Friday, 28 August 2009

Nikmat berbuka

"I want more ibu...can i have the 'keras' one ibu..". Kak Cik minta tambah sekeping lagi roti jala versi garing. Maklum lah anak2 aku ni tak ada bahasa spesifik tuk garing..derang tak banyak vocab jadi nya keras bermaksud garing.

Hari ke 6 Ramadhan terasa seakan bahagia .... sedikit menyentuh naluri keibuan kerana hati ini hari yang pertama dalam hidup seorang kanak2 berumur hampir 7 tahun memulakan ibadah puasa. Selalunya dia hanya cuba2 puasa atau memang tak puasa. Tapi hari ini Alhamdulillah puasanya sempurna sampai ke malam. Kagum aku.

Sememangnya 2 lagi anak2 ku yang perempuan telah diajar menjalani ibadah ini bermula dari tahun2 yang lepas tapi bagi puteraku inilah tahun pertama dia mencuba nasib. Hidangan yang tidak lah mewah tapi mengikut citarasa dah "order" dari tekak puasa anak2 menyebabkan mereka berbuka dengan berselera sekali. Melihat mereka makan aku mendapat kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Sementelah juadah itu aku tidak 'tunjuk' dari mana2 bazaar ramadhan atau pasar malam.

Masya Allah bahagianya hati ini meihat mereka menghabiskan hidangan berbuka hasil dari air tangan ibu sendiri.

Selepas berbuka sambil2 kami sama2 kemas pinggan mangkuk dan membersihkan kain saprah...cerita2 kisah nabi dari ayah mengunci bibir mereka kecuali pertanyaan2 tentang maksud perkataan supaya diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Cerita kisah iman sebagai bekal bila mereka keluar dari kepompong keluarga, pada hemat aku memang menusuk ke dalam hati2 mereka.

Insya Allah dan Alhamdulillah Allah beri kefahaman kepada mereka dan mudah2an asas2 itu dapat mereka jadikan bekal hingga akhir kalam. Amin.

Friday, 21 August 2009

Rebut peluang yang ada

Alhamdulillah kesempatan yang Allah beri untuk melihat mentari menyuluh alam di pagi 1 Ramadhan 1430H. Terasa bertuahnya diri ini masih bernafas dan menikmati kehidupan bersama anak2 dan suami tercinta. Jika dilihat dengan mata kasar sememang tiada bezanya hari2 ini. Tetapi jika dilihat dengan kanta hati pasti dapat di selak apa yang tersirat. Bukan semua orang dapat meneruskan ibadah yang tiada dalam bulan lain ini. Terawikh malam pertama ramadhan sedikit menyentuh hati pada tahun ini. Tak tahu kenapa dan apa sebabnya. Terasa nikmat nafas yang Allah beri ini sungguh berharga. Bagaimanakah cara aku mensyukurinya?...

Banyak keistimewaan dalam bulan ini yang tiada dalam bulan lain. Di dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Harap kita sama2 tidak melepaskan peluang ini kerana belum tentu ramadhan 1431H nanti kita ada kesempatan yang sama. Sementara Allah izin untuk menghirup udara di dunia ini, siapa tau ramadhan ini yang terakhir buat kita.

Di kesempatan ini juga ingin ku pohon kan kemaafan bagi pihak kami sekeluarga kepada sesiapa yang singgah di halaman ini. Sama ada kami sekeluarga ada tersilap bicara, bercerita tentang kamu-kamu diluar sana samada kami sedar atau tidak, halakan makan minum, dan diharap dapat betulkan kami jika mengulangi kesilapan yang sama dihari2 mendatang.

Sesungguh kami insan yang lemah dah sering mengulangi kesilapan yang sama. Semoga Ramadhan kali ini membuka lembaran baru untuk kita melayari kehidupan sebagai muslimin sejati. Semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan kita dalam memperbaiki iman dan akidah diri dan keluarga. Amin

Thursday, 20 August 2009

Gelora di hati.........

"Ibu...ibu dah tengok dah gambar tok mak kat dlm fb Kak Najwa?"
Aku mengeleng kepala tanpa membuka mulut...

Berdetap detup dalam hati aku...selama 2 tahun 11 bulan aku tak menatap wajah ibunda tersayang, tiba2 hari ini puteri sulungku mengatakan gambar nya ada dalam simpan anak buahku Najwa.

Bila saja terpandang....sebaknya tak usah nak digambarkan...gembira dapat melihat wajah yang tersayang ada didepan mata..mau ku dakap screen pc ini. Sambil berdoa...cepatlah aku pulang.

Langsung tak berubah wajah ibundaku itu...sama seperti kutinggalkan 3 tahun yang lalu. Tak gemuk tak kurus dan tak nampak dimakan usia.

