Tuesday 31 May 2011

turun kg!!

Assalamualaikum semua

tak ade apa nak update

cuba aku prasan sebulan 2 ni muka nmpk cengkung...berat bdn turun 2kg!.. dulu masa kat UK aku sgt takut kalo blk msia kang gemuk sbb ramai kengkwn yg camtu, bagai di pam2. tapi aku terbalik pulak. Apa sebabnya ek. mungkinkan sbb penat. Mu gkin juga sbb aku ni mmg slalu control diet (mskn) bkn control kuantiti mknn tp apa jenis mskn. Kunun2 nak kuruskan laki aku, tgk2 aku yg makin kecut, dia tak kecut2 gak...adoohai.

Kat rumah aku slalu msk rebus2 dan bakar. Jrg sekali msk yg bersantan. agaknya tu la pslnya jadik kurus kot, tambah pulak kuar masuk amik anak skolah dan jadual yg semakin padat (sbb dah ada kelas tajwid). ahari2 berkejor2 ke sana ke mari. Mungkin ada yg kata aku lagi penat sbb bekerja, tapi barang diingat korang kerja dlm ekon, aku keje berjemur hari2. lepas mkn aku bakar lemak lagi dan lagi dan lagi.

haaa satu lg nak bgtau, aku tak sabar nak g campig jumaat sabtu ni. Camne la gaknyer ek rasanya camping kat msia ni. tu la pasalnya try test satu mlm dulu aje, kalo best lain kali leh g lagi...

tetiba mls plak nak tulis..tata dulu la ek

Friday 27 May 2011

DIAM ATAU...

Salam semua

Ada beberapa perkara bermain dikotak fikiran ini. Tapi tak tau nak cerita apa sebenarnya. Anak2 baru saja abis periksa, sebenarnya lom habis lg...kak ck ngn kakak hari ni last paper. Hud dah habis semalam. Ini adalah periksa besar pertama bagi mereka sejak berada di tanahair.

Bila sentuh pasal periksa ni pulak terpaksa la sentuh hal ehwal pendidikan anak kan..sbb ianya sgt berkait rapat. Ada yg mengaitkan keturunan sbb seseorg itu pandai. Ada juga yg kata anak itu mmg dilahirkan pandai. Ada juga yg kata seseorg itu beruntung sbb dpt anak yg mendgr arahan mak ayah. Ada yang terlalu strict pada anak sehingga anak2 stress.
Kita selalunya berasa puas hati dgn apa yg kita dah buat tanpa menyedari rupanya kaedah yg kita guna pakai tidak seswai dgn naluri anak. Mungkin lain anak lain pendekatannya.
Ada juga yg mengaitkan faktor masa menyebabkan mereka terpaksa melakukan kaedah2 tertentu.
Bagi aku walau apa pun alasannya...mereka2 itu sekadar memberi alasan utk menutup kelemahan sendiri. Kalau kita memilih sesuatu kaedah itu kita harus telan risikonya dan jgn menuding jari ke arah org lain utk menutup kekurangan yang bakal kita tempuhi.
Jika kita melihat org berjaya, emngapa tidak kita bertanyakan petua atau cara yang digunakan instead of sekadar bertanya dan kemudian membuat kesimpulan bahawa kita tidak boleh bertindak sebaik itu sebab 1,2,3,4 bla bla bla...Angka itu adalah sekdar alasan. Mungkin usaha kita tak cukup kuat seperti org yang berjaya itu. Mudah2 saja kita membuat kesimpulan yang org itu tak de mslh mcm kita sbb tu dia buleh buat.

Mungkin org itu telah mengorbankan sesuatu itu mendapat sesuatu yang lain. Kita pula mugkin sayang utk berkorban akhirnya terpaksa mengorbankan anak2 kemudian menuding jari utk menutup kelemahan diri.

ngnatuks plak...sambung bebila la

Thursday 5 May 2011

mari mengaji

5/5/11~Khamis

Minggu ni aku start belajar mengaji. Apa??..korang terperanjat aku tak pandai ngaji?. Hhehehe bkn ler tak pandai langsung. Ngaji tu buleh ler tapi saje je nak berguru supaya supaya tajwid2 nya semua betul. setakat dah 3 hari mengaji dan sehari fardhu ain ni..kiranya ok la. Cuma bab fardhu ain ni aku mcm kureng sket sbb ustazah tu ajar cara2 yg agak lain sket dari yg aku amalkan selama ni. Bkn nk membantah ustazah tu tapi cuma kalau buleh biarlah segala fakta tu diiringi dgn sumbernya kan.Sbb sumber aku pon agak2 nya dari sumber yg boleh dipercayai (Ust Zaharuddin). Tp camne ye nk ckp ngan ustazah tu supy dia tak tersalah anggap dan kecil hati. Bkn niat nk kata dia salah, mgkn juga rujukan aku salah, tp nk bgtau dia yg aku nak segala maklumat disertakan dgn rujukan supy kita tak was2 utk terima pendapat baru. Kalau betul rujukan ust tu soheh iAllah aku buleh ikut la. Sbb bab2 agama ni tak boleh wat main2. org ni ckp camni kita ikut org ni ckp camtu kita ikut. betul tak?...aku tak nak berbolak balik bab agama kene jitu. ok lah nak titun dulu, sedap beno nengok pok cik kat sblah ni berdengkorrr...tata...wasalaam