Bukan mudah memuaskan hati semua orang...buat begini orang kata kenapa tak buat begitu. Dengar cakap orang ni...orang tu kata begitu begini...MMMmmmm entah la..bila di fikir semula baik aku buat ikut mana aku rasa baik dulu. Ini pun silap2 ada plak yang rasa aku ada problem tang mana2 atau dengan sesapa. Pun susah jugak jadinya. Aku mmg jenis orang yang suka 'observe' orang sebenarnya...tapi mungkin orang tak perasan. Tapi aku tak suka cerita kat orang lain, Aku akan buat penilaian sendiri mana buruk dan mana baik. Observation tu jugak bukan hanya sekali saja..itu tak adil namanya... munngkin makan taun...mungkin juga makan bulan. Kadang2 perangai orang tu tak keluar dengan hari berjumpa...kadang terbongkar bila tinggal sebumbung. Tapi itu masih tak cukup, kadang2 masa kita susah baru kita tau siapa kawan siapa lawan. Masa kita gembira pon tak semestinya ramai yang menempel bahagia. Ada jugak yang menjauhkan diri dek kerana sakit hati atau makan hati dengan kebahagiaan orang lain.
Entah lah..satu ketika dulu aku pernah mengambil keputusan utk tidak berkawan dengan sesiapa...3-4 tahun jugak aku 'lone ranger'..ke hulu ke hilir...cuma ada keluarga di sini...bila di fikir2kan ada baiknya jugak begitu...tak banyak kerenah nak dilayan. Kurang juga enganyam ketupat. Baguskan...tapi terkadang tidak dapat tidak aku terpaksa akur dengan lumrah alam yang menuntut hidup bermasyarakat.
Selalu jugak terfikir ... biarlah apa orang nak cakap janji aku bahagia..tapi tak bole jugak begitu...kerana kita hidup dikelilingi masyarakat. Tapi bila dah masuk dalam kelompok itu banyak pula selingannya. Mmmmm...malas nak fikir tapi kene fikir jugak...aku selesa meluahkan pada yang amanah..tapi siapa...banyak kriteria yang belum lengkap utk dilabelkan sebagai pemegang amanah itu.
Tak apalah...mungkin aku perlu muhasabah diri yang sememangnya banyak kekurangan ini..tidak perlu cari sana , korek sini....kekurangan orang lain. Tapi yang pelik...usaha untuk emperbaiki diri pon tidak semua orang bole terima...satu lagi masalah...itu lah sebabnya aku kata...
Perbaiki akhlak diriku dan keluargaku supaya rahmat Allah sentiasa memayungi kami dan ku pohon Allah kirimkan berita gembira untuk kami sekeluarga. Amin.
Sesungguhnya Allah telah kurniakan sahabat yang ideal untukku yang sentiasa mendampingiku siang dan malam...Alhamdulillah
4 comments:
Salam Cahaya,
macam serius je ni..
Berkawan biar seribu, membenci biar tiada, tapi kalau dah orang tak suka, apa nak buek.. pasrah aje lah :-)
kak zlaa
tak de serius mananya kak...saya mmg suka pk bila nak tido malam tu pasal susah nak tido...pstu kuar plak topik ni...pastu melarat2 plak saya mikiorkannyer....lagipon nak update blog ni tak de bahan...so...rasa cam sesuai je jadikan isu...tp takut gak ada orang salah paham...tapi tak de kaitan dengan yg hidup mahupun yang telah tiada kak....heehe
salam kak cahaya,
izinkan sy menambah..hehe...suka nyibuk..yelah,xde blog sdr maaaa..
zue ni org yg mudah terpengaruh (ini firasat sdr..org lain tgk xtaulah kan.).semenjak masuk sek men sampailah masuk uni..mcm2 pe'el kwn zue try ikut.cara berpakaian pon ikut depa.zue yg skrg inilah hasilnyer alhamdulillah.doakan lah kita sama2trus istiqomah..n kalau buleh nk la meningkat ke yg lebih baik..smpailah mata ni terpejam wat selama2 nya..insyaAllah
p/s:harap2 zue xle mengarut kt blog akak ni..hehe..jgn maraaa..aaa.
Berkawan biar SERIBU..berkasih biar SATU.
Dalam berkawan, niat mestilah ikhlas iA apa yang kita hajati akan diberkatiNya..semoga Kak Cahaya akan sentiasa mendapat Nur yang berpanjangan dalam memilih kristal atau kaca dalam erti persahabatan yang luhur.
-GaBaN
Post a Comment