Wednesday 19 January 2011

yang baru-baru

Assalamualaikum..
kalau tgk tajuk cam aku beli mende2 baru kan...tp taklah.....aku cuma nak update berita2 yang terbaru jek.

Hari 20 Jan 2011~20.01.2011
Cantik jugak tarikh hari ni kan..mmm sesaja je aku nk update perkembangan terkini anak2 sekolah. Kakak dan Maisarah setakat ni alhamdulillah tak ada masalah berat. Cuma biasalah bila student baru masuk mestilah glamour sikit kan....sah2 ler ramai yg anta surat la dan tah apa2 lg...harap2 tak lah melarat2.

Hud pulak nmpak cam dah kurang sikit meragam, kalau dulu hampir hari2, tapi sekarg seminggu dlm 2 kali jek. Nampak pon dia dah mula berkomunikasi ngan kwn2 sekelas, w/pun still nmpk quiet.
Dhia pon dah tak nangis2 lg g skolah...cuma dia slalu komplen cikgu garang. Aritu dia kata the tocang teacher always marah me. Dan smlm dia kata U know that teacher (bermaksud cikgu yg slalu marah dia), when she get angry, her face become more scary"...hahaha....si nazri dah sibuk nk jumpa pengetua jek ..nk komplen. Aku kata takyah, biarkan aje...training nnt dia nk masuk darjah 1...kalau tak kang terkejut pulak dia bila masuk real school cikgu lagi garang. Asalkan cikgu tak pukul dia sudahlah.

Bapnya pon ada gak mslh...ingatkan anak2 je...rupanya bapaknya sama naik sibuk bila bdk2 start skolah ni. Semalam sakit dia kat UK tu dtg balik. Aku carik2 ubat dia tah kat mana aku letak, maklumler pindah dari UK ke sini....simpan punya simpan sampai lupa kat mana aku letak. nakg klinik pon dia tak sempat.....sib baik tak melarat sgt. Aku tau kalo sakit dia tu dtg blk, maknanya dia stresss. Masa writing up dia slalu kene, ni pulak lepas pegang post baru dia kene lg. Bermaknanya dia stress.
Alahai...tak sempat nk citer panjang,,....terasa2 pulak nk uks ..uks...uks....aku p toilet dulu ye.

Salam

Monday 10 January 2011

Anakku Sayang

Hari ni Selasa 11 January 2011, cantik arikh ni 11.1.11.

Hari ke 7 anak2 bersekolah, Kakak, Kak Chik..langsung tak de masalah, mereka masuk kelas pertama dan masih kekal di situ tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.
Dhia pulak biasalah kdg2 moody, grumpy tanak g skolah tp aku layankan aje la..maklumla kecik lg..biasa la kdg2 wat perangai.
Hud pulak moodnya sukar dijangka, semalam balik skolah nampak ceria, tp pagi2 ni nangis2 tanak g skolah lagi. Aku pon tak tau kenapa. Dia kata cikgu mintak beli buku dan cikgu nk surat. Aku pon tak paham sbb sume buku dah dibeli, dan surat apa pulak yg cikgu nak. Kalau ye pon jangan la mtk surat kat anak aku tu..kan no tepon keluarga dah ada, telepon aje la, wat pe bg no tepon kalo tuk disimpan aje lam fail. Anak aku tu dah ler baru lg, masih blur2 lagi, ckp cikgu tu pon dia tah faham tah tidak...cikgu pulak mintak itu ini kat dia..tu la pasal aku rasa dia tanak g skolah. Lepas aku pujuk kata nnt ayah jumpa cikgu baru dia nk g mandi..

Rupa2nya bila dah jumpa cikgu, cikgu soh dia beli buku tulis, sedangkan sume buku tulis ada lam beg dia. Rupanya2 ada satu hari tu cikgu soh kuarkan buku exercise pastu hud tak kuarkan sbb tak tau buku exercise yg mana satu pastu cikgu ingat dia tak beli buku, yg cikgu tu pulak dah tau budak tu baru takkan la tak leh tolong tgk kat beg bdk tu tolong carikkan dia buku yg mana. Di sini la aku nak membanding2kan cikgu msia ngan cikgu sana (mana yg paham, paham la kan). Laki aku pon sound la cikgu tu..dulu anak saya pegi Uk, dia pon tak tau speaking jugak tp kenapa tak de mslh kat skolah, tp bila blk msia ada mslh pulak(masa ni laki aku dah geram terus je sound cikgu tu). Aku masih lg ingat bila parents risau anak2 tak pandai ckp omputih, cikgu sana kata tak pe derang buleh handle dan jgn risau. Bila cikgu nak apa2 dia tunggu parents masa balik dan bg tau kat parents sendiri apa yg cikgu perlukan. Masa rehat pon kalo pelajar baru cikgu akan rehat sama2 murid selama 2-3 hari. Berpimpin2 tangan cikgu dan murid. Bukan nak mengagung2kan org luar tp yg baik tu kita ambil lah yg buruk tu tinggalkan la..
Mana la hud tu tak melalak tanak g skolah, ada ke cikgu kelas dia mintak surat/ dokumen hud dari kelas lama, sepatutnya cikgu tu deal la dgn cikgu kelas lama tu kan, bukan dia tak kenal sesama cikgu kat skolah tu. Ini dia mtk dgn anak aku, dah hud jadi takut nak g skolah sbb cikgu mtk bende2 yg dia tak paham. Nasib baik aku siasat2 dan dpt punca.
Setakat ni dia tak de mslah ngan kelas baru, dia kata dia ada kawan baru, Alhamdulillah.