Ditambah hari ini seorang lagi sahabat lamaku di Notts ini kembali ke tanah air...terbayang mereka dapat menyambut ramadhan bersama saudara dan ibu bapa. Lagi la aku sayu hati....menghitung hari detik2 aku berangkat pulang...
Aku mengharapkan inilah ramadhan terakhir di tanah asing.

Dal dan Don adalah orang pertama yang aku jumpa dia tanah asing ini...Mereka yang yang menjemput aku di airport dan menghantar ke rumah host. Mereka juga yang mencarikan rumah. Memang mereka lah tempat kami mengadu kalau ada apa2 masalah masa mula2 merangkak nak hidup di Nottingham ini. Jasamu ku kenang Dal..

Pagi2 aku dah berazam tak nak menangis semasa babai Dal nanti...tapi tak berjaya...ada gak luruh sikit..tp berjaya ku tahan..bila balik rumah segala kerja tak menjadi sebab hiba....last2 bila tengok gambar mak....aku terus merembes.....banjir seluruh alam...perasaan bercampur baur...mmg tau iA kalau panjang umur akan jumpa di Malaysia nanti...tp tentu tak sama situasinya dengan kat sini kan...rumah jauh2 mesti susah nak jumpa...susah la sikit anak aku nak main Horsy2 nanti.

Tak apalah...semoga kita berjumpa dia tanah air tercinta....

Mak Ayah....rindu yang teramat kepada kalian...tak dapat ku gambarkan dengan kata2.

Tuesday, 18 August 2009

Jiwa meronta ....... selamat berbahagia sayangku...

Sangat tersentuh melihat pasangan2 yang bercerai berai walaupun kelihatan bahagia dan dikurniakan anak2 yang sihat belaka. Kalau di kalangan artis2 biasa tidak lah aku kisah sangat....tetapi bila berlaku dikalangan insan yang boleh dianggap bersih akhlaknya membuatkan aku rasa cuak dan sangat terkilan.

Tak dapat dinafikan Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan tetapi asbab yang disaksikan oleh manusia sejagat menyebabkan aku sedikit pilu. Betapa seorang bapa boleh menceraikan isteri dan suri hidupnya yang setia selama berbelas tahun...dan mengandungkan benih2 cinta mereka hanya kerana seorang wanita lain yang lebih muda. Baru sedarkah isteri yang ada tidak cantik?.

Sedang bekas isteri belum lagi habis edah...si suami sudah membatalkan air sembahyang dengan isteri baru...Berdiri disebelah seorag dara meleret manja dibahu sang suami.
Ahh.....betapa remuk redamnya jiwa seorang bergelar janda yang diceraikan isteri bersama anak2 nya, melihat hari bahagia sang suami berulang kembali. Sedang diri masih terkial2 meminta nyawa...

Serentak aku bertanya pada suamiku yang belum lena disebelah. "Abang....abang sampai hati ke buat cenggini?... Suamiku meleret senyum tanpa membuka mulut.
"Cakap la....abang sampai hati ke?". Sekali lagi dia tidak menjawab.

Entah lah aku pon tak tau..kenapa aku rasa begitu pilu melihat gambar sang suami diijab kabul walhal si isteri belum habis edah lagi. Dia bukan saudara maraku...atau kenalan rapat...tapi dalam keadaan dia sekarang aku seperti dapat merasa kepedihan itu...Waullahuaklam....semoga dia tidak selemah aku...Semoga Allah beri dia kekuatan untuk menjalani hari depan bersama anak2nya. Juga Allah buka pintu rezekinya dan pelihara dari fitnah.

Tidak kira siapa pun suami kita...selagi kita bergelar isteri...risiko untuk berkongsi kasih sentiasa ada...terpulang kepada penerimaan masing2. Tetapi ingatlah bermadu itu Sunnah dan jangan membelakangkan Sunnah hanya kerana emosi dan amarah kita...
Waullahuaklam..

Wednesday, 12 August 2009

AZAM RAMADHAN

Rasanya baru saja meraikan kemeriahan Syawal dengan baju baru yang dikirimkan Kak Long tahun lepas, tapi rupa-rupanya tinggal hanya seminggu saja lagi menyambut kedatangan Ramadhan Al mubarak yang mulia ini. Satu-satunya bulan yang sepatutnya direbut2 untuk melakukan amal kebaikan. Sesungguhnya bulan ini bulan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri dengan Allah. Ramai di antara kita hanya memakai baju kurung pada bulan ini...ramai juga yang bertudung litup untuk memelihara amalan supaya pahala puasa tidak kurang katanya. Ada juga yang solat 5 waktu...kerana bimbang penat lelah berpuasa akan jadi sia2 jika tidak diiring dengan amalan wajib yang lain.

