Tuesday 19 February 2013

Cerita ceriti

Assalamualaikum wbrkth

20hb Feb 2013 ~ Rabu

Hari ni cuaca mendung, faktor persekitaran membuatkan aku lemau je nak buat sebarang kerja2 rumah. Niat hati nak lap2 habuk tapi aku tangguh je la niat tu..tak de siapa nak marah pon kan. Kain dah sidai, dah sapu , atas takyah sapu la malas. tinggal nak masak je. hari baru pukul 8.33 pg masih awal lagi. Apa lagi godek2 komputer melawat tanah jajahan hehe.

dua tiga hari ni rasa macam banyak bende yang aku yang share di sini tapi dek terlalu banyak sudahnya satu pun tidak terluah. Dari kes dera bayi hingga dilema dengan anak2 di rumah. Pagi ni pulak aku terbaca blog sahabat lestari (apakah maksud lestari kekekek). Terdetik untuk aku melestarikan apa yang tersirat kepada yang tersurat. sehari dua ni mmg kami sekeluarga banyak berbincang tentang anak2. Plan jangka pendek dan panjang harus dibentuk untuk merancang masa depan anak2.

Semasa anak2 kecil2 dulu aku ajar macamana hormat orang dewasa, ajar bercakap dengan sopan, solat dan juga rukun iman dan islam yang wajib. Namun ajar mengajar mengaji sampai waktu ini masih diteruskan. Beberapa perkara sudah pun dilalui dan malah masih berlangsung. Dalam proses itu tidak semudah yang di sangka. Malah banyak juga yang terkucil sana sini. Contohnya kita ajar anak2 solat dan kita juga cuba memberi contoh tauladan, tetapi ada kalanya juga anak2 culas solat. Ada yang cuba2 belajar menipu walaupun kita tidak pernah ajar menipu. Dari mana mereka dapat?..Mereka kta sudah solat tapi hakikatnya ambil wudu' pun tidak. Selalu terfikir dimanakah silap kami. Tidak pernah diajar tapi yang -ve mudah sangat dilaksanakan. Setelah diteliti barulah aku sedar itu adalah proses membesar anak2. Mereka sentiasa mencuba sesuatu, bak kata orang yang kita larang itulah yang dia nak cuba. Bezanya bagaimana kita sebagai ibu atau ayah menanganinya. Aku biasanya akan menunjukkan reaksi spontan jika terdengar perkataan2 -ve keluar dari mulut anak2. Langsung tak bagi can. Tapi jika kesalahan berbentuk tindakan contohnya cuba berbohong aku akan siasat dan bila terbukti aku akan duduk dan bertanya mengapakah perkara tersebut boleh berlaku. Biasanya aku akan cuba settlekan dan kemudian memaklumkan kpd big bos. Tapi kalau tak boleh settle jugak aku akan duduk bersama 6 mata dan bercakap hati ke hati. Aku percaya bila kita pegang hati seseorang dia akan cair. Aku tidak suke pendekatan membebel sebab anak2 akan bosan sesuatu yg bersifat mencari kesalahan mrk. Mereka ni lebihsenang kita berbincang. Bila duduk berbincang tu aku biasanya akan memulakan kata2 dan tidak akan sentuh kesalahan yg meraka akan buat. Aku akan tanya mrk sayang aku tak, stakat mana syang mereka. Aku akan ingatkan hidup aku dan ayah mereka tidak selamanya, bila2 masa saja kami buleh pergi. Bila mrk dengr suatu yg menyentuh perasaan begini automatik hati mrk akan jadi lembut. Bila sudah kurang tegang barulah disentuh apa yg telah mrk lakukan. (biasanya belum pon sebut airmata si pesalah akan terjurai2) . Dengan cara ini lebih mudah kita menimbulkan keinsafan pada  mrk. perlu diingat jangkamasa keinsafan ini bergantung kpd budak. ada yang 2-3 hr saja ada yg smingugu ada juga yg hanya 2-3 jam.. Jadi kita sebagai ibu bapa kenelah sabr dan sentiasa tahu cara bercakap dengan mrk.

