Hari ni Selasa 11 January 2011, cantik arikh ni 11.1.11.
Hari ke 7 anak2 bersekolah, Kakak, Kak Chik..langsung tak de masalah, mereka masuk kelas pertama dan masih kekal di situ tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.
Dhia pulak biasalah kdg2 moody, grumpy tanak g skolah tp aku layankan aje la..maklumla kecik lg..biasa la kdg2 wat perangai.
Hud pulak moodnya sukar dijangka, semalam balik skolah nampak ceria, tp pagi2 ni nangis2 tanak g skolah lagi. Aku pon tak tau kenapa. Dia kata cikgu mintak beli buku dan cikgu nk surat. Aku pon tak paham sbb sume buku dah dibeli, dan surat apa pulak yg cikgu nak. Kalau ye pon jangan la mtk surat kat anak aku tu..kan no tepon keluarga dah ada, telepon aje la, wat pe bg no tepon kalo tuk disimpan aje lam fail. Anak aku tu dah ler baru lg, masih blur2 lagi, ckp cikgu tu pon dia tah faham tah tidak...cikgu pulak mintak itu ini kat dia..tu la pasal aku rasa dia tanak g skolah. Lepas aku pujuk kata nnt ayah jumpa cikgu baru dia nk g mandi..
Rupa2nya bila dah jumpa cikgu, cikgu soh dia beli buku tulis, sedangkan sume buku tulis ada lam beg dia. Rupanya2 ada satu hari tu cikgu soh kuarkan buku exercise pastu hud tak kuarkan sbb tak tau buku exercise yg mana satu pastu cikgu ingat dia tak beli buku, yg cikgu tu pulak dah tau budak tu baru takkan la tak leh tolong tgk kat beg bdk tu tolong carikkan dia buku yg mana. Di sini la aku nak membanding2kan cikgu msia ngan cikgu sana (mana yg paham, paham la kan). Laki aku pon sound la cikgu tu..dulu anak saya pegi Uk, dia pon tak tau speaking jugak tp kenapa tak de mslh kat skolah, tp bila blk msia ada mslh pulak(masa ni laki aku dah geram terus je sound cikgu tu). Aku masih lg ingat bila parents risau anak2 tak pandai ckp omputih, cikgu sana kata tak pe derang buleh handle dan jgn risau. Bila cikgu nak apa2 dia tunggu parents masa balik dan bg tau kat parents sendiri apa yg cikgu perlukan. Masa rehat pon kalo pelajar baru cikgu akan rehat sama2 murid selama 2-3 hari. Berpimpin2 tangan cikgu dan murid. Bukan nak mengagung2kan org luar tp yg baik tu kita ambil lah yg buruk tu tinggalkan la..
Mana la hud tu tak melalak tanak g skolah, ada ke cikgu kelas dia mintak surat/ dokumen hud dari kelas lama, sepatutnya cikgu tu deal la dgn cikgu kelas lama tu kan, bukan dia tak kenal sesama cikgu kat skolah tu. Ini dia mtk dgn anak aku, dah hud jadi takut nak g skolah sbb cikgu mtk bende2 yg dia tak paham. Nasib baik aku siasat2 dan dpt punca.
Setakat ni dia tak de mslah ngan kelas baru, dia kata dia ada kawan baru, Alhamdulillah.
Malam tadi dia wat homework sampai kul 10 mlm. Byk homework dia, sek keb la, sek agama lagi, shian dia mengantuk2 nak habiskan homework. Sbb lepas maghrib baru bule wt homework sbb balik dah kul 7 mlm, itupon makan aku suap sbb nk cepat.
