun tak telefon kami dulu utk inform.. masa tu, aku pun mcm nak sedih jugak, tapi tak sempat sedih, sebb bz kat tmpt kerja..

AHmad ok jer dlm kelas baru, dpt kawan baru. mungkin sebab Ahmad tu bukan jenis pendiam, jenis budak yg peramah dan lincah kot.. cepat jer glemer si ahmad tu Tie.. ntah glemer kerana mulutnya atau nakalnya.. Wallahu alam..

kat kelas C, ahmad selalu dpt highest mark in English and Science masa ujian bulan dan exam.. i'm proud of him.. tak duduk dalam kelas A pun, he can proove it tie!

so kau jgn sedih tie, kelas bukan pengukur.. yg penting masa exam akhir tahun nanti, hud boleh dapat highest mark dan kalahkan budak2 dari kelas A, boleh la dia naik pentas dan boleh juga naik kelas.. Insya Allah... aku doakan...

Anonymous said...

Cahaya,

Jangan sedih ada banyak baiknya turun kelas. Kami dulu, yang lain semua kelas teruk, tapi aufa dapat kelas A, tapi end up dia dipencilkan sebab slow! Selalu sedih. Cikgu pun macam tak suka sebab dia nak fokus untuk pelajar lain yang jauh ke depan. Akhirnya, tahun berikutnya, dia kena pi kelas C. She's happy there. Macam Ahmad score subjek yang orang lain susah, English, Math, Science. Dia dah ada keyakinan diri. Tak le murung macam duduk di kelas A!

Relax... lepas tu kita tunjuk la anak kita bukan tak pandai!!!!

K.Nas

teratakmuslaily said...

hmmm rupa2nya bukan ahmad jer yg facing this kind of dilemma... aufa pun rupa2nya.. sian Aufa.. thanks k.nas for sharing your experience..

Tie, for info ~ Tahun 1 Ahmad di Kelas C, then Tahun 2, AHmad dapat naik kelas B tau! it shows that Ahmad bukan tak pandai! aku masih lagi berbangga dgn Ahmad walaupun for Tahun 3 Ahmad tak dapat naik kelas A.. this year, aku dan Mus fokus lebih pd Ahmad utk dia tingkatkan lagi prestasi dia! sebab Ahmad bukan tak pandai, cuma byk main jer.

Guru Besar kat sekolah tu pun suka kat Ahmad. Kalau jumpa Ahmad, dia mesti speaking English ngan Ahmad (sebab dia tau Ahmad pernah pergi oversea dan dia sgt encourage anak2 murid dia utk speak English. in fact, anak dia pun baru jer graduate from USA)

Cuma kesian kat Ahmad sbb dia takde kawan nak bercakap dlm bahasa itu. Itu yg menyebabkan English dia makin teruk. sedih jugak sebenarnya. tapi, bila buat kerja2 english, maths dan science, lagi senang nak explain sbb dia lebih faham 'english science' or 'english maths' compared to 'BM science' or 'bm matsh'..

hopefully Hud and others can easily adopt the environment there!!... Insya Allah...

kak cahaya said...

mekasih kak naz, laily, sbb beri aku semangat..ni masuk minggu ke 2..aku masih menghadapi mslh bila nk g skolah...ada je alasan dia tanak g skolah...tapi tak pe bagi dia masa..