Friday, 15 January 2010

Serba Salah

Salam

Berpijak di bumi Inggeris ini bukan mudah. Walau terlalu banyak kenangan manis yg menghiasi hari2 ku. Di sini aku mengenali gelagat manusia, disini aku mengenali sahabat susah senang, disini aku benar2 menjalani ertikata rumahtangga. Di sini juga kami membesarkan anak2.

Bumi Inggeris ini terkadang mengheret aku dalam keserba salahan. Terutama sistem persekolahan anak2. Yang remaja berdepan dengan masalah remajanyanya. Yang masih membesar dengan masalah lain pula.

Next week, Maisarah terlibat dengan tarian Bhangra. Aku agak keberatan untuk menyumbang £3 hanya semata untuk menampung kos kumpulan penari2 bhangra yang akan datang mengajar anak2 menari juga termasuk kos CD yang akan mereka hasilkan. Sejumlah wang bukanlah masalah utama, tetapi kurang bersetuju dengan ajaran tarian Bhangra itu sendiri. Tarian ini diamalkan kaum Sikh semasa upacara Vaisakhi. Aku tak berapa pasti sangat dengan motif sebenar tarian itu..takut2nyer tarian itu ada berunsurkan keagamaan.
Dah berbincang dengan cikgu kelas tetapi cikgu suruh jumpa gugu besar, gusu besar pulak beriya2 kata itu tak ada kena mengena dengan upacara keagamaan. Mmmm...malas aku nak gaduh2 kat skolah ni. Byk kes dah asik muka kami je yg bantah sana sini. Mula dengan kisah solat, church visit, pelakon2 muslim melakonkan watak Jesus n Mary.
Ini lah antara sebab utama aku sibuk nak balik Msia. Bukan kerana tak suka bernaung di bumi yang dingin ini tetapi memikirkan akhlak dan aqidah anak2. Tetapi belum pasti di Tanah Melayu aku mudah mendidik anak2. Mungkin cabarannya disudut lain pula, yang paling menakutkan adalah pengaruh rakan sebaya. Gerun aku memikirkannya.

2 comments:

SevenDrops said...

Salam cahaya,

Di sana walaupun macam-macam... tapi jelas Halal haramnya.. maka kita mudah untuk mengajar anak-anak.. ini halal ini haram, ini muslim ini kafir. Tapi di sini..susah apabila yang muslim pun dah lebih kurang serupa.. aduhai... sungguh.. membesar anak-anak di sana.. lebih mudah rasanya!

kak cahaya said...

sangat setuju dengan akak..tu pasal gerun jugak nak balik dengan anak2 yang meningkat remaja ni..