Ini belum menyentuh bab merangka sekolah anak2 lagi. Mungkin nampak aku macam rileks je kt rumah. Tapi banyak masa aku habiskan dengan membuka2 blog sana sini. Dan termenung untuk mencari apakah kaedah pembelajaran yang sesuai dirumah. Nak lah juga kene disesuaikan dengan keperluan anak2 itu sendiri. Ada anak yang boleh belajar malam, ada pulak tak boleh. Aku lebih sukakan pendekatan tidak mengikut jadual. Tapi plan macamni memerlukan seorang pemerhati untuk memastikan waktu rehat dan bersantai seimbang dengan waktu belajar.
Aku juga tak berapa suke jika ada yang mengatakan "Alah tak kisah...anak ko pandai, boleh punya". Bagi aku istilah itu mungkin ada tapi tidak untuk kebanyakan orang. Mungkin ada anak yg memang dilahirkan genius, tapi pastinya memerlukan kerja keras juga. yang bulat tak akan datang bergolek'

Buat masa sekarang ni aku sangat risaukan Hud. kalau si kakak biasanya apa yang aku plan masih boleh diikuti walaupun memerlukan pemantaun yang erterusan (kalau tidak dia suka tido dan berfb dan bertenet). Aku boleh saja kalau nak stop kan internet tapi aku mengambil pendekatan untuk tidak memyekat kebebesan mereka. Kerana dalam keluarga ini kami mengamalkan 'trust' tapi once ibu tangkap kamu akan diambil tiindakan. jadi jagalah selagi masih ada kepercayaan ibu. Ini boleh dilaksanakan kerana aku berada dirumah 24 jam. kalau aku keluar pon sekejap2 dan tinggalkan amanat2 tertentu. Dalam masa itulah kadnag kala anak2 ini 'curi-curi'.
Belum habis lagi cerita bab Hud ni. masalah aku adalah dia hanya boleh belajar dengan ayah dia sahaja. Sebab banyak kegemaran mrk yg sekepala. Jika belejar dengan aku ada saja yg tak kene. Dalam pada aku pegg rotan pon dia masih boleh melenting2. Mmg sangat menduga kesabaran. Tapi kalau dengan ayahnya boleh pulak duduk dia (w/pun mmg la tidak lama sgt). Masalah aku bila nazri pegi outstation. tengang betul emosi masa tu. Kalau aku tunjuk pon dia susah nak betulkan. tapi kalau ayahnya tunjuk boleh pulak. yang ni aku masih mencari di mana silapnya. Aku sngt risau abb tahun depan dia UPSR dan taun ni UPKK.

Alahai banyak lagi nak tulis sebenarnya tapi kesihatan tak mengizinkan. Aku ni belum pulih sepenuhnya dr demamsebenarnya. Duduk lama2 pun boleh sakit kepala.

ok lah tata.
yang baik jadikan tauladan dan buruk jadikan sempadan

Thursday 7 February 2013

Mintalah yang terbaik jangan minta yang kita rasa baik

Assalamualaikum semua

8 Feb 2012 ~ Jumaat

Essok semua orang dah start cuti raya cina, ramai yang plan nak pergi jalan2 atau balik kampung. Aku pulak mmg tak plan ke mana2. Biasalah aku ni, bila cuti panjang lebih suka duduk rumah, sebab malas nak meredah jem dan kesesakan umat sana sini. Lagi pun cuti thaipusam aritu aku baru je balik kampung, nanti masa ujung bulan, adik nazri tunang insyAllah akan balik lagi.

Hari ini aku ada berita nak kongsi dengan sahabat2 di luar sana. pada 4 hb feb aritu semakan kemasukan mrsm ke ting 1 dah pun keluar. Seperti yang dijangka maisarah mmg tak berjaya sebab sbp dah panggil. Giliran kakak diumumkan pulak pada 5hb feb... hari tu sbp tak dapat. Hati masa tu 50/50 sbb ada sepupu dia dpt 8A jugak tp tak dpt sbp..mrsm pulak mmg tak mohon. Jadi hati ni macam boleh rasa sesuatu. Doa kami pada Allah hanyalah 'tempatkan umairatul Afiqah di sekolah yang terbaik buatnya'. Kami tidak menyebut mana2 sekolah. kalaulah sek munshi adalah yang terbaik kami redho. Semasa lepas solat istikharah pon aku tidak mendapat alamat apa2 untuk mohon mana2 sekolah. Tapi aku tetap minta je mana2 yang ada.

Namun begitu perancangan  Allah telah aturkan untuk Umairah, sebaik semakan boleh dibuat kami semak dan memang ternyata dia gagal diterima. Masalahnya nak buat rayuan ke tidak. haritu masa sbp umairah tak mau buat rayuan. Yang ni pon dia macam tak nak buat rayuan, sebab katanya.. kita dah tawakkal pada Allah kan bu, kita dah mintak sekolah yg terbaik utk kakak, Bila tak dapat ni bermakna munshi adalah yang terbaik untuk kakak. Syukur aku dengar...alhamdulillah dia tahu dan faham dengan apa yang dilakukan dan diminta. Konsep tawakkal itu difahami sepenuhnya. Kita sudah berusaha minta tapi kalau Allah tak izin bermaknanya Allah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Nampak gaya bapaknya macam nk buat rayuan...tapi tak tau lagi lah. Si anak macam selesa nk sek harian biasa ni..Apa pun belajarlah rajin2 kakak..insyAllah ada sinar menantimu..amin