Dalam air...tenang
ada kocakan yang mejentik lamunan
ada percikan yang mewarna pentas ini
Sesekali kiambang segar disiram embun dingin
walau terusik dek berudu tumpang bermain
namun masih tenang tanpa gelora
Dalam air ada tenang...
siapa yang tahu apa ada didasarnya
Mungkin tasik adalah lebih baik kerana lebih mendamaikan
mungkin ombak lebih gemersik kerana sering merubah pantai
mungkin juga jeram lebih mengamit kerana desiran menghempas batu
Apa ada pada kolam yang penuh lumut
Lumpur kelam terpalit dibaju
tidak bersisa dikemarau panjang
Walau sesekali langit kasihan melihatnya
lalu menumpahkan airmata angkasa
Nukil bicara
Cahayahidupku
2 comments:
Cahaya...
Dengar macam merajuk la pulak.... pandai berpuisi....
Don't worry be happy!
K.Nas
akak...tak de merajuk la kak..saya ni mmg camni suka berpuisi...bila ada masa sensorang mula la pikiran tu terimbau kenangan lampau zaman sekolah...kdg2 ada jugak zaman skrg punya....bila asik berangan tu datangla ilham nak berpuisi...
Post a Comment