Monday 25 January 2010

Aku bukan Kalis rindu...

Assalamualaikum...

Hari ini hari Isnin...esok selasa, tulat rabu, lepas tu Khamis. Perasaan ini bercampur baur. Seronok diselang seli dengan berdebar2 kala menanti saat ketibaaan keluarga mertua bernaung dibawah bumbung yang sama bersama kami selama lebih 2 minggu. Lebih 3 tahun setengah tidak bertentang mata dan bergurau senda bersama adik ipar. Ibu dan bapa mertua diiring adik mertuaku bersama adik ipar akan sampai di tanah Inggeris ini malam Jumaat. Tak sabar rasanya memperkenalkan kepada anak2 terutama yang masih kecil2 ini..bahawa selama ini mereka mempunyai nenek (Nyai) dan datuk (Yayie). Dhia menolak mempunyai 'Grandparents'. Tidak salah anak kecil itu...

Tetapi terkadang perasaan ini bersilih ganti, ingin sekali kukirimkan ibu kandungku ke tanah ini agar dapat ku dakap kehangan kasih sayang ibunda tercinta. Agar dapat kulunaskan kemelut rindu yang membuak2 ini. Selaut mana pun air mata kasih yang ku tumpahkan tetap takkan tertunai dengan leraian kucupan dalam mimpi di dinihari.

Wahai ibunda, hanya Allah saja yang mengerti betapa hati ini ingin mendakapmu. Sementelah pula ada sahabat yang ibunya datang. Pastilah kasih telah ditumpahkan di atas kertas indah bertinda airmata bahagia.

Tidak pernah berpisah sekian ini. Mungkin ini yang dinamakan 'korban kasih'. Mudah2an 'dendam kasih' ini bisa diterjemahkan dalam realiti kerana AKU BUKAN KALIS RINDU...

Mak....doakan kepulangan kami dengan selamat utk mengucup tanganmu buat kesekian kalinya. Aminnn.

Friday 15 January 2010

Serba Salah

Salam

Berpijak di bumi Inggeris ini bukan mudah. Walau terlalu banyak kenangan manis yg menghiasi hari2 ku. Di sini aku mengenali gelagat manusia, disini aku mengenali sahabat susah senang, disini aku benar2 menjalani ertikata rumahtangga. Di sini juga kami membesarkan anak2.

Bumi Inggeris ini terkadang mengheret aku dalam keserba salahan. Terutama sistem persekolahan anak2. Yang remaja berdepan dengan masalah remajanyanya. Yang masih membesar dengan masalah lain pula.

Next week, Maisarah terlibat dengan tarian Bhangra. Aku agak keberatan untuk menyumbang £3 hanya semata untuk menampung kos kumpulan penari2 bhangra yang akan datang mengajar anak2 menari juga termasuk kos CD yang akan mereka hasilkan. Sejumlah wang bukanlah masalah utama, tetapi kurang bersetuju dengan ajaran tarian Bhangra itu sendiri. Tarian ini diamalkan kaum Sikh semasa upacara Vaisakhi. Aku tak berapa pasti sangat dengan motif sebenar tarian itu..takut2nyer tarian itu ada berunsurkan keagamaan.
Dah berbincang dengan cikgu kelas tetapi cikgu suruh jumpa gugu besar, gusu besar pulak beriya2 kata itu tak ada kena mengena dengan upacara keagamaan. Mmmm...malas aku nak gaduh2 kat skolah ni. Byk kes dah asik muka kami je yg bantah sana sini. Mula dengan kisah solat, church visit, pelakon2 muslim melakonkan watak Jesus n Mary.
Ini lah antara sebab utama aku sibuk nak balik Msia. Bukan kerana tak suka bernaung di bumi yang dingin ini tetapi memikirkan akhlak dan aqidah anak2. Tetapi belum pasti di Tanah Melayu aku mudah mendidik anak2. Mungkin cabarannya disudut lain pula, yang paling menakutkan adalah pengaruh rakan sebaya. Gerun aku memikirkannya.

Friday 1 January 2010

abadikan tarik

Hanya nak mengabadkan tarikh yang cantik ini..baru aje menyambut tahun baru hijrah..so tahun masehi ni sekadar tarikh aje...

01/01/10
01/01/2010
1hb January 2010