Malam tadi dia wat homework sampai kul 10 mlm. Byk homework dia, sek keb la, sek agama lagi, shian dia mengantuk2 nak habiskan homework. Sbb lepas maghrib baru bule wt homework sbb balik dah kul 7 mlm, itupon makan aku suap sbb nk cepat.
Lepas maghrib tu mmg biasa ada kuliah maghrib, kebetulan topik malam tadi tentng solat sunat. Aku pon cerita la nabi klau susah dan ada mslh dia akan wat solat sunat 2 rakaat. Pastu lepas wat homework kul 10 mlm tu, hud solat isya' dia menangis2 lagi, aku ingat kenapa la gaknyer, masa tu aku baru usai solat tinggal nak doa aje. Dia masuk bilik kata nak ask ibu something. Bila aku tanya dia jwb dengan esak2 mtk aku tolong kejutkan dia kul 3 pg. Aku tanya kenapa?..dia kata dia nk bangun solat hajat, MasyaAllah...sebak gillerr masa tu perasaan aku rasa cam nak terus peluk dia. Aku tanya kenapa nak solat hajat, dia kata nk mtk Allah bagi dia mudahkan dia belajar, pandai dan rajin belajar. Bergenang2 aku menahan air mata. Pastu aku kata kalo hari sek hud takyah bangun pg tuk solat, hud bule berdoa lepas setiap kali hud solat. NNt kalo ujung minggu hud buleh bangun kul 3 pagi. Dengan teresak2 dia mengangguk. Sebak betul aku masa tu.
Lepas tu aku terus soh dia dok sebelah aku dan kami sama2 berdoa sambil kami anak beranak teresak2. Selesai doa, aku peluk dia erat2. Betapa anak kecil berumur 9 tahun ini sebenarnya mempunyai hati yang besar. Malam tadi mmg aku rasa cam drama tv pulak....tp mmg kenyataan.

I'm proud to have you my son, u are so special and uniq.

Semoga Allah permudahkan kita semua dan anak2 ibu menjadi anak2 yang soleh dan solehah..Aminnn

Thursday 6 January 2011

Lagi hari yg sedih...

Hari ni dlm kul 10 pg tadi...dpt call dari kekanda, menyampaikan berita yang tak berapa enak didengar oleh setiap ibu bapa. Pihak sekolah telefon nazri kata nak pindahkan Hud dari kelas A ke kelas C. Ibu mana yang tak sedih kan, tp aku think +ve. Anak aku ditukarkan kelas bkn sebab dia tak pandai, tp sebab dia sgt pendiam dan tak berkomunikasi dgn guru dan rakan. Satu lagi sebabnya dia lambat menyalin bila cikgu tulis kat papan hitam. Mungkin cikgu nak ambil jalan mudah dan nak mudahkan kerja dia supaya tak perlu bimbing Hud (itulah persepsi aku). Tp aku tak membantah sbb aku paham cikgu2 dimalaysia mmg begitu (geram la jugak kan...kalo ada guru2 yg baca ni, tepulang la, tepuk dada tanya iman).
Dia ditukarkan kelas hanya kerana sebb itu, sepatutnya cikgu faham la kenapa dia tak berkomunikasi dgn kwn, pertama mmg sbb dia pendiam + dia tak fasih nak berborak ngan kwn w/pun dia faham. Kalo ikut apa yg aku rasa, bg aku cikgu patut beri dia masa sekurang2nya sehingga peperiksaan pertenghan tahun. kalau keputusan dia mmg lemah aku tak kisah kalau ditukarkan kelas, tp ini baru sek 4 HARI!!! cikgu dah buat keputusan. Bagi aku ini bukan sebab anak aku, tp sebab cikgu yg malas!!
Aku berazam utk buktikan pada cikgu bahwa anak aku seorang bdk yang cerdik dan mampu membanggakan sekolah. IAllah tahun depan dia akan duduk sebaris dgn murid2 4 Arif. Aminn
Apa yg aku risaukan ialah, kwn2 dia. Dia tu dah la pendiam, aku dah carikan dia kwn utk keluar mkn masa rehat, tp bila pindah kelas kesian la dia kan kene cari kwn baru yg dah pasti sgt sukar bg seorang bdk yg sgt pendiam mcm hud tu. Masya Allah...aku tak buleh terus penulisan ni..semakin sebak aku...