Wajarkan ianya berlaku?..Adakah berkara2 wajib itu hanya patut dilakukan pada bulan ramadhan sahaja?...Adakah kita tau bila kita akan dicabut nyawa?. Apa akan jadi jika tak sempat menyambut ramadhan kita telah dijemput Allah?...

Aku sering tertanya2 cukupkah amalan aku selama ini...?..Sempurnakan aurat yang aku jaga selama ini?. Sedangkan hidup ini sebenarnya hanya lah untuk menghambakan diri kepada Allah..tetapi berapa jam kah aku sujud kepadanya?. Mungkin ada yang pelik dengan persoalan2 ini keluar dari naluri aku...kerana sesiapa yang mengenali aku pasti menyangka aku seorng yang brutal dan happy go lucky..

Tetapi inilah hakikat sebenarnya aku...aku tidak senang dengan perangai semulajadiku..dan sentiasa ingin memperbaiki akidah. Bukan mudah untuk menuju kebaikan kerana syaitan sentiasa menghidangkan keseronokan dimana2. Azam ramadhan ku kali ini ingin mengurangkan ketawa tetapi menambahkan senyuman. Juga mengurangkan anyaman ketupat...(w/pun aku mmg tak suke buat kerja ni). Selepas ni nak cuba elakkan lagi banyak.

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w :

"Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa yang berlebihan akan mematikan hati"

Hadith Rasulullah s.a.w ini menerangkan kepada kita bahawa dalam kehidupan seharian,
kita semua tidak terlepas dari mengalami saat gembira dan mencuit hati lantas terbit serta
berderailah ketawa dari kita semua.
Alhamdulillah, pujian bagiNya yang memberikan nikmat ketawa kepada kita.

Akan tetapi sesuatu yang perlu diingati sentiasa biarlah ketawa kita itu berada
atau dibatasi selalu oleh had yang dibenarkan syara'.
Kadang-kadang kita terlalu gembira sehingga ketawa terbahak-bahak,
hatta di dalam masjid atau surau.
Kemungkinan kita lupa bahawa ketawa yang berlebihan itu mematikan hati
(kerana pada waktu itu kita terlalai seketika dari mengingati Allah.

Oleh itu setiap kali kita merasakan telah ketawa melebihi had yang sepatutnya,
bersegeralah kepada ber ISTIGHFAR moga-moga Allah merahmati kita semua.

Kepada yang terbaca n3 ku kali ini dan rasa tak senang minta maaf banyak2...kerana blog ini luahan rasa hati ku yang tiada ku kaitkan dengan sesiapa pun. Semoga kita sama2 beroleh manfaatnya. Amin

Wednesday, 5 August 2009

DIARI 4 TAHUN LALU KUIMBAS...

Perlahan-lahan ku tarik sehelai demi sehelai bait2 kisah silam yang tak luput dari kotak ingatan. Saat azan Jumaat dilaungkan menyeru umat islam yang bergelar adam menunaikan solat. Saat itu aku bertarung nyawa menyempurnakan titipan Allah ke dunia ini. 2.30 ptg lahir seorang puteri sekaligus merengut segala jenis kesakitan yang ada seluruh pelusuk nadi ini.

Memang tak sama melahirkan dia dengan yang lain2...hatta setiap anak mempunyai tahap kesakitn dan cara yang berbeza2. Itulah kuasa Allah yang tidak siapa boleh menjangka, hanya boleh di ramal dan selebihnya pasrah.

Alhamdulillah segalany berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa komplikasi sebelum, semasa dan selepas melahirkan. Aku redha..asalkan bayi yang kuusung 9 bulan 10 hari selamat dan sihat. Tidak mudah melahirkan di bumi asing ini...sementelah pula aku masih ada 3 lagi anak yang masih perlukan perhatian.

Suami pendokong utama disamping jiran tetangga. Dulu tiada giliran masak memasak seperti sekarang. Segalanya harus dilakukan sendiri. Perancangan yang teliti telh diatur sebelum melahirkan lagi agar aku dpt sepenuhnya berpantang dan dalam masa yang sama dapat menunaikan tanggungjawab pada anak2 yang masih kecil2.

Alhamdulillah hari demi hari semakin mencuit hari keletahnya...bukan semua orang boleh melihat omelannya. Bukan semua orang boleh mendengar suaranya. Bukan semua orang boleh mendengar ceritanya. Itulah dia yang sangat memilih siapa untuk dijadikan teman.




Walaupun telah 4 tahun berlalu tarikh 5hb Ogos masih segar di lipatan anganku. Sepakat kami memilih 'Cahaya bintang yang terang' untuk dijadikan timangan panggilan. "Dhia=cahaya yang terang" "Thuraya=nama bintang".