Lepas maghrib tu mmg biasa ada kuliah maghrib, kebetulan topik malam tadi tentng solat sunat. Aku pon cerita la nabi klau susah dan ada mslh dia akan wat solat sunat 2 rakaat. Pastu lepas wat homework kul 10 mlm tu, hud solat isya' dia menangis2 lagi, aku ingat kenapa la gaknyer, masa tu aku baru usai solat tinggal nak doa aje. Dia masuk bilik kata nak ask ibu something. Bila aku tanya dia jwb dengan esak2 mtk aku tolong kejutkan dia kul 3 pg. Aku tanya kenapa?..dia kata dia nk bangun solat hajat, MasyaAllah...sebak gillerr masa tu perasaan aku rasa cam nak terus peluk dia. Aku tanya kenapa nak solat hajat, dia kata nk mtk Allah bagi dia mudahkan dia belajar, pandai dan rajin belajar. Bergenang2 aku menahan air mata. Pastu aku kata kalo hari sek hud takyah bangun pg tuk solat, hud bule berdoa lepas setiap kali hud solat. NNt kalo ujung minggu hud buleh bangun kul 3 pagi. Dengan teresak2 dia mengangguk. Sebak betul aku masa tu.
Lepas tu aku terus soh dia dok sebelah aku dan kami sama2 berdoa sambil kami anak beranak teresak2. Selesai doa, aku peluk dia erat2. Betapa anak kecil berumur 9 tahun ini sebenarnya mempunyai hati yang besar. Malam tadi mmg aku rasa cam drama tv pulak....tp mmg kenyataan.
I'm proud to have you my son, u are so special and uniq.
Semoga Allah permudahkan kita semua dan anak2 ibu menjadi anak2 yang soleh dan solehah..Aminnn
4 comments:
terharu ana baca pasal hud ni kak..seronok nengok family akak, walau sikecil 9 tahun tu pun dah pandai nak solat hajat minta pada Allah...Alangkah indahnya bila semua perkara dikembalikan pada Allah..Hanya kepada Allah lah sebaik-baik pertolongan. aunty doakan semoga Hud dipermudahkan urusan pembelajarannya dan menjadi anak soleh dunia akhirat.
sedihnya tie... nak jer kupeluk2 hud tu... it happened to Ahmad juga.. byk benda yg cikgu cakap, AHmad tak faham.. last last cikgu tu siap buat satu memo atas kertas dan minta dia serah pada parent.. kat memo tu kau tau dia tulis apa? lebih kurang ginilah "sila hantarkan 4 keping gambar pelajar bla bla bla.. aku pun dah tak ingat apa lagi" hahaha cuma nak mintak gambar jer pun, Ahmad tak faham... sian anak aku...
tapi yg pelik, si Liyana tu OK jer pulak... bukan besar mana sgt, badan jer besar tu, tapi umur kecik lagi, baru 9 tahun masa masuk sekolah kat mesia.. dgn takde experience belajar di sekolah di malaysia lagi.. agaknya anak perempuan mmg cepat matured la tie! cikgu siap nak lantik dia jadik pengawas lagi! tapi Liyana taknak, dia nak jadi pustakawan sbb dia tu mcm aku jugak, ulat buku! heheehe...
don't wori tie.. everything will be fine soon.. never give up utk tiupkan kata2 semangat spya confident level si Hud meningkat.
with that, dia akan lebih yakin dgn diri sndiri dan berani bersuara serta berdepan dgn cikgu2 dia. aku sentiasa doakan.. Insya Allah...
thanks atas doa2 kalian..semoga Allah kurniakan yg baik2 saja utk kita semua..Amin...harap2 lepas2 ni dia semakin bersemangat...
betul jugak kata laily bdk perempuan mmg ada conident sikit dari lelaki kot..
serius bergenang air mata aku kak baca kisah ko ni..hrp2 hud cpt sesuaikan diri..anak2 aku kecik lg..takde la terasa sgt diskriminasi dr cikgu2nyer..plak tu ade 2-3 org gak yg br balik oversea kt tpt dia tu..cume hadif jek la..hari2 nangis xnk gi skul..bkn dr pagi nk pegi tu...dr malam sblm maghrib tu..asal gelap jek dia da start nangis..xnk tdo..nnt kena bangun pagi tuk gi skul..smpi le kek pagi..huhuhu..sawan aku cari akal nk mujuk..
Post a Comment