Moga Allah beri aku, anak2 aku Umairatul Afiqah, Nilam Maisarah, Hud Saufi dan Dhia' Thuraya kekuatan menghadapi dugaan kecil ini. Permudahkan la urusan dunia akhirat kami Ya Allah. Amiinn

Mohon doa dari rakan2 jua..

Wednesday 5 January 2011

Pengalaman baru

Hari ni 6hb Jan 2011. Aku nak citer pasal sekolah anak tp dah lewat 4 hari..patutnya hari pertama sekolah lagi dah tulis kan...tp kekangan masa dan tenaga tak mengizinkan.

Bukan matlamat aku nk cerita pada sesiapa tapi cuma nak catatkan buat kenang2an.
Hari pertama sekolah 3hb Jan 2011, semua teruja nak sekolah kecuali Dhia yang tanak skolah. Semua tido awal malam isnin tu termasuk aku sekali, tapi aku tak tido nenyak sbb takut bangun lambat. Asik tersedar aje sbb cek jam.

Semua sekolah cam biasa kecuali dhia yang agak monyok tp tak nangis..syukur....
Setelah melalui hari yg meletih bg aku laki bini sbb nak settle 4 org yg baru masuk sekolah dan belum dpt kelas,nasib baik kekanda cuti kalo tak terkangkang aku kat tengah jalan.
Hud balik skolah keb..dan dia lega sbb seksa dia dah lepas tp ayahnya kata cepat2 makan and get change 4 sek agama...Hah!!!..school again?? kata dia... Do i need to go?...yes...bapaknya jawab...haha
balik sek agama dia dah stat tanya soklan bukan2 dan berlanjutan dengan deraian airmata. malam pulak siapkan homework. kul 9 sume tido
Dhia balik skolah..dlm kete lagi dah tido, balik terus panas badan, esoknya tak skolah. Bila di tanya hoow was ur school.. dia kata I dont wanna talk about school...its all about sitting, eat and sit again for long, no play outside, only inside...ish ish ish shian anak aku.
kak cik pulak semalam balik sek agama nangis2 sbb takut kene marah tak dpt apal apa tah plus kerja rumah yg berlambak, dia takut tak sempat nk wat homework n nak menghapal lagi. setelah kata2 perangsang diberikan dan tolong dia menghapal, ceria dia g skolah pagi ni sbb dah siap sume yg cikgu janjikan. Pastu dia tanya who is the one that stand up and say salam to teacher?.. pastu aku tanya dia nape.. dia kata dia kene jadi camtu dan tak tau nk wat apa...hahaha..rupa2nya anak aku jadi ketua kelas...dah ler budak tu blur2 lagi kene lak jadi ketua kelas...haii kak cik....think +ve...tak pe...ibu bagi support

jadual aku pulak
7.15 antar anak sek rendah
7.40 antar dhia ke tadika
sib baik yg ni nazri yg antar

8.15-11.30pg
kemas umah, sidai kain, siram bunga, basuh simen, gosok baju, masak, fb, blogging, mesyuarat tingkat dan byk lagi keje2 sampngan yg lain. Bila la aku nk siapkan beberapa kotak yg masih lom dikemas tu...

11.30
amik dhia

12.30 antar kakak

1.00-amik hud
1.30 amik kak cik
2.15 antar hud sek agama
4.30(rabu amik hud dan antar kak cik sek agama)
6.15 amik kak cik sek agama
6.40 amik kakak sek men (biasantya nazri amik)

balik dah maghrib , suap anak2 makan (sbb nk cepat) pstu solat, ngaji, taklim dan tgk homework anak2

9.00 mlm...seisi rumah harus tido

soo tolong beri tau aku bila aku nak tido dan tgk tv...hari ni pon aku tak msk sbb tu bole memblog. Bila ptg je lutut aku dah mengigil, nk mkn pon tak selera sbb penat sgt. Makan wat alas perut aje.
nazri pulak semakin sibuk dgn smester baru dan tugas baru...haiiiii la hai...sabtu pon